Siap pakai alat pengesan, Imam Muda Syed Faris mahu ambil anak - Rentas Asia
Connect with us

Entertainment

Siap pakai alat pengesan, Imam Muda Syed Faris mahu ambil anak

Published

on

KUALA LUMPUR: Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat.

Bukan sekadar meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu didakwa memberi nafkah tidak mencukupi.

Guru sekolah tadika di Puchong itu mendakwa, bekas suami mahu mengambil lima cahaya mata sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya, Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014.

“Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui BH Online.

Ibu kepada lima cahaya mata berusia 8 bulan hingga 12 tahun itu berkata, apa yang membuatkan dirinya membulatkan tekad untuk berpisah dengan bekas suami kerana enggan kehilangan keluarga.

Tidak tahan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu.

“Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.

“Ibu tidak mahu saya terus menderita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.

“Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini,” dakwa Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.

Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP,” dakwanya.

Katanya, dia tak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami bertindak sedemikian.

“Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” dedah Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.

“Saya kenal isteri baharunya itu. Dia pernah datang menumpang tidur di rumah kami.

“Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami selama seminggu.

“Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena,” dakwanya.

Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP

sejak membuat pengakuan berkahwin.

“Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.

Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya,” dakwanya.


Nur Hidayu Rosly mendakwa bekas suami, Imam Muda Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga dia dan anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Foto Nur Hidayu Rosly

Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.

“Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.

“Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dakwanya.

Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib,” katanya.

Sementara itu, Syed Faris ketika dihubungi enggan mengulas lanjut atas alasan sedang bekerja.

Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan

Berikut reaksi dari netizan

“Allah akan gantikan dengan kehidupan yang lebih baik…. Lelaki, dia akan putar untuk menutup dosa yang dilakukan. Jangan takut pd ugutan kerana kita ada jalan penyelesaian ikut undang-undang. In Shaa Allah, akan dimakbulkan doa isteri teraniaya dan semoga diberikan ketabahan dan dipermudahkan semua urusan.

“Sedih memanglah sedih. Tapi saya tidak rasa keputusan puan untuk berpisah dgn bekas suami tu silap. Allah memberikan kita akal, fikiran dan hati yang waras. Ujian Allah juga dlm pelbagai bentuk. Sayangilah diri sendiri puan. Saya percaya, jika bekas suami kasihkan keluarga. Dia tidak akan tergamak membuat onar ni puan. Bangkitlah demi anak2. Yakinlah Allah tidak akan menguji setiap hambaNya, melainkan mengikut kemampuannya. Pasti ada hikmahnya puan. Tiada daya dan upayaku melainkan dgn keizinan Allah.

“Ustaz akhir zaman…dh x kenal dosa pahala..Allah sedih nasib isteri dan anak2 yang di abaikan…tp isteri baru juga harus di persalahkan krn kacau rumahtangga org dan ustaz juga bersalah krn curang di belakang isteri…bertabah lh isteri anak2 krn Allah ada bersamamu…

“sakit gila hati aku baca, Semoga Allah swt berikan puan setinggi tingginya kesabaran untuk didik kelima lima anak, dan untuk ustaz pencetus kemarahan ni, hidup hang xkn senang atas apa yg hg buat kat bini n anak hg ni tau..

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entertainment

Ini Sebab Kenapa Safiey Ilyas Bakal Ke Pnjara

Published

on

Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias, 26, dikatakan bakal berdepan hukumn penj4ra membabitkan kes4lahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan D4dah dan Kosmetik 1984.

Menurut sumber Harian Metro, waran tangkap juga sudah dikeluarkan kepada penyanyi lagu Syinta Gila itu selepas dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah. Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.

“Saya sendiri tidak tahu akan perbicaraan kes ini. Sebab semasa writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau rumah. Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.

“Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di mahkamah sebelum ini.

“Saya harap tidak timbul sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Saya janji akan berkongsi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai produk yang dikatakan tidak mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Safiey berkata, ia bukan produk untuk dipasarkan.

“Kilang beri contoh produk. Saya cuma ingin berikan ‘tester’ kepada peminat saya. Ia belum untuk dijual dan tidak langsung saya promosikan di laman sosial saya.

“Biasanya saya menerima banyak contoh produk dari kilang di Malaysia. Saya suka minta kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada peminat untuk mencuba keberkesanan. Jika berkesan, baru saya akan jual dan ikut prosedur pendaftaran bagi tujuan kelulusan produk sebelum dijual.

“Tak perlu risau akan produk keluaran saya kerana saya sudah berniaga sejak berusia 16 tahun lagi dan sentiasa peka dengan peraturan dan prosedur sebelum produk dijual,” katanya.

Difahamkan, Safiey perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Isnin ini bagi mendengar keputusan kes itu.

sumber metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Entertainment

Eira kembali curi tumpuan dengan satu video `mencabar` tentang samann malu

Published

on

Umum mengetahui apa yang terjadi antara instafamous dan duta Eira dan Suharniz4an. Video yang tular baru-baru ini membuatkan Suharniz4an  mengambil tindakan undang-undang ke atas Eira. Menurut Suharniz4an Md. Sidek, 37, kata cacian yang didakwa dilakukan personaliti terlibat menerusi Facebook secara langsung telah menyentuh rupa fizikalnya.

“Malah, wanita itu juga memaparkan beberapa gambar saya dan anak-anak tanpa kebenaran di Facebook Live yang ditonton oleh ramai pengikutnya sekali gus memberi kesan mendalam kepada kami.

“Walaupun ia terjadi hampir sebulan, namun terdapat akaun media sosial lain yang memuat video itu semula sekali gus mencetuskan suasana tidak selesa kepada kami sekeluarga sehingga kini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suha4rnizan yang bekerja sebagai Pesuruhjaya Sumpah berkata, kejadian itu berlaku selepas dia meninggalkan satu komen ketika wanita berkenaan melakukan Facebook Live pada pukul 10 pagi, 18 Ogos lalu.

Katanya lagi, tanpa disedari personaliti terbabit telah membalas komen itu secara langsung di akaun Facebook milik personaliti berkenaan yang berbaur penghinaan fizikal.

Peguam Mohd. Rasheed berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti terlibat. Antara tuntutan itu adalah personaliti itu diminta untuk memohon maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Peguam bagi pihak Suha4rnizan Md Sidek, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat ‘influencer’ itu, namun isu ‘body shaming’ boleh didakw4a mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya. Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa.

“Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit. Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

“Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau ‘make an offer’ untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” katanya.

Mohd Rasheed berkata, pada masa sama, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

Eira Aziera kini kembali dengan LlVE baru yang lebih sopan.

Terdahulu, Eira telah memuat satu video bagi membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan kepada mereka yang telah dimaak1nya itu.Dengan permohonan itu telah dipandang seer0ng oleh wargamaya dengan mengatakan bahawa ia sekadar lakonan dan tidak ikhlas ketika membuat permoohonan maaf.

Jika tengok klip video terbaru Eira nampak lebih baik cara bercakapnya. Mungkin kes1lapan sebelum ini telah mengubah dirinya ke arah lebih baik.

 

Perkongsian dari halaman page Makcik Kiah agak mengejutkan

Terkini tular satu video dimana Eira mencabar pula untuk saman. Dalam video tersebut Eira berkata tidak kisah nak saman malu. Dia juga berkata jangan sampai dia saman balik. Eira juga jelaskan kenapa dia boleh saman malu kembali. Tidak dapat dipastikan sama ada video ini ditujukan untuk isu terbaru atau tidak. Saksikan video tersebut dibawah dimana Eira jelaskan kenapa dia boleh buat saman malu juga.

Apa yang pihak kami harapkan semoga isu ini diselesaikan dengan cara baik. Seeloknya diluar mahkamah atau pun minta maaf secara terbuka dengan kedua-dua belah pihak bertentang mata. Apa yang baik jadikan tauladan dan yang kurang baik jadikan sempadan.

Artikel Olahan RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Entertainment

Sakinah Dikatakan Bercinta Dengan Jejaka Mat Salleh. Ada Sebab Kenapa Jatuh Cinta

Published

on

Pelakon Sharifah Sakinah menolak untuk kembali ke pangkuan bekas suami, Aliff Adha selepas berc-erai, Mei lalu.

Sakinah, 31, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan anak tunggalnya, Anais Adha yang berusia tiga tahun.

“Saya tidak mahu kembali (ke pangkuan bekas suami) kerana tidak mampu memberi komitmen untuk menjadi isteri yang baik, apatah lagi dengan keadaan saya yang mempunyai m asalah Gang-guan Kurang Daya Tumpuan dan Hip-eraktif (ADHD).

Sakinah mengaku enggan kembali ke pangkuan bekas suami kerana tidak mahu menyusahkan dirinya lagi dengan masalah ADHD dihadapi.

“Sejujurnya, saya lega selepas be-rpisah kerana tiada lagi orang boleh men-uduh suami saya dayus atau tidak tahu mengawal saya yang sukakan perhatian,” katanya ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta Wholly Fitz di sini, hari ini.

Bercinta dengan Mat Salleh

Berkongsi tarikh lahir sama, pelakon, Sharifah Sakinah, 31, semakin rapat dengan seorang jejaka Inggeris.

Tanpa berselindung, Sakinah berkata, dia menyenangi jejaka berusia 41 tahun, bagaimanapun tempoh perkenalan masih terlalu awal untuk ditafsirkan.

Mengulas kehidupan selepas bercerai pada Mei lalu, Sakinah berkata, dia lebih memandang ke depan dan telus.

“Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu.

Kongsi hari lahir

“Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati,” katanya kepada BH Online.

Sharifah Sakinah bersama pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja.
Pelakon drama telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka itu berkata, dia dan bekas suami, Aliff Adha bergilir-gilir menjaga anak, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

“Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami.

“Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak,” katanya yang ditemui pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz.

Pada majlis berkenaan, ‘buah hati’ Sakinah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepadanya

Berikut reaksi dari netizan

Malaysia seharusnya berbangga kerana tak lama lagi bakal berbesan dgn negara org puteh satu lagi kemajuan yg dicapai oleh Malaysia bagi menyangkal tuduhan yang mengatakan org melayu malas adalah tak benar sama sekali.Tahniah Sakinah i’m very proud of you.

“Masa bercerai dgn laki dia… Kata tak nak susahkan laki sbb ade penyak-it ADHD… Xnk laki dia kena fitnah tak pandai jaga bini….nie dah cerai elok pulak selesa dgn omputih

” Lelaki inggeris sesuai dengan gaya hidup Kinah yang bebas ,kalo suami orang melayu dan islam banyak pantang larang , nak pakai s eksi tak boleh ,nak terkangkang kat Instagram tak boleh sebab suami kena menanggung d osa isteri …kena jaga mar-uah keluarga mertua lagi

Mengulas kehidupannya sebagai ibu tunggal, pelakon telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka ini mengaku masih belum betah menyesuaikan diri dengan status itu.

Sehubungan itu, Sakinah banyak meluangkan masa bekerja supaya tidak terlalu memikirkan masalah rumah tangga.

“Kehidupan saya masih haru-biru. Kami baru berpisah, jadi perasaan saya masih sakit. Lagipun, kami bukan bersama sehari dua, malah, saya dengan Aliff tidak pernah bergaduh.

“Anais juga sering menitiskan air mata apabila berjumpa dengan bapanya dan sering meletakkan tangan kami bersama-sama,” katanya yang mendapat hak jagaan anak.

Selain itu, Sakinah tidak menafikan peny-akit ADHD yang dihidapinya menjadi salah satu punca percerai an selepas empat tahun berkahwin.

“Banyak sebab (perceraian) tetapi penyakit itu menjadi salah satu faktor perpi-sahan kami. Buat masa sekarang, saya sedang menjalani rawatan.

“Selain merujuk kepada psi-kiatri dan terapi, saya mengambil ubat.

“Saya tidak mahu memb-ebankan bekas suami untuk menjaga saya lagi. Saya mahu ruang dan masa untuk diri sendiri dahulu,” jelas adik kepada pelakon, Sharifah Shahira itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending