49.7 Peratus pesakit CoV-19 Sembuh, Jumlah Keseluruhan kes "Sembuh" 2478 - Rentas Asia
Connect with us

Malaysia

49.7 Peratus pesakit CoV-19 Sembuh, Jumlah Keseluruhan kes “Sembuh” 2478

Published

on

49.7 Peratus pesakit CoV-19 Sembuh, Jumlah Keseluruhan kes Sembuh 2478

Dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham memaklumkan pada ini seramai 202 orang pesakit CoV-19 dibenarkan untuk discaj daripada hospital.

Ia menjadikan jumlah kes yang telah pulih sehingga ke hari ini adalah sebanyak 2478 orang dengan peratusan 49.7% daripada jumlah keseluruhan yang telah direkodkan di Malaysia. Bilangan kes sembuh hari ini melebihi kes baru.

Manakala kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 170 kes, dengan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Malaysia adalah sebanyak 4987 dengan 60 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) , dari 60 orang 33 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan dalam sidang media tersebut berkaitan dengan stok perlindungan diri (PPE) buat petugas kesihatan.

“Stok bekalan PPE hanya bertahan 2 Minggu” – Dr Hisham rayu sumbangan rakyat Malaysia

“Alat penutup hidung dan mulut jenis surgical N-95 mask – baki stok 37 hari, Alat penutup hidung dan mulut jenis 3-ply mask- baki stok 47 hari, Disposable Face Shield (Eye visor, face shield or googles) – baki stok 25 hari.”

“Selain itu Disposable Fluid Resistant Apron (Long Sleeves With Cuff) –
baki stok 23 hari;Jumpsuit/ Protective Coverall – baki stok 19 hari; Gaun plastik biasa, dan lain-lain jenis PPE.” – Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham

Malaysia

“Detik Bersejarah,” Pusat Kuarantin C0vid-19 MAEPS Ditut0p 0perasinya Hari Ini

Published

on

Selepas hampir empat bulan beroperasi sebagai pusat kuarantin untuk Covid-19, hari ini,  Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS Serdang telah pun menamatkan operasinya.

Hal ini susulan daripada pesakit terakhir yang berada di pusat kuarantin itu disahkan sembuh dan dibenarkan dicaj daripada pusat kuarantin serta dibenarkan pulang ke rumah.

Maklumat dari Menteri Kesihatan

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menerusi laporan yang dikeluarkan oleh beliau di laman Facebook rasmi miliknya.

Pusat kuarantin yang merawat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang positif Covid-19 itu telah ditutup selepas 108 hari beroperasi sejak 25 Mac 2020 lagi.

Detik bersejarah

Dalam posting tersebut beliau telah memaklumkan bahawa operasi pusat ini bermula pada 25 Mac 2020 dengan menerima 3 orang pesakit dari Hospital Kuala Lumpur.

Seterusnya, 6 Jun 2020, pusat ini telah menerima seramai 687 pesakit. Manakala, hari ini adalah detik bersejarah setelah seorang pesakit terakhir telah discaj & dibenarkan pulang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page bawah

Sumber: Dr Adham Baba

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Continue Reading

Malaysia

BSH Fasa Ke-3: Ini Syarat Kemaskini Untuk Permohonan Baru

Published

on

Umum mengetahui, pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir Julai ini. Buat penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

Buat mereka yang ingin mengemaskini permohonan baru, kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat seperti berikut:


Borang kemaskini maklumat boleh dimuat turun di sini.

MySalam & Peka B40

Penerima BSH juga layak menerima skim perlindungan kesihatan takaful percuma MySalam dan skim peduli kesihatan Peka B40.

Mereka yang berumur 40 tahun ke atas juga layak melakukan permohonan Peka B40.

Namun begitu, bantuan ini tidak terpakai buat penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Bantuan Sara Hidup Fasa ketiga bakal diumumkan sekitar akhir Julai. Umum mengetahui, BSH akan diberikan kepada 4 jenis penerima berpendapatan seisi rumah RM 4000 ke bawah.

Lazimnya, BSH dan beberapa bantuan kerajaan lain akan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Ramai yang masih keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

Untuk pengetahuan ramai, B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia.

Dalam satu laporan, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia telah bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.

Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000

penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

“Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya

Rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka

“Alhamdulillah dapat juga rakyat malaysia yang dlm kesusahan ringan sedikit sebanyak beban di hadapi

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di portal rasmi mereka di https://www.pekab40.com.my/bm.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

Diambil tindakan tegas, Sekali Hos Bernama TV ingatkan menteri tentang janji kebebasan bersuara

Published

on

Tindakan hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.

“Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”

Memetik laporan Malaysiakini, hos tersebut menggelarkan media antarabangsa dengan panggilan itu dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.
“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.

Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Ingatkan menteri tentang janji kebebasan bersuara

Dalam perkembangan terkini Hos Bernama TV, Herleena Pahlavy yang dikenakan tindakan setelah menggelar stesen TV Al Jazeera sebagai Al Jahiliyah, mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah mengenai janji beliau untuk terus mempertahankan kebebasan bersuara.

(Buletin TTKM difahamkan Herleena digantung tugas menurut laporan. Walaubagaimanapun, kami sedang mendapatkan pengesahan beliau mengenai perkara ini)

Herleena Pahlavy berkata demikian dalam satu status di facebooknya sambil berkongsikan satu pautan berita pada Mac 2020 yang bertajuk “Saifuddin janji terus pertahan kebebasan bersuara”

“Masihkah kau ingat” – Herleena Pahlavy

Terdahulu, di akaun twitter beliau, Herleena berkata menjadi berani dan patriotik di saluran TV Malaysia akan menyebabkan seseorang itu menanggung akibat.

Dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Bernama TV Isnin lalu untuk membincangkan dokumentari kontroversi itu, hos terbabit menggelar Al Jazeera sebagai Al-Jahiliyah.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang. Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,”

Beliau kemudiannya mengakhiri program itu dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Berikutan itu, Dato Saifuddin Abdullah di akaun twitternya menyatakan gelaran sedemikan terhadap Al Jazeera oleh hos terbabit tidak sepatutnya diberikan.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu, tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,”

Jumaat lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” selama 25 minit menerusi program 101 East, yang mendakwa Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menahan pendatang asing tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis kemudiannya menyiasat saluran berita itu di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Jabatan Imigresen pula sedang mengesan lelaki Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditemubual program itu yang mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin ketika operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.” – Rayhan Kabir

. -Buletin TTKM-

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending