Bella Dally dan Suami Tawar Khidmat Nyahcemar di Masjid dan Surau Percuma - Rentas Asia
Connect with us

Malaysia

Bella Dally dan Suami Tawar Khidmat Nyahcemar di Masjid dan Surau Percuma

Published

on

Bella Dally dan Suami Tawar Khidmat Nyahcemar di Masjid dan Surau Percuma

Tidak hanya mahu berdiam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pelakon Bella Dally dan suaminya Arif Izuddin turut memberi bantuan kepada masyarakat. Mereka mahu menjalankan projek sanitasi atau nyahcemar di kawasan suarau dan masjid di sekitar ibu kota.

Bella Dally turut memuat naik gambar yang memaparkan kerja-kerja nyahcemar dilaksanakan di laman Instagramnya. Dia berkata yang dia kini sedang aktif melakukan khidmat tersebut di beberapa buah masjid dan surau di KL dan Selangor secara percuma.

“Saya dan suami telah bercadang untuk melakukan khidmat sanitasi untuk masjid atau surau di Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau korang tau mana-mana AJK Masjid atau Surau sila kongsikan mesej ini kepada mereka dan minta mereka untuk mesej saya. Suami saya akan hubungi mereka terus. Kami akan tanggung semua kos termasuk bahan kimia dan peralatan lain”

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini ramai influencer telah sama-sama membantu masyarakat. Pelbagai bantuan diberikan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan lain.

Ada juga diantara “public figure” memberi bantuan-bantuan khas kepada masyarat yang kurang berkemampuan.

Semoga Malaysia akan dapat pulih sepenuhnya dari CoV-19 ini dan semoga Allah melindungi semua “frontliner” lebih-lebih lagi pasukan doktor dan petugas kesihatan yang berkhidmat secara langsung dengan pesakit CoV-19

Malaysia

Ini cara Tebus e-Penjana RM50, Berpeluang Dapat RM300

Published

on

Cara Tebus e-Penjana RM50, Berpeluang Dapat RM300

Wah, beruntungnya rakyat Malaysia!

Insentif kerajaan dalam membantu rakyat dengan memberikan bantuan kredit e-Penjana yang bermula 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 dilihat begitu memberangsangkan.

Buat pengetahuan anda, bantuan kredit e-Penjana boleh ditebus Menerusi aplikasi Grab, Touch n’ Go dan juga Boost.

Ganjaran RM300 Menerusi TNG

Bagi mereka yang menebus insentif kredit itu di platform Touch n Go, mereka berpeluang menikmati ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana serta perusahaan mikro dalam industri dan lain-lain.

Selain itu, Touch n Go turut membenarkan rakyat Malaysia menggunakan penebusan kredit RM50 e-Penjana untuk membeli tag TNG RFID atau bayaran tol.

Muat turun aplikasi MySejahtera
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MySejahtera dan kemas kini akaun Touch ‘n Go eWallet. Anda boleh menebus tuntutan eKYC e-Penjana RM50 anda.

Dilaporkan lebih 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.

Rata-rata netizan melahurkan ucapan terima kasih dan bersyukur dengan pemberian ini

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini.

Inisiatif itu yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

Kluster c0v-19 Bukit Tiram berada di dua negeri, 10 telah p0sitif

Published

on

MALAYSIA: Pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka mengesan satu kes lagi di bawah kluster Bukit Tiram.

Kluster ini pada mulanya di temui di Johor.

Hasil daripada saringan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka kini berjaya mengesan 1 kes pertama di luar Johor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr, Noor Hisham memaklumkan bahawa sehingga hari ini sebanyak 135 telah disaring.

Daripada 135 orang tersebut, KKM berjaya mendapati 10 kes dikesan positif cov-19.

Manakala 124 orang lagi negatif dengan 1 kes sedang menunggu keputusan dari pejabat kesihatan.

“Daripada sepuluh kes positif, 4 orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan ini (kes ke-8,977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 dari Johor.

“Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan Pusat Kesihatan Daerah.

Kes positif ke-8,893 didapati menginap di rumah kes ke-8,897 pada 16 Julai sehingga 19 Julai lalu di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, kes telah dikenal pasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah.

Untuk pengetahuan semua, ujian saringan cov-19 kali kedua telah dibuat apabila kes ke-8977 mengalami gejala batuk dan sakit tekak.

Dia telah didapati positif dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berikut kami kongsikan gambar pecahan kontak rapat mengikut negeri.

“Aktiviti pengesanan akan dilaksanakan segera terhadap semua kontak rapat dan individu yang menghadiri pusat keagamaan yang dikenal pasti.

“Individu yang berisiko tinggi atau berkait rapat dengan kumpulan ini digalakkan untuk menjalankan saringan COV-19 secara kendiri.

“Sekiranya mempunyai gejala, segera hubungi klinik kesihatan atau pejabat kesihatan daerah yang terdekat untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam sidang media COV-19, di sini hari ini.

Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat dua (2) kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat tersebut.

Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

Kemudiannya mereka telah membuat saringan COV19 dan dikesan positif pada 24 Julai 2020.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua (2) kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini.

Semua 10 orang kontak rapat telah disaring dan masih menunggu keputusan.

Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan.

Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading

Malaysia

Lagi untuk rakyat! mulai es0k E-Dompet bernilai RM50 boleh dit3bus, ini cara mendapatkannya

Published

on

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Ia bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Menerusi program ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA mulai 31 Julai 2020.

Dalam program ini juga, terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini. Antaranya adalah Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan GrabPay. Ia turut dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesanan kontak Covid-19 MySejahtera.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon kredit tersebut, pemohon perlu memuat turun salah satu dari tiga e-Dompet itu, serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Pemohon layak menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih.

Selain itu, ia turut dipadankan dengan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai (cash back), baucar dan/atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen ini berlangsung iaitu dari 31 Julai hingga 24 September 2020. Sementara tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Sumber: Menteri Kewangan Malaysia | siakap keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading

Trending