Vida Puji Gambar Shulb Dgn AyashAffan, Sekali Ada Satu K0men Masuk Buat Ramai Terhibur - Rentas Asia
Connect with us

Entertainment

Vida Puji Gambar Shulb Dgn AyashAffan, Sekali Ada Satu K0men Masuk Buat Ramai Terhibur

Published

on

PETALING JAYA – Hampir sebulan berada dalam wad, anak bongsu pelawak Shuib Sepahtu bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun isterinya yang ke-37 esok.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu esok 15 September. Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Ayash,” tulisya dalam InstaStory sebentar tadi.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi berita gembira apabila dibenarkan bertemu dan meluangkan masa selama tiga jam dengan Ayash selepas sebulan bayi itu dilahirkan di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Lebih menyentuh hati apabila Shuib memaklumkan hari ini merupakan hari dan kali pertama dia bakal melihat dan menyentuh Ayash Affan yang kini sudah berusia 39 hari. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati Shuib dan keluarga apabila bakal menyambut kepulangan insan tercinta ke rumah.

Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah SWT hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (hari ini) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan.

Menerusi posting terbaru, Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahyarham Siti Sarah kepadanya. Allahyarham pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik.

Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’
InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang.

Pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pram.atang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada ink.ubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang sekitar bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu daripada ibu susuannya iaitu sepupu Shuib sendiri.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat C0vid 19.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti tahun-tahun sebelum yang diraikan bersama Siti Sarah memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari, Shuib pada 12 September manakala Sarah 15 September.

Syukur Ya Allah

Syukur Ya Allah,Besok Birthday Ibu(15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN harini,InsyaAllah kjp lagi dah boleh balik dah,,,Allahuakbar,,,Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan Anak soleh ini,,,Terima kasih semua,,,SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

DS Vida Tinggalkan Satu Komen

G.osip cinta membabitkan usahawan k.osmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli terus menarik minat netizen di laman sosial.

Sehinggakan satu komen yang ditinggalkan beliau di laman sosial shuib turut menarik perhatian netizen untuk meninggalkan komen gurauan.

Ayash Affan sangat comel, kuat minum susu – Shuib

BIARPUN tidak dapat meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya bersama isteri tercinta seperti tahun-tahun sebelum ini, pelawak terkenal, Shuib menerima ‘hadiah’ bermakna apabila akhirnya dapat berjumpa dan meluangkan masa selama tiga jam bersama anak bongsunya, Ayash Affan hari ini.

Malah, Shuib menganggap pertemuan itu sebagai satu nikmat yang dianggap cukup indah dan bermakna bersempena hari lahirnya yang disambut pada tanggal 12 September.

“Suhanallah. Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur,” ujarnya.

Kongsi pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad, 37, itu lagi, anak bongsunya itu kini berada dalam keadaan sihat dengan berat badan mencecah 2.6 kilogram.

Malah bayi itu turut didakwa kuat meminum susu dan dikurniakan wajah yang sangat comel.

“Alhamdulillah Ayash sihat. Berat sudah mencecah 2.6 kilogram, kuat menyusu dan sangat comel. Muka macam daddy (dirinya) la ibu (panggilan buat Siti Sarah,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan kehadiran Ayash sebagai hadiah paling istimewa yang ditinggalkan arwah isterinya iaitu penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Jaud di sudut hatinya, Shuib berharap agar Sarah tetap berada di sisinya.

“Memang istimewa sangat hadiah dari ibu. Allahuakhbar. Saya berharap awak ada di sini sayang. Saya sayangkan awak,” luah Shuib.

Terdahulu, Shuib berkongsi berita gembira apabila dibenarkan untuk bertemu dengan Ayash selepas sebulan bayi itu dilahirkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang sekitar bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu daripada ibu susuannya iaitu sepupu Shuib sendiri.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti tahun-tahun sebelum yang diraikan berganda bersama Siti Sarah memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari, Shuib pada 12 September manakala Sarah 15 September. Kedua-duanya turut berkongsi tahun kelahiran yang sama iaitu tahun 1984.

Kredit : Kosmo/IG/, online malaya

Kredit Artikel: Kisah Nyata

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entertainment

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dikhabarkan Bakal Bernikah Bulan Depan?

Published

on

PANGGILAN sayang yang diungkapkan aktor Yusuf Bahrin terhadap Zizi Kirana dalam satu rakaman yang tul4r pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hubungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Ini kerana pasangan itu dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan.

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian menurut sumber kepada mStar.

Zizi 1

Rakaman Yusuf memanggil Zizi ‘sayang’ menjadi tul4r.

Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Zizi serta Yusuf tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Sebelum ini kec0h apabila tul4r rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu.

Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

Zizi 2

Zizi sebelum ini akui tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan Yusuf.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun ketika dihubungi mStar berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.

Penyanyi lagu Eh ini mended4hkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Jika benar khabar gembira ini kita doakan urusan mereka dipermudahkan.

Sumber : Mstar

Kredit Artikel: ERA TV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Entertainment

Genap 40Hari Pemergian ArwhSiti Sarah. Ada Sesuatu Yg Netizan Prasan Pada Gambar Shulb

Published

on

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, bersyukur dipermudahkan segala urusannya dalam penjagaan anak bongsu, Ayash Affan yang sudah tiga hari dibawa pulang ke rumah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menerusi perkongsian di Instagram, memaklumkan bayinya yang berusia 43 hari itu mudah dijaga, tidak banyak ragam dan berada dalam keadaan sihat.

“Dua hari dah daddy dengan Ayash, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai, nangis pun kadang-kadang saja. Tapi, kalau nangis tu saja biarkan lama sikit sebab suara Ayash terlalu sedap didengar.

“Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadikan anak yang soleh. Doakan kami ya,” tulisnya dengan perkongsian sekeping foto sedang mendakap Ayash dalam dukungannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula difahamkan Shuib ada mengadakan majlis bacaan Yassin secara virtual buat isterinya, Allahyarham Siti Sarah yang disertai ahli keluarga, saudara dan kenalan rapat pada malam semalam bersempena hari lahir arwah ke-37, pada tanggal 15 September.

Dalam masa yang sama, dilihat pada hantaran terbaru bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi pusara anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan a.rwah.

“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat pusara a.rwah Siti Sarah. Kasih seorang abah. Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?.

“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia tak boleh melawan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?.

“Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa. Sama-sama kita doakan agar a.rwah tenang di sana & rohnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.

Terdahulu, semalam juga Shuib berkongsi video berdurasi satu minit dan 20 saat di Instagram yang memaparkan dia bersama tiga anaknya, Uwais, Talita dan Matin melawat ke k.ubur Siti Sarah untuk membaca Yassin dan doa buat Allahyarham.

“Subhana-Allah, Alhamdulilah, Allahuakbar. Selamat hari ulang tahun kelahiran ke-37 sayang. Hari ini (semalam), saya dan anak-anak sambut hari jadi awak di rumah baru awak. Insya-Allah walaupun berbeza keadaan, saya tahu awak ada dengan kami. Rasa cinta yang tetap sama, Insya-Allah.

Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan letakkan awak disyurga tertinggi. Semoga Allah satukan kita semua di syurga, amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya.

Terdahulu, Shuib juga menitipkan rasa syukur tidak terhingga apabila dapat membawa Ayash pulang ke rumah pada Selasa lalu selepas 40 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Shuib menyifatkan kehadiran Ayash di rumah sebagai hadiah daripada Allah buatnya dan anak-anak bersama keluarga berikutan semalam adalah hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang kebiasaannya diraikan mereka bersama-sama.

Shuib Kongsi Hantaran Terbaru Tapi Ramai Perasan Muka Anak Beliau

“Yang baju hitam tu Sebijik muka arwah”-Netizan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Allahyarham Siti Sarah mening.gal dunia a.kibat C0vid 19 pada 9 Ogos lalu. Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

Kredit : Online Malaya

Kredit Artikel: Kisah Nyata

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Entertainment

Geli dengar janji bakal ‘daddy’, Ini Nama Panggilan Cik B Buat daddy baru nanti

Published

on

Anak sulung kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida, Cik B mengambil langkah untuk berdamai dengan ibunya selepas situasi tegang baru-baru ini.

Jelas Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, dia mengakui ada berbincang mengenai keputusan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal Zulkefli seperti yang tular.

“Sekarang ini hubungan kami dah okey, dah tidur sekali. Mama pun sudah boleh bercakap dengan saya dan kami dah rapat semula. Saya ada sentuh topik kahwin dan berpesan padanya jangan berkahwin. Kemudian, mama balas insya-Allah.

“Yang saya nampak mama ada fikir balik bila saya tak bagi kahwin. Dia pun ada baca statement yang saya keluarkan. Sama juga dengan komen-komen netizen, dia pun dia baca. Ada la juga terlintas di fikiran dia, ‘betul juga eh?’,” katanya.

Jelas Cik B, dia tiada masalah dengan bekas pembantu peribadi Vida itu dan mengakui jejaka kelahiran Kelantan itu baik hati, cuma mereka tidak benar-benar akrab.

Malah, dia dan adik lelakinya, Kacak pernah berbincang mengenai keputusan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal sebelum ini.

“Kacak suruh saya bagi mama kahwin tapi saya tetap tak nak bagi. Saya kenalah jaga mama. Saya ada mama ja.

“Takkan mama nak bagi kasih sayang dia dekat orang yang baru datang dalam kehidupan dia?

“Saya bukan selfish! Kalau saya beri pendapat, biarpun mama tak ikut (setuju) tapi selalunya dia buat ja. Saya hanya nak mama happy lama bukan sekejap saja,” tambahnya.

Akui pelantun lagu Tolonglah itu lagi, dia mengaku berdepan trauma dengan perkahwinan Vida terdahulu. Hal itu sekali gus mendorong tindakan dan reaksinya terhadap pilihan ibunya untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Sungguhpun tidak mampu menghalang ketentuan takdir, Cik B berpegang dengan pendiriannya tiada lelaki lain yang boleh menggantikan kasih sayang antara mereka bertiga anak-beranak.

“Saya memang tak nak langsung mama kahwin dengan sesiapa sebenarnya. Saya tak nak ada orang baru datang dalam hidup saya. Rasa macam uncomfortable untuk saya tinggal serumah, kahwin dengan mama pula tu.

Panggil Yoo Bro!

“Saya buat semua ini sebab tak nak mama sedih. Kita tak tahu dia punya niat. Memang betul niat nak kahwin tapi di sebalik itu kita tak tahu.

“Tapi kalau mama dan dia (Iqbal) berkahwin juga saya tetap akan jaga mama,” katanya.

Ditanya panggilan buat bapa tirinya itu nanti, jawab Cik B spontan; “Saya akan panggil dia yoo bro!”

Cik B ‘geli’ dengar janji bakal ‘daddy’

Rasa ‘cringe’ (geli),”.

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Cik B ringkas dalam video sebagai reaksi kepada luahan bakal suami Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Bila masa saya anak dia? Macam itulah. Saya rasa macam ‘Eeee’,” kata Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin sambil menghempas meja.

Video pendek itu dimuat naik oleh Vida di Instagram Story yang memaparkan bagaimana anak sulungnya itu masih lagi protes dengan perancangannya untuk berumah tangga.

Terdahulu, Vida memuat naik video romantisnya bersama Iqbal dan di dalam video itu, Iqbal meluahkan janjinya untuk menjaga kedua-dua anak Vida.

“Saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak,” katanya kepada Vida.

Terdahulu, heboh di media sosial dan portal berita mengenai perancangan perkahwinan Vida dan Iqbal yang mencuri perhatian ramai.

Lebih mencuri perhatian adalah apabila Cik B beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan perancangan dibuat ibunya itu.

Sumber : GEMPAK

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending