Belum sempat Muhyiddin umum letak jawatan, sekali MT Umno dah buat keputusan ini utk dihantar ke Istana - Rentas Asia
Connect with us

Politics

Belum sempat Muhyiddin umum letak jawatan, sekali MT Umno dah buat keputusan ini utk dihantar ke Istana

Published

on

Biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) Umno – yang mana majoriti ahlinya adalah penyokong presiden Ahmad Zahid Hamidi – dijangka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon perdana menteri daripada parti itu.

Ia di saat naib presiden parti itu, Ismail Sabri dilaporkan berusaha mendapatkan sokongan untuk menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dijangka letak jawatan hari ini.

“Umno akan mengadakan mesyuarat biro politik dan MT hari ini untuk memilih calon perdana menteri interim.

“Ini untuk memastikan bahawa tiada pihak daripada parti bertindak secara sendirian atau membelakangi parti dalam krisis politik semasa,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Muhyiddin hilang majoriti selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Pada masa sama, 23 lagi ahli parlimen Umno termasuk naib presiden Ismail Sabri terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ismail mengadakan sejumlah pertemuan semalam dalam usahanya mendapatkan sokongan ahli parlimen Perikatan Nasional yang sebelum ini menyokong Muhyiddin.

Menurut sumber itu lagi, Umno mungkin akan menghantar tiga nama kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon perdana menteri.

“Setakat pengetahuan saya, selain presiden (Zahid), Ismail Sabri, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein juga berada dalam senarai.

“Kemungkinan tiga daripada empat nama ini akan dipilih untuk dihantar ke Istana Negara,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mengesahkan yang Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Zahid petang semalam.

“Perjumpaan ini berkaitan gerakan surat akuan bersumpah (SD) sedang dikumpul bagi pihak Ismail.

“Saya tidak boleh memberitahu intipati perjumpaan antara Zahid dan Ismail. Tapi, yang pasti tindakan Ismail mengumpul SD tidak disenangi akar umbi.

“Sebarang keputusan mesti daripada parti. Perlu ada sokongan semua pihak. Ini paling penting,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan surat akuan sedang dikumpul dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri baru gabungan itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dia antara yang sudah menandatanganinya.

Muhyiddin tiba di Perdana Putra untuk mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi.

Beliau dijangka akan mempengerusikan satu mesyuarat khas kabinet sekitar pukul 9 atau 10 pagi.

Petugas media yang menanti di hadapan Perdana Putra masih menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri-Menteri kabinet dijangka tiba pada pukul 9 pagi melalui pintu dua Perdana Putra.

Mesyuarat kabinet dijangka berlangsung selama satu jam sebelum Muhyiddin dijangka bergerak ke Istana Negara pada pukul 11 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Muhyiddin kemudian dijangka mengumumkan satu perutusan selepas sesi menghadap.

Kredit Artikel: Kecoh Ape Sam Sohor

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politics

Hasrat Ahmad Maslan Untuk Menjadi Timbalan YDP Tak Kesampaian Disebabkan Hal Ini

Published

on

PETALING JAYA – Bersatu dilaporkan tidak menyokong Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana sokongan terhadap beliau bertentangan dengan prinsip parti untuk tidak bekerjasama dengan mereka yang ada kes mahkamah.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyerahkan nama Ahmad untuk dicadangkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi cadangan itu boleh ditarik balik.

Dalam pada itu, sebanyak 31 wakil rakyat Bersatu telah menerima “arahan” daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak memberi sokongan kepada Ahmad.

“Ya, Bersatu tidak akan menyokong Ahmad sebagai Timbalan Speaker, kerana beliau ada kes mahkamah.

“Sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin telah menyatakan untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrat.

“Kami berpendapat bahawa Perdana Menteri akan menukar nama Ahmad, tetapi kami setakat ini tidak tahu siapa yang akan menggantikannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Sebelum ini, Ahmad yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO dilaporkan akan berebut jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming daripada DAP.

Memandangkan Pakatan Harapan menamakan Kor Ming sebagai calon tunggal mereka, kerajaan justeru bimbang kedudukan Perdana Menteri akan dipertikaikan sekiranya calon mereka terkandas jika ada apa-apa berlaku ke atas pencalonan Ahmad.

Keadaan itu dilaporkan mungkin mendorong Ismail Sabri untuk mempertimbangkan calon lain untuk jawatan Timbalan Speaker

Ahmad Maslan kemuka 20 tawaran jika dilantik jadi timbalan speaker

Calon timbalan speaker Dewan Rakyat daripada Umno, Ahmad Maslan, hari ini mengemukakan 20 cadangan transformasi parlimen sekiranya dia dipilih menduduki jawatan berkenaan minggu depan.

Ahmad merupakan setiausaha agung Umno dan menjadi calon tunggal daripada pihak kerajaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Cadangan Ahmad hadir sehari selepas seorang lagi calon timbalan speaker – mewakili Pakatan Harapan (PH) – Nga Kor Ming mengemukakan 10 tawaran pembaharuan parlimen jika dia dipilih.

Berikut ialah 20 tawaran transformasi yang dijanjikan Ahmad:

1. Menyediakan seorang pegawai penyelidik bagi setiap ahli parlimen sama ada penyokong kerajaan (backbencher) atau pembangkang untuk membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.

2. Mengemas kini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Order) agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.

3. Mewujudkan seorang lagi timbalan yang dipertua atau timbalan speaker menjadikan tiga orang semuanya. Timbalan speaker ketiga dikhususkan untuk wakil pembangkang. Satu daripada tiga timbalan speaker terbabit seeloknya dari Sabah atau Sarawak.

4. Parlimen terlibat dengan aktif memberi pendidikan demokrasi kepada seberapa ramai rakyat melalui seminar, wacana, pameran, dialog, lawatan dan libat urus (engagement).

5. Mewujudkan program parlimen pelajar untuk mereka di tingkatan empat hingga enam sebagai tambahan kepada program Parlimen Belia dan Parlimen Mahasiswa yang ada sekarang. Penglibatan wanita sangat digalakkan dalam ketiga-tiga program itu. Langkah ini sesuai dengan Undi18.

6. Melanjutkan masa rasmi sidang parlimen daripada 10 pagi hingga 5.30 petang sekarang kepada 10 pagi hingga 6.30 petang. Tambahan sejam itu bagi membolehkan ahli parlimen diberikan peluang masa yang cukup untuk berbahas. Ia tidak termasuk masa-masa tambahan hingga sebelah malam jika diperlukan. Masa pertanyaan menteri (MQT) juga ditambah daripada 30 minit pada hari Selasa dan Khamis kepada 40 minit.

7. Memastikan minimum 12 hingga 15 soalan lisan dapat dijawab dalam masa 120 minit sesi pertanyaan dengan had sekitar masa 8 hingga 10 minit untuk setiap soalan. Ini bermakna sesi pertanyaan lisan ditambah daripada sejam setengah kepada dua jam.

8. Memastikan ucapan ahli parlimen untuk dasar penting diberikan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit, dan jika perlu tambahan sehingga ke malam bagi memenuhi keperluan 20 minit itu. Perbahasan penting adalah seperti usul titah menjunjung kasih diraja, belanjawan, pindaan perlembagaan, rancangan malaysia, rang undang-undang (RUU) baru seperti Akta Pendanaan Politik dan seumpamanya.

9. RUU yang ingin dibentangkan hendaklah diberi kepada ahli parlimen sekurang-kurangnya lima hari sebelum ia dibahaskan bagi menyediakan masa secukupnya untuk ahli parlimen membuat kajian dengan syarat kerahsiaan dan embargo diletakkan.

10. Memperuntukkan RM60,000 setahun dengan kiraan RM5,000 sebulan kepada ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen bebas untuk menguruskan pusat khidmat kawasan masing-masing. Peruntukan itu dianggar mencukupi untuk elaun dua kakitangan dan sewa sebuah pejabat.

11. Mengadakan hari terbuka kementerian secara berkala di parlimen untuk ahli parlimen bertemu secara terus dengan menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah dengan penjadualan yang tersusun pada setiap kali sesi sidang.

12. Sesi kamar khas ditambah waktu dan diadakan pada setiap hari pada sebelah petang dengan membenarkan ahli parlimen bertanya soalan tambahan dan disiarkan juga secara langsung oleh media perdana.

13. Mengadakan latihan pendedahan media sosial kepada ahli parlimen dan kakitangan ahli parlimen dan juga latihan komunikasi, pengurusan, antarabangsa serta ilmu terkini yang relevan dari semasa ke semasa.

14. Menambah bilangan jawatankuasa pilihan khas yang meliputi pendidikan, agama, sosial, pekerjaan, perumahan, indeks gaji, gejala sosial, bisnes dalam talian, kesihatan, ekonomi, kewangan, pembangunan tanah, pelaburan, alam sekitar, mencari pendapatan baru kerajaan dan lain-lain yang sesuai.

15. Menyokong cadangan kerajaan untuk transformasi parlimen sebagaimana yang telah diumumkan oleh perdana menteri pada 10 September 2021 iaitu:

i. RUU antilompat parti akan dibentangkan di Parlimen

ii. Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dalam tempoh terdekat. Justeru, satu RUU pindaan perlembagaan akan dibentangkan.

iii. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.

iv. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.

v. Setiap RUU termasuk RUU perbekalan yang dibentangkan di parlimen akan dirunding dan dipersetujukan secara bersama.

vi. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

vii. Ketua pembangkang diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

16. Setiap ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang diberikan peruntukan khas untuk sesi townhall (dialog awam) dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan RUU baru.

17. Mencadangkan agar ahli jawatankuasa pilihan khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.

18. Mencadangkan agar sesi dialog dengan rangkaian media arus perdana diadakan secara berkala melibatkan ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang untuk memberikan pandangan mengenai isu-isu semasa.

19. Meletakkan adab dan tatasusila yang tinggi dalam perbahasan agar imej parlimen dihormati pada pandangan rakyat bagi mengelakkan parlimen dianggap sebagai sarkas ahli politik.

20. Menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen supaya parlimen mempunyai autonomi dari segi peruntukan, tanggungjawab, kebajikan kakitangan dan perjawatan.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Politics

Ismail Sabri Jelaskan Kenape Muhyiddin di Lantik Pengerusi MPN Bertaraf Menteri

Published

on

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.

Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya

‘Beri kepercayaan pada Muhyiddin sebab dia pengerusikan MPN dari awal’

Anggota parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin dilantik semua ke Majlis Pemulihan Negara (MPN) kerana dia telah mempengerusikannya sejak awal, kata Perdana Ismail Sabri Yaakob.

“Memang Pagoh pengerusikan mesyuarat ini sejak mula diwujudkan, maka kita beri kepercayaan Pagoh teruskan tugasnya,” katanya dalam sesi soal jawab di parlimen hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim-Bandar Baharu) yang mahu tahu kenapa Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.

Muhyddin dilantik sebagai pengerusi MPN dengan status menteri pada 4 September lalu.

PPN diperkenalkan era pentadbiran 17 bulan Muhyiddin sebelum dijatuhkan oleh Umno.

Rancangan itu memperkenalkan empat tahap sebelum ekonomi dibuka semula sepuhnya dengan mengambil kira jumlah kes harian Covld-19, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Politics

Najib cadang skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000. Ini perincian yang buat ramai teruja

Published

on

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sebagai langkah membantu rakyat dan menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara.

“Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.

“Sesiapa daripada golongan B40, M40 boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, pinjaman itu akan disediakan oleh bank dengan jaminan penuh kerajaan dan caj perkhidmatan sebenar maksimum cuma tiga peratus bagi tempoh pembayaran balik tiga tahun.

Menurut beliau, kerajaan akan membantu pembayaran balik pada setiap tahun dengan geran atau potongan daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Bank jangan bimbang tidak cukup dana untuk skim i-Survive kerana jika 10 juta memohon baru RM50 bilion iaitu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman diberi oleh bank pada hari ini.

“Sesungguhnya bank di Malaysia mencatatkan keuntungan tinggi walaupun dalam keadaan pandemik,” katanya.

Beliau seterusnya meminta kerajaan menaikkan pengeluaran wang KWSP menerusi skim i-Citra kepada RM10,000 dengan syarat kerajaan bersungguh menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaaan kepada syarikat milik KWSP

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending