Ini Pula Cadangan Najib Razak Berkenaan Pengeluran Akaun 1. Baru Je Umum Tapi Bagi Cadangan Lain - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Ini Pula Cadangan Najib Razak Berkenaan Pengeluran Akaun 1. Baru Je Umum Tapi Bagi Cadangan Lain

Published

on

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah 90,000, mereka boleh mem0hon pendahuluan hingga 9,000.

Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi 90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga 60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, maka terdapat keperluan untuk mengimbangi antara bantuan untuk menghadapi cabaran masa kini dengan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluan ini.

“KWSP memberi jaminan bahawa usaha akan diteruskan untuk memenuhi mandat kepada ahlinya iaitu mengukuhkan jaringan perlindvngan s0sial melalui pelaburan dan pembangunan secara lebih strateglk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib masih memuat naik posting memberi cadangan untuk penambahbaikan pengeluaran KwSP

Berikut ulasan terbaru Najib di favebook milik beliau

“Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000)

KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja.

Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.

Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi.

Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan.

KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid.

Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

(Bagi mereka yang tiada KWSP, kita masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. Lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021)

sumber: Najib Razal

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Ini Kata Kata Yang Keluar Dari Mulut Pendkwah Selepas Keluar Dari Mahkamah Hari Ini

Published

on

SHAH ALAM: “Assalamualaikum, jumpa lagi, bye.”

Itu antara ucapan ringkas yang diberikan oleh pendakw4h selebriti berusia 25 tahun yang kini direman atas tuduhan mer0gl kenalan Instagramnya, tahun lalu.

Kelihatan agak tidak terurus, bekas peserta program realiti berbentuk keagamaan itu, juga sempat mengucapkan terima kasih kepada media sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

“Terima kasih semua, alright, thank you (baik, terima kasih),” katanya selepas prosiding lanjutan tempoh remannya sehingga Ahad ini.

Terdahulu, pendakw4h selebriti itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan tangannya bergari ke Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 11 pagi oleh pasukan polis dan turut diringi peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan.

Ketika ditemui selepas tamat prosiding reman itu, Ahmad Amzar memberitahunya anak guamnya itu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan oleh pihak polis.

“Anak guam saya menafikan semua dakwaan. Dia berada dalam keadaan sihat dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung laporan polis yang diterima (di Shah Alam dan Petaling Jaya).

“Dia akan membersihkan namanya mengikut undang-undang sedia ada” jelasnya.

Selain itu, peguam terbabit menjangkakan tempoh tahanan reman terhadap anak guamnya itu mungkin akan ditambah lagi memandangkan terdapatnya pertambahan laporan polis terhadap pendakw4h selebriti itu.

Secara keseluruhan, terdapat tujuh laporan telah dibuat terhadap pendakwa itu membabitkan r0g0l, cabul, mendatangkan kecederaan dan seks luar tabii yang mana lima daripadanya dilaporkan di Shah Alam. – UTUSAN ONLINE

Sumber : UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Datuk Freddie Fernandez Mahu Jumpa Perdana Menteri Sekiranya Sheila Majid Tidak Mahu Letak Jawatan

Published

on

Kuala Lumpur: “Sekiranya Datuk Sheila Majid tidak mahu meletak jawatan, kami akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri. Saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terangkan berkenaan masalah ini. Lagipun beliau mempunyai seorang anak yang juga seorang penyanyi.”

Demikian kata Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media mengenai isu royalti artis, hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim; penyanyi Blues Gang, Ito Mohd dan pemuzik, Rafi Mohd turut mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).

Freddie berkata, industri muzik sekarang dalam keadaan tenat dan banyak masalah terutama sejak pandemik Covid-19, Mac lalu.

“Dalam keadaan sekarang, pendapatan yang boleh diharapkan ialah menerusi royalti. Ramai penyanyi tiada pendapatan sejak sembilan bulan lalu. Satu-satunya cara untuk meraih pendapatan ialah menerusi royalti. Sebanyak RM140 juta royalti sudah dikutip Music Right Malaysia (MRM) tapi malangnya MRM sudah ditutup.

“RPM pula tak bermaya dan jarang buat apa-apa kenyataan mengenai royalti kepada ahli. November tahun lalu ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Baru-baru ini pun sama tapi tak sebut mengenai royalti,” katanya.

Menurutnya, Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) sudah ditutup dan RPM perlu memainkan peranan untuk membayar royalti.

“Sudah beberapa kali saya suarakan kepada Sheila untuk letak jawatan namun dia berdegil. Ahli-ahli RPM pun sudah mendesak dia letak jawatan. Baik Sheila atau ahli-ahli lembaga pengarah, boleh keluar! Setakat ini kami berjaya buat petisyen yang sudah ditanda tangan seramai 114 artis yang juga ahli RPM.

“Selain itu, seramai 67 ahli PRISM juga memberi mandat kepada saya untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya Sheila letak jawatan, jawatan ini akan diisi menerusi pemilihan secara demokrasi,” katanya.

Sementara itu, Sheila yang juga penyanyi popular terus membisu mengenai isu ini. Usaha wartawan menghubunginya bagi mendapatkan respon mengenai isu ini juga tidak berjaya.

sumber harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Ini Respond Balu Selepas Dia Dituduh Menafikan Hak Bapa Mertuanya A R Badul Dalam Kes Harta

Published

on

KUALA LUMPUR: “Arw4h tiada sebarang harta, dia sudah diisytihar muflis.”

Itu jawapan yang diberikan Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mertuanya, A R Badul dalam kes pembahagian harta.

Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.

“Arwah suami saya memang sudah diisytihar muflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.

“Berkenaan insuran kelompok yang dipertikai bapa mertua saya ini, memang saya sudah dapat. Cuma jumlahnya hanya RM5,000 lebih sahaja. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.

“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu ditanya mengenai hubungannya dengan A R Badul ketika ini, kata Shafinar dia tidak nafikan hubungan mereka agak renggang selepas kem4tian suaminya. Malah dia juga buntu dengan apa yang berlaku memandangkan ketika ini dia menerima pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.

“Sebenarnya hubungan kami sebelum ini okey sahaja. Cuma selepas kem4tian suami kami tidak lagi berhubung. Malah bapa mertua saya juga langsung tidak bertanyakan khabar lagi,” jelasnya.

Sementara itu, A R Badul hari meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang m4ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

sumber : utusan.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending