Gurugambar Malaysia nikah model Rusia jadi bualan ramai – “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia” - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Gurugambar Malaysia nikah model Rusia jadi bualan ramai – “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia”

Published

on

PENYATUAN cinta antara dua negara.

Begitulah kisah seorang jurugambar Malaysia, Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27, yang selamat mendirikan rumah tangga dengan model kelahiran Rusia, Anna Eltsova, 23, di Teluk Panglima Garang, Selangor pada Sabtu lalu.

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki yang mesra disapa Nuar mengakui bersyukur apabila perkenalan yang berputik pada tahun 2019 itu akhirnya membawa kepada penyatuan mereka secara sah sebagai suami isteri.

“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot pakaian.

“Dia pun memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.

“Mula-mula kenal, keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna ni lain dari yang lain.

Nuar dan Anna mula berkenalan pada tahun 2019.

“Bila lama kenal, dia boleh adapt dengan budaya kita. Saya nampak dia suka duduk sini. Kawan-kawan dan keluarga pun beri sokongan kepada kami,” ujarnya.

Tambah Nuar yang juga seorang kontraktor, dia pertama kali membuat lamaran kepada wanita itu pada Februari tahun lalu.

Sepanjang bertunang, mereka turut melalui pelbagai cabaran, namun keikhlasan dalam perhubungan akhirnya menyatukan cinta antara dua negara itu.

Saya minta semua bagi sokongan moral. Kita jemput saudara Islam baharu kita.

NUAR

“Saya melamar Anna sewaktu hari lahirnya pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan, Alhamdulillah dapat saya harungi dugaan pertunangan dengan Anna.

“Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami,” ujarnya.

Menurut Nuar, komunikasi tidak menjadi masalah besar buat mereka memandangkan Anna yang pernah bersekolah di Amerika Syarikat (AS) dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Malah, wanita itu juga kini semakin lancar bertutur dalam bahasa Melayu.

“Anna fasih berbahasa Inggeris, sebab dulu keluarga pernah hantar dia study di AS selama beberapa bulan.

“Dia juga sedang mendalami bahasa Melayu. Dia selalu tanya saya maksud perkataan yang tak difahami.

“Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang berbanding bahasa Rusia,” ujarnya lagi.

Antara foto kenangan sejurus mereka dinikahkan Sabtu lalu.

Tambah Nuar, isterinya juga kini semakin terbiasa dengan hidangan pedas di negara ini dan sangat menyukai juadah seperti ikan bakar dan nasi lemak.

Dalam pada itu, video romantis menampilkan pasangan itu turut mencuri perhatian ramai sehingga menerima 1.5 juta tontonan di TikTok.

Malah kata Nuar, dia bukan sahaja menerima ucapan tahniah dari Malaysia, malah turut dihujani komen-komen netizen Indonesia dan Singapura.

“Dapat 1.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Saya memang terkejut, ramai yang ucap tahniah.

Nuar bersyukur apabila perkenalan itu membawa kepada penyatuan yang sah antara mereka berdua.

“Saya dengan Anna memang gembira dengan respon mereka semua. Sangat terharu dengan komen-komen netizen.

“Terima kasih doakan saya dan isteri, harap hubungan kami kekal ke jannah. Saya minta semua bagi sokongan moral.

“Kita jemput saudara Islam baharu kita, dia masih dalam proses belajar lagi,” ujar Nuar.

Menurut jurugambar itu lagi, dia juga belum menetapkan tarikh resepsi memandangkan pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.

Namun jauh di sudut hatinya, dia berharap wab4k itu berakhir segera agar kehidupan dapat diteruskan seperti dahulu kala.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba cadang tempoh kuarantin 3 hari bagi menteri, sekali kena sound dgn pakar

Published

on

Pakar peny4kit berj4ngkit Dr Adeeba Kamarulzaman membantah cadangan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba agar tempoh kuarantin selama tiga hari bagi menteri mungkin diperluas kepada ahli perniagaan atau orang awam di masa hadapan.

“Saya sama sekali tidak menganggap ini idea yang baik. Lebih baik tak ada kuar4ntin langsung,” kata Adeeba, yang merupakan anggota pasukan petugas penceg4han C0vid-19 Selangor (STFC).

Adham berkata penetapan kuarantin selama tiga hari, yang ketika ini hanya dikuatkuasa di kalangan menteri, mungkin akan diperluas bagi membuka sektor ekonomi.

Adeeba bagaimanapun berkata orang ramai memahami keperluan untuk membuka semula ekonomi tetapi perkara itu hanya boleh dicapai dengan menangani wabak tersebut terlebih dahulu.

“Peraturan (kuarantin) 10 hari ada sebab. Ini berdasarkan pada apa yang kita ketahui sekarang tentang virus, tempoh risiko penularan, bagaimana penyakit ini muncul.

“Seterusnya, ada kebimbangan seluruh dunia mengenai pengembangan varian dan apa kesannya terhadap vaksin semasa.

“Oleh itu, pembukaan sempadan secara sembarangan juga bukanlah idea yang baik. Memilih ekonomi berbanding kesihatan atau sebaliknya adalah dikotomi pal. su,” katanya di Twitter.

Dia juga meminta agar kerajaan membuat keputusan berdasarkan penemuan Sains.

Beberapa ahli parlimen semalam menuntut agar kerajaan menjelaskan keputusan untuk membenarkan menteri dikuar4ntin hanya selama tiga hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan tempoh inkubasi C0vid-19 adalah antara dua hingga 10 hari.

Malaysia akan menerima bekalan v4ksin C0vid-19 pertama pada akhir bulan ini dan proses v4ksinasi akan bermula pada bulan Mac.

Terdapat kebimbangan bahawa beberapa v4ksin mungkin tidak berkesan terhadap varian baru C0vid-19 yang sudah bermut4si.

Afrika Selatan minggu ini menghentikan program vaksinasi AstraZeneca setelah data menunjukkan ia memberikan perlindungan minimum terhadap varian baru vir. us berkenaan.

Pihak berkuasa Afrika Selatan kemudian berkata mereka akan memulakan proses v4ksinasi secara bertahap untuk memerhatikan keputusan awal

Kementerian Kesihatan cadang teruskan sekatan rentas negeri, daerah

Kementerian Kesihatan mencadangkan larangan rentas negeri dan daerah dikekalkan susulan kejayaannya menurunkan jumlah kes dan kadar kebolehj4ngkitan C0vid-19.

“Hari ini cuma 10 hari bulan, (perintah kawalan pergerakan) masih berbaki 18 hari.

“Kita mohon rentas negeri dan daerah dikekalkan macam sekarang.

“Keupayaan untuk kita landaikan keluk Covid-19 ini penting diteruskan,” katan Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sidang media hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Selepas CEO KWSP Bertukar, Hari Ini Keluar Satu Berita Gembira Untuk i-Sinar Kategori 2

Published

on

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perb.incangan tersebut.

Tambah sumber Astro AWANI itu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan vet0 untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berb.incang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM 108 bili0n berbanding RM 55 bili0n jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.

Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada st.ruktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk meny0kong pr0ses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.

Astro AWANI dimaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh dit.arik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Sementara itu, sumber yang sama mena.fikan dak.waan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.

Astro AWANI sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Sumber : AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Ini Amar4n Kepada Netizen Sekiranya Ini Makan Di Kedai. Premis Juga Akan Dikenakan Tind4kan Juga

Published

on

KUANTAN: Polis memberi amar4n kepada pelanggan di restoran, kedai makan dan gerai supaya tidak bertindak mencantumkan meja ketika berada di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, tindakan mencantumkan meja melebihi dua orang seperti yang ditetapkan boleh dikompaun kerana melangg4r Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, katanya, pelanggan yang berada di premis makanan diminta mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dua pelanggan setiap satu meja.

“Saya beri amar4n bahawa polis akan bertindak tegas dengan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati ada pelanggan yang mencantumkan meja. Patuhi SOP termasuk mengisi maklumat dan melakukan pemeriksaan suhu badan sebaik memasuki premis,” katanya hari ini selepas mengadakan Operasi Bersepadu Perdana yang memberi tumpuan pencegahan jenayah dan pematuhan SOP di sekitar bandar ini.

Mengulas operasi berkenaan, beliau berkata, pihaknya mempertingkatkan pemantauan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memberi tumpuan kepada membanteras jenay4h di bank dan kedai emas.

“Ini kerana dua premis berkenaan menjadi sasaran penjenayah. Sebanyak 15 pasukan unit kereta peronda (MPV) ditugaskan melakukan pemantauan SOP di daerah ini secara berkala,” katanya.

sumber berita harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending