Hadiah Peribadi Dari TMJ Kepada Azizulhasni Cetus Spekulasi - Rentas Asia
Connect with us

Sports

Hadiah Peribadi Dari TMJ Kepada Azizulhasni Cetus Spekulasi

Published

on

Bentuk ganjaran yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Malah, ada yang cuba mencetuskan spekulasi atau andaian bahawa TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadiahkan sebuah ‘supercar’ kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai ‘The Pocket Rocketman’ bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ, baru-baru ini.

Namun, ada juga yang bersikap lebih positif dengan menganggap agak mustahil untuk TMJ menghadiahkan koleksi kereta kesayangannya kepada Azizulhasni.

Menurut laporan beberapa portal, kereta Ford GT itu dipandu TMJ ketika menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu di ibu pejabat JDT.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.


“Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” tulis Azizulhasni.

sumber: BH

Usaha BH Sukan untuk mendapatkan komen daripada Azizulhasni sendiri mengenai spekulasi yang bermain di media sosial berkaitan hadiah peribadi dari TMJ itu juga tidak berjaya.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sports

Ramai tanye siapa perlu bertanggngjwb Ziyad hilng RM1.12 juta, Sekali Jurulatih Ziyad bersuara

Published

on

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di sebalik insiden pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik balik pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kelmarin?

Kelewatan juara bertahan itu memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan yang menjadi punca kemenangannya dibatalkan, adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku dan sukar diterima.

Malah, dek kerana kecuaian itu bukan sahaja Ziyad dan kontinjen negara hilang emas, tetapi lebih malang Ziyad terlepas ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik selain RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

Jaguh negara berusia 31 tahun itu juga hilang statusnya sebagai pemegang rekod dunia.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang pernah menjadi ketua kontinjen di Paralimpik London 2012 dan Sukan Asia Guangzhou 2018 mengakui insiden itu tidak masuk akal kerana ini bukan pertama kali kontinjen negara bertanding di Paralimpik.

“Ada empat peringkat yang akan memastikan setiap urusan atlet negara di mana-mana temasya berjalan lancar bermula daripada ketua kontinjen, pegawai urusetia, pengurus pasukan dan jurulatih.

“Ketua kontinjen dan pegawai urusetia menguruskan hal kontinjen secara keseluruhannya manakala setiap sukan pula ada pengurus dan jurulatih.

“Jadi, bagaimana perkara ini (lewat memasuki bilik menunggu) masih boleh berlaku? Ini yang perlu diberikan penjelasan, mengapa boleh lewat dan siapa yang perlu bertanggungjawab. Lagipun, ini bukan kali pertama kita bertanding di Paralimpik,” katanya kepada BH Sukan.

Terdahulu, emas dan rekod dunia yang dilakukan Ziyad ditarik balik selepas protes yang dilakukan kem Ukraine yang mendakwa dia bersama dua lagi atlet Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Walaupun kontinjen Malaysia mengemukakan rayuan namun ia ditolak oleh Juri Rayuan Olahraga Para Dunia berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke bilik menunggu yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke bilik menunggu pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual bilik menunggu, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan itu juga, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke bilik menunggu.

Zolkples berkata, insiden itu juga seharusnya menjadi pengajaran berguna buat semua atlet negara tidak kira atlet normal mahupun atlet kurang upaya.

“Jangan ambil mudah perkara sebegini walaupun pun sudah mahir dengan peraturan dan selok belok kawasan pertandingan. Bila-bila masa boleh berlaku kesilapan sekiranya kita lalai dan ianya amat merugikan. Sesal kemudian tidak ada gunanya. Lepas itu kita salahkan orang lain pula akibat dari kesilapan kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam menjelaskan kelewatan didakwa berlaku selepas ketiga-tiga atlet masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke bilik menunggu tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

“Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan berkenaan yang agak padat dengan atlet-atlet dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlet terbabit telah terhalang untuk memasuki bilik menunggu dan pada ketika itulah mereka didakwa lewat melaporkan diri.

“Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlet berkenaan sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke bilik menunggu. Selepas merayu supaya dibenarkan masuk, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan,” katanya.

“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku” – Jurulatih Ziyad

“Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain.”
Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lawan sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal.

Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 6.00 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di ‘call room’

“Saya tak tahu, tak reda” – Ziyad Masih Kelu Berkata-kata, Belum Terima Hakikat ‘Hil4ng’ Emas

Sedih, kelu dan masih belum reda. Itulah perasaan yang digambarkan jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang kehilangan pingat emasnya gara-gara isu call room.

Menurut Astro AWANI, Ziyad yang bakal tiba ke tanah air hari ini telah meluahkan kekecewaan yang dialaminya berikutan isu tersebut kepada wartawan menerusi panggilan telefon.

Saya tak berani nak cakap apa-apa. Memang tak tahulah. Saya koyak lagi sebenarnya ni.

Tak boleh, tak tahu, tak reda dan tak ada kata-kata yang boleh keluar dari mulut. Tak tahu nak cakap,” katanya.

Bila ditanya apakah perasaannya ketika ini apabila mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) memutuskan untuk membatalkan pingat emas yang dimenanginya, Ziyad membalas,

Saya tak tahu nak cakap apa. Sedihlah. Nantilah kita jumpa di Malaysia,” katanya ringkas dalam nada sebak.

Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo.

Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’.

Pingat emas tersebut kemudian dimenangi atlet Ukraine, Maksym Koval.

Semoga Ziyad terus tabah dan kita sama-sama beri support yang terbaik buat dia bila tiba di Malaysia nanti.

Kredit Artikel: Kecoh Ape Sam Sohor

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Sports

‘Secara Jujur Saya Letih Sikit’ – TMJ Beritahu Apa Akan Berlaku Jika Dia Tinggalkan JDT

Published

on

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menerusi InstaStory memberitahu berasa sedikit letih dan sedang memikirkan sama ada ingin terus mengendali atau meninggalkan pasukan juara Liga Super itu.

Artikel Berkaitan : Pemain JDT Tweet ‘Teringin’ Nak Main Bola, Ini Teguran TMJ – ‘Siapa Kerja Keras, Dia Dapat Main’

50/50 nak tinggalkan JDT

Baginda bertitah demikian susulan menjawab pertanyaan daripada seorang individu di Instagram yang bertanyakan sama ada betul atau tidak baginda bakal meninggalkan kelab bola sepak yang dipimpinnya sejak dari 2014 lagi.

Saya dah 8 tahun menguruskan JDT FC. Sejujurnya saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki. Segala-galanya akan musnah. Players akan pergi, sponsors cabut dan kakitangan satff pun akan pergi.

Titah baginda lagi, faktor utama baginda menguruskan JDT FC adalah disebabkan minat dan berpendapat bahawa seseorang individu itu perlu mencari sesuatu yang baru jika berasa tidak gembira lagi dalam melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

Walau bagaimanapun, baginda meluahkan rasa letih dan masih tidak pasti lagi untuk meninggalkan kelab berkenaan kerana baginda mempunyai tanggungjawab yang lain.

So saya 50/50. Tetapi dengan secara jujur saya letih sikit. Kerana ‘saya mengurus bola sepak oleh kerana minat tetapi saya tidak perlukan bola sepak’.

Dan dalam hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain. So buat masa ini 50/50.

Betul ke Tunku nak tinggalkan JDT?

“Tapi jikalau saya angkat kaki. Segala-galanya akan musnah. Players akan pergi, sponsors cabut, dan kakitangan staff pun akan pergi”

Sumber : hrhcrownprinceofjohor

Kredit Artikel: Kecoh Ape Sam Sohor

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Sports

“Bagitau Ukraine, Tak Berkat Ye” Emas Ziyad TerbataI, Ini Yg Berlaku Kepada Akaun Twitter Tokyo 2020

Published

on

Gara-gara menyiarkan nama atlet Ukraine, Maksym Koval sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 di sukan Paralimpik Tokyo 2020 malam tadi, akaun Twitter rasmi @Tokyo2020 diser4ng oleh ‘tentera bawang’ dari Malaysia.

Tindakan tersebut berlaku lantaran kem Ukraine yang memprotes keputusan akhir acara lontar peluru F20 yang sepatutnya meletakkan atlet Malaysia Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai pemenang pingat emas sekaligus mencipta rekod dunia.

Selepas pingat emas yang dimenangi Ziyad dibatalkan, ‘tentera bawang’ Malaysia terus berkerumun dan meninggalkan komen di laman sosial penganjur.

Rata-rata netizen menyifatkan pihak penganjur dan negara Ukraine tidak mengamalkan semangat kesukanan, perompak dan melabel protes itu sebagai satu tindakan yang memalukan.

“Maksym Koval has stolen #gold from Zolkefli Muhammad Ziyad in #ParaAthletics – Men’s Shot Put – F20 at the #Tokyo2020 #Paralympics. There I fixed the tweet for you,” tulis seorang wargamaya.

“Shame of you. Kenapa lepas habis games baru nak protes. Kenapa tak sebelum acara bermula atau semasa pertandingan tak protes. Tak adil langsung,” komen seorang wargamaya.

“You should not let Ziyad in the competition if he is disqualified from early. Why you disqualified after he win a gold medal and break a world record? Why did you let him play? We demand explanations because this is so absurd,” ujar seorang wargamaya.

“Tak berkat ye. Tolong bagi tahu dekat ukraine tu TAK BERKAT. Haa kau sabajap. Korang yang buat keje tak betul sebab benarkan dia bertanding sedangkan benda tu jadi sebelum pertandingan.

Then kau nak cancel-cancel orang suka hati kau jeee. Tunggu orang Malaysia cancel korang pulak,” luah seorang wargamaya.

“Kau tunggu 2024, tak silap dia lontar kat kepala Ukraine tu tau, ee geram aku,” marah seorang wargamaya.

“Isu pingat ni bukan isu ziyad semata-mata. Tapi isu ini isu negara. Isu maruah negara dikala hari kemerdekaan buat rakyat kita hari ini,” kata seorang wargamaya.

“Cuba bayangkan seseorang tu menang pingat emas bukan sebab dia pandai main, tapi sebab dia pandai protes dekat orang lain. Kalau la aku jadi orang tu, malu nak naik podium ambik pingat.

Kemenangan tak bermaruah,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan mengenai atlet Ukraine itu telah mendapat hampir 8,000 komen dan 9,000 ulang ciap daripada warga Twitter.

Terdahulu, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Kredit Artikel: Kisah Nyata Sam Sohor

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending