Ibu belum tahu apa apa. Anak perempuan 2 tahun pergi buat selamanya dan rupanya ini yang terjadi - Rentas Asia
Connect with us

Kisah Benar

Ibu belum tahu apa apa. Anak perempuan 2 tahun pergi buat selamanya dan rupanya ini yang terjadi

Published

on

Ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang telah pergi buat selamanya selepas motosikal ditunggangi dirmpuh Iori kelmarin, beIum mengetahui anaknya pergi buat selamanya. Adik individu terbabit, Olivia Maisarah Mohd Al Bakri, 15 berkata, kakaknya, Nurellisa, 21 yang teruk dalam kejadian itu sedang dirawat di Hspital Sultan Ismail (HSI).

“Keadaan kakak stabiI namun dia beIum tahu mengenai kehilangan anaknya. Kandungan kakak juga selamat. Kakak baru seminggu bekerja sebagai penghantar barang. Ketika kejadian kakak beritahu dia keIuar untuk membeli bubur dan rojak, namun kedai tutup. SebeIum ke kedai, dia ada ajak saya tapi saya tidak sihat. Namun, tak Iama seIepas itu kami dimaklumkan dia dan anaknya terbabit kejadian yang tak diingini,” katanya.

Terdahulu, keluarga itu menerima ziarah dan sumbangan daripada Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi, Norlizah Noh di kediaman keluarga Nurellisa di Kampung Mawai di sini, semalam. Olivia Maisarah berkata, jasad anak saudaranya sudah diuruskan pada hari kejadian di Tempat persemadian Islam Kampung Mawai, Kota Tinggi.

Sementara itu, nenek individu tersebut, Shapiah Osman, 72, berkata, dia sering menasihati cucunya supaya tidak membawa anak ketika menaiki motosikal. Katanya, dia tldak menyangka kebimbangannya selama ini benar apabila cicitnya Nurelina Abdullah, 2, pergi buat selamanya dalam kejadian ini.

“Kali terakhlr saya nampak Nurelina yang sedang main di hadapan rumahnya pagi itu. Dia memang sangat manja, sering panggil saya ‘nyang’ dan selalu tldur bersama saya. Saya pun tak tahu cucu bawa Nurelina sekali menaiki motosikal. Jika tahu memang saya tldak benarkan. SeIama ini saya sering pesan supaya tldak bawa anak jika naik motosikal kerana berbahaya,” katanya.

Kelmarin, media meIaporkan kanak-kanak berusia dua tahun pergi buat selamanya manakala ibunya teruk selepas motosikal ditun.ggang dirmpuh sebuah Iori dalam kejadian yang tak diingini di kilometer 4 Jalan Mawai.

Kejadian ini dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang individu tersebut terlibat dengan sebuah Iori dari arah beIakang yang datang dari arah sama. Salam tkziah. Beratnya dugaan keluarga ini. Semoga si ibu cpt sembuh dan tabah atas kehilangan anak tersayang. Al fatihah anak syurga.

Sumber: hm via DBONGKAR

Kredit Artikel: Media Bawang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah Benar

Terkedu Wanita Ni Beli Burger Tepi Jalan Harga Sampai RM23. Bila Tgk Isi Dalam Memang ‘Special’

Published

on

BURGER sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia.

Apabila bercakap mengenai menu ini, boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang tersendiri selain kaya dengan bahan-bahan, malah harganya lebih rendah berbanding yang dijual di restoran makanan segera.

Dek kerana menjadi salah satu menu makan malam atau lewat malam (supper) yang paling popular, kita dapat menyaksikan gerai-gerai burger diibaratkan cendawan tu

Bagaimanapun perkongsian kisah seorang wanita mengenai pengalamannya membeli burger dari gerai jalanan baru-baru ini, menarik perhatian ramai.

Bukan disebabkan keenakannya, sebaliknya harga burger yang dibeli dari gerai tepi jalan berkenaan membuatkan rata-ratanya tercengang.

Menurut wanita berkenaan dalam satu posting di Facebook, dia mengunjungi sebuah gerai burger berdekatan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur untuk membeli dua burger ayam special.

Namun dia benar-benar terkejut sewaktu mahu membuat pembayaran apabila diberitahu penjaja berkenaan bahawa harga burger pesanannya adalah RM23.

“Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special,” kata wanita berkenaan.

Ini bermakna harga untuk sebiji burger ayam special adalah RM11.50 di mana ia lebih mahal daripada burger yang dijual di restoran makanan segera.

Wanita tersebut kemudian membuat perkongsian mengenai pengalamannya itu di Facebook.

Dia turut memuat naik gambar burger ayam special yang dipesannya itu untuk dinilai oleh warga maya.

Perkongsian tersebut meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan gerai burger berkenaan.

Antara komen netizen yang turut terkejut dengan harga burger yang dibeli wanita tersebut.

“Burger McDonald lebih murah daripada burger yang dijual mereka.

“Harga tersebut terlalu tinggi dan tak berbaloi beli. Lebih baik beli burger dari tempat lain yang tak terlalu mahal.

“Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam… Double ayam special RM4.50,” demikian antara perkongsian netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Kisah Benar

Pelanggan minta air kosong selepas muntah, sekali manager restoran suruh minum je dari paip di tandas

Published

on

TULAR di media sosial mengenai nasib seorang pelanggan yang mendakwa menerima perkhidmatan teruk di sebuah restoran yang terletak di ibu kota.

Alex Fooi, 33, meluahkan rasa kecewa dengan servis dan layanan yang diberikan kepada dirinya dan lapan lagi rakan oleh pekerja di restoran tersebut.

Berkongsi pengalaman dengan mStar, Fooi berkata kejadian berlaku pada 17 Jun lalu di sebuah restoran menjual makanan berasaskan piza ketika mereka makan malam.

Tangkap layar posting asal berikutan kejadian.

“Saya dan kawan-kawan pergi makan dekat sebuah restoran ni. Saya tak berapa sihat malam tu, masa tengah makan tiba-tiba rasa nak termuntah jadi saya bangun dan pergi ke tandas.

“Saya minta isteri tolong jaga pintu sebab risau agak lama berada dalam tandas.

Selepas saya bersihkan sendiri kawasan terkena muntah, saya keluar semula untuk dapatkan sedikit air. Saya cuba minta air suam untuk bersihkan tekak. Kata pelayan di situ mereka tak sediakan air suam kecuali air botol berjenama Solé L’Italiana berharga RM23.50 untuk 1 liter.

“Saya beritahu yang saya nak sedikit saja air tapi mereka tetap suruh saya beli juga air yang dijual. Pelayan tu cakap mereka tak ada air lain untuk diberikan pada saya,” jelasnya.

Gagal mendapatkan air seperti yang dimahukan, Fooi kembali duduk di meja makan bersama rakan-rakan yang turut serta dalam majlis makan malam itu.

Katanya dia bernasib baik kerana dia akhirnya dapat juga meneguk sedikit air kosong apabila salah seorang rakannya ada membawa minuman yang diletakkan dalam botol.

Fooi turut mendakwa, setelah diberitahu mengenai kejadian itu kepada pengurus restoran, jawapan balas diberikan kepadanya amat mengecewakan.

Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku lagi situasi macam tu. Manager tu cakap kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas.

“Lepas bayar makan malam berjumlah RM625.90, saya beritahu fasal saya muntah dekat pengurus restoran.

“Dia tak tanya pun mengenai keadaan saya sebagai pelanggannya atau makanan restoran yang mungkin jadi punca saya muntah.

“Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku lagi situasi macam tu.

Manager tu cakap kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas,” imbas Alex.

Komen netizen berikutan kejadian.
Enggan memanjangkan cerita, Fooi terus beredar dari premis itu sambil mengakui terkilan mendengar kata-kata pengurus restoran yang diucapkan terhadapnya sebagai pelanggan.

Malah, lelaki yang menetap di Taman Bukit Aman, Seri Petaling ini, bagaikan tidak percaya ayat itu dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar pengurus.

Berikutan perkongsian di Facebook yang tular, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.

Malah, warga maya turut menyatakan pendapat mereka dan beranggapan pekerja di kedai makan itu bersikap kurang sopan.

Posting yang telah diterjemahkan oleh Fooi.
Dalam pada itu, satu kenyataan dikeluarkan oleh seorang pelayar Facebook dipercayai pengurus restoran itu.

Jelasnya dalam posting tersebut bahawa setiap kedai mempunyai peraturan dan cara mereka tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pelanggan.

Luahnya, kadang-kala dia mahu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pelanggan yang membuat permintaan tidak munasabah dan bertentangan dengan prosedur restoran.

kredit:mstar

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Kisah Benar

Bella Hadir Untuk Pengecaman, Tapi Reaksi Siti Bainun Saat Melihat Kelibat Bella Tarik Perhatian

Published

on

Seramai enam individu termasuk remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, hadir ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bagi sesi pengecaman.

Difahamkan, selain Bella, mereka yang hadir adalah lima remaja dan kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun.

“Kami masih menunggu kehadiran enam individu termasuk kanak-kanak untuk pengecaman. Pengecaman akan dilakukan oleh tiga saksi,” kata Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad sebelum perbicaraan kes Siti Bainun bermula.

BELLA, hadir di Mahkamah Sesyen bagi sesi pengecaman pada perbicaraan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dalam kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun. FOTO Saifullizan Tamadi

Tiga saksi perbicaraan yang hadir untuk sesi pengecaman itu adalah Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Sesi perbicaraan pada hari ini bersambung dengan pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan terhadap saksi kelapan, Suhana Zam, 40.

Sebelum ini, media melaporkan Bella yang kini menetap di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Seremban, Negeri Sembilan, dua kali tidak dapat hadir ke mahkamah.

Dia sepatutnya hadir ke mahkamah pada 31 Mei dan 13 Jun lalu, namun ditangguhkan selepas dilaporkan tidak sihat.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Siti Bainun menangis lihat kelibat Bella

Kuala Lumpur: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menangis teresak-esak ketika tiga saksi membuat pengecaman beberapa individu termasuk remaja Sindrom Down dikenali Bella dalam perbicaraan kes, hari ini.

Meskipun tidak dapat bersemuka dengan mereka kerana terhadang oleh tirai, namun Siti Bainun tidak dapat menahan perasaannya selepas melihat kelibat Bella dan lima individu lain yang berada di bawah jagaannya sebelum ini, dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Siti Bainun turut melambai tangannya beberapa kali ke arah mereka.

Media dan orang awam yang berada di galeri awam juga tidak dibenarkan untuk melihat wajah mereka.

Sesi pengecaman itu dilakukan tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Terdahulu, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka.

“Sekiranya mahu identiti dirahsiakan, orang awam boleh diminta keluar dan tirai dibuka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memaklumkan terdapat keperluan untuk melindungi saksi daripada terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di dalam mahkamah.

“Ini adalah perlu saksi ini dicamkan dan tidak terdedah terus dalam mahkamah ini,” katanya.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, ini proses pengecaman dan tidak timbul isu untuk melihat reaksi kerana ia untuk tujuan sama ada orang dirujuk adalah individu yang disebut oleh saksi dalam perbicaraan.

“Tapi sekiranya pihak pendakwaan merasakan ada keperluan untuk orang awam keluar tiada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Azizah memaklumkan tiada masalah untuk media dan orang awam berada di galeri awam kerana ia hanya proses pengecaman bukan merakam keterangan.

kredit: hmetro

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending