Dua Kali Terpaksa Di Masukkan Ke Hospital, Dokter Sahkan Ini Peny4kit Sebenar Zain Saidin - Rentas Asia
Connect with us

Entertainment

Dua Kali Terpaksa Di Masukkan Ke Hospital, Dokter Sahkan Ini Peny4kit Sebenar Zain Saidin

Published

on

Pelakon, Zain Saidin mengesahkan sedang menerima raw4tan di di sebuah pusat perub4tan apabila mengalami s4kit bahagian belakang, Selasa lalu.

Zain sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat jangk1itan pundi ke3ncing minggu lalu berkata, doktor memaklumkan kes4kitan yang dialami dipanggil ‘thinning disc’.

“Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa s4kit di bahagian belakang. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk.

“Ingatkan mula-mula s4kit disebabkan masalah jangk1itan pundi kenc1ing yang dialami sebelum ini. Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyaki1t kron1ik dan masih di peringkat awal.

“Kemungkinan punca sak1it yang dialami disebabkan saya mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium.

“Doktor beritahu kesak1itan yang dialami sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap ‘slip disc’,” katanya.

Tambah Zain lagi doktor turut menyarankan dia menjaga pemakanan dan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestr0l tinggi.

“Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestr0l serta berminyak, keju dan mentega. Pada usia sekarang saya dinasihatkan menjaga pemakanan sebab bacaan kolestr0l saya tinggi.

“Bimbang pula jika tidak dijaga boleh menyer4ng j4ntung,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entertainment

Sharifah Sakinah akhirnya tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet

Published

on

Susulan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, Sharifah Sakinah akhirnya tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet.

Sharifah Sakinah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya telah memuat naik hantaran dan menulis kapsyen luahan hatinya.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

Namun dia sempat berpesan kepada individu yang mengeji supaya sentiasa beringat bahawa setiap daripada mereka mempunyai keluarga masing-masing.

“Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga,” tulisnya

Selain itu Sakinah turut memberitahu dia tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Saya tak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin kepada kerja.

“Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.

“Nak komen boleh, tetapi janganlah bergaduh. Kita semua ada banyak lagi perkara lebih penting nak dilakukan,” katanya.

 

“Yang Bagi Semangat Terima Kasih…Yang Menghina, Ingat. .” – Sharifah Sakinah

Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun

Ditanya mengenai perpisahan berpunca daripada orang ketiga, Sakinah menafikan perkara tersebut.

Adik kepada Shahrifah Shahira ini turut memberi komen mengenai Aliff yang secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Berikut reaksi dari netizan

“ya allah..kita tak tahu apa masalah rumah tangga mereka..jangan kita komen yg bukan2 dlm FB.hanya allah yg tahu..

” Kita yg salah,,nak d salahkan org,,,klu kain baju pakaian dah xmenutup aurat d tegur org katanya org menghina kamu…klu kesalahan terang2 dari kita org bg teguran kata menghina….kau ni apa ler..

” Cant say much bout this sakinah..BERUBAHLAHHHH.untuk kebaikkan u dn ank tuu.Be a good mum,bkn setakat bgi kasih sayang tpii u kena jaga keterampilan,tingkah laku,pertuturan..semua tu perlu di jaga.X mintak pn u berhijab what so ever,tpii cubalah BERUBAH.

“Nak buat apa nak hina2 apa dapat.dapat dosa ada adalah.baik ubah diri jadi lagi baik kerana itu lagi baik kan kan …

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Entertainment

To’ki mula pindah rumah baharu, Ini yg terjadi kepada pondok lama

Published

on

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali penyanyi dan komposer terkenal To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.

To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

To’ki terima kunci rumah sewa baharunya.

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

Kunci rumah sewa baharu To’ki diserahkan pada petang Jumaat.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangkan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

RUMAH TO’KI DALAM HUTAN AKAN DIKEKALKAN UNTUK TO’KI

“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal.

“Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” kata Shukri selepas menyerahkan kunci rumah berkenaan kepada To’ki pada Jumaat.

Sementara itu, To’ki sangat bersyukur dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak PPZ yang sudi mencari rumah berkenaan kepadanya selepas hampir dua tahun menghuni pondoknya itu.

Baginya, peranan yang dimainkan oleh pihak PPZ dan pihak lain dalam membantu beliau sangat besar dan tidak mampu dibalas.

To’ki sewaktu menerima kunci kediaman baharu daripada pihak PPZ

“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga.

“Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki.

Bukan itu sahaja PPZ juga telah menanggung kos pembaikan kereta To’ki yang telahpun siap bagi membolehkannya lebih mudah bergerak.

Malah PPZ juga turut menyediakan katil yang lebih sesuai untuk isterinya yang masih cedera selepas terbabit dalam kemal4ngan bulan lepas selain menghadiahkannya kerusi roda yang baharu.

DAPAT SUMBANGAN SEBUAH KERETA

Bagai dikunjung tuah, nasib To’ki bertambah ceria selepas sebuah syarikat penjual kenderaan terpakai, pihak ZZ Auto Services, menerusi pemiliknya Zaihan Che, bersetuju untuk menghadiahkan sebuah kereta yang lebih selesa kepadanya untuk memudahkan urusan hariannya.

Kisah To’ki mula mendapat perhatian selepas disiarkan Astro AWANI pada 30 Jun lalu yang menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Entertainment

Mungkin Mereka Lebih Suka Aku Keluar (Islam) Demi Mereka Dapat Pahala – Nur Sajjat

Published

on

Nur Sajjat baru-baru ini dikecam hebat kerana fotonya yang berpenampilan seksi di media sosial.

Sajjat juga telah mendapat perhatian daripada beberapa ahli agama yang mengajak orang ramai untuk memboikot dirinya. Malah, apa yang dilakukan Sajjat juga telah dibawa sehingga peringkat Kementerian dan Jabatan Agama, dengan alasan Sajjat berpotensi untuk merosakkan akhlak umat Islam disebabkan perkara luar tabii yang dilakukannya.

Sajjat baru-baru ini ada meluahkan perasaan sedih dan kesal kerana terasa dirinya ditindas oleh agamanya sendiri. Perkara tersebut diluahkan melalui instagram stories miliknya.

Kalau betul lah agama islam benci orang seperti aku, dan aku tak layak berpegang kepada agama islamku..dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandaskan agama yang aku pegang..mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat pahala..sedih dan pilu untuk aku luahkan perkara ini..”

Mungkin kerana terlalu tertekan, Sajjat telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah dirinya ditindas dan berura-ura seperti mahu keluar daripada agama Islam demi memuaskan hati semua pihak.

Diharap kelak ada penyelesaian yang terbaik mengenai isu ini tanpa melukakan hati mana mana pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Continue Reading

Trending