Sebelum Apply i-Sinar Pastikan Lulus Syarat Ini. - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Sebelum Apply i-Sinar Pastikan Lulus Syarat Ini.

Published

on

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

“Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

“Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.

“Selain itu, pencarum (yang layak) perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah untuk membolehkan inisiatif pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP turut dinikmati pencarum yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, selain mereka yang kehilangan pekerjaan.

Mengulas lanjut, Asri berkata, kerajaan sedang berbincang dengan KWSP mengenai beberapa kriteria lain untuk membantu lebih banyak pencarum yang terkesan menerusi pengeluaran simpanan Akaun 1.

“Kerajaan meminta KWSP supaya memperhalusi dan mempertimbangkan penambahbaikan kriteria pengeluaran.

“Kerajaan akan meneliti semua aspek tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

TARIKH BILA BOLEH MOHON PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP AKHIRNYA DIUMUMKAN DAN BILA DUIT AKAN MASUK AKAUN PENERIMA

Individu layak boleh memohon pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, mulai bulan depan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, jika permohonan diluluskan, amaun boleh diakses sebanyak RM500 sebulan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, bermula Januari tahun depan.

Katanya, perincian mengenai akses untuk inisiatif pengeluaran itu yang dikenali sebagai i-Sinar, akan diumumkan pada Rabu depan.

Tiada sebab Belanjawan 2021 ditolak - Tengku Zafrul

“Kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa hadapan.

Tengku Zafrul turut berkongsi data kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pencarum KWSP memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000.

Permintaan untuk membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebelum ini timbul selepas terdapat cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang dengan mengehadkan pengeluaran secara sekali keluar atau ‘one-off’ sehingga RM10,000 daripada akaun berkenaan.

Kredit:Bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Ini Tarikh KWSP Bakal Umumkan Untuk Proses Pengeluaran Akaun Satu i-Sinar

Published

on

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kelayakan dan proses pengeluaran caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar pada Rabu ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengumuman mengenai program diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 itu akan menjawab segala kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang ramai.

“Pihak KWSP akan membuat pengumuman mengenai perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu (ini),” katanya ketika menyertai program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang dihoskan pengacara Sherkawi Jirim, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, secara umum, mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya baki simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada RM90,000.

Sebelum ini dilaporkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan pengeluaran maksimum RM60,000.

Mengenai peruntukan berjumlah RM3 bilion untuk membiayai pembelian vaksin Covid-19 yang dikatakan tidak mencukupi, Tengku Zafrul berkata, peruntukan itu akan ditambah berdasarkan keperluan.

“Kita tidak akan teragak-agak menambah peruntukan jika perlu…ini bukan sahaja untuk vaksin, bahkan ini untuk semua peruntukan yang diperlukan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terutamanya untuk memerangi Covid-19.

“Mengikut kajian KKM dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi, lebih kurang RM3 bilion diperlukan untuk memvaksin lebih kurang 70 peratus rakyat Malaysia. Itu anggaran diberikan berdasarkan perbincangan mereka dengan syarikat pengeluar vaksin,” katanya.

Mengenai jumlah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), beliau berkata, jumlah peruntukan hanya akan diketahui semasa persidangan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

“Di peringkat jawatankuasa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membuat pengumuman mengenai peruntukan (J-KOM) dan berapa banyak yang dikurangkan.

“Kementerian Kewangan dan KKMM masih berbincang, apa yang kita mahu lihat dan dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah,” katanya.

sumber metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Ini Sebab Mengapa Khemah Saringan C0vid19 Banjir

Published

on

Alor Setar: Beberapa khemah sementara saringan Cov19 dan saringan kecemasan di bahagian hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim, dekat sini, dilimpahi air kira-kira jam 5 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kejadian berpunca daripada masalah perparitan di bahagian parkir berdekatan khemah terbabit.

“Hujan lebat petang tadi menyebabkan air mengalir dari kawasan parkir.

“Sebelum ini, pihak Hospital Kulim sudah memohon memperbesarkan longkang di tempat parkir berkenaan. Saya juga sudah bangkitkan perkara ini kepada pihak atasan dan sedang menunggu tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, peralatan yang bernilai tinggi di dalam khemah terbabit dapat dialihkan ke tempat selamat hasil tindakan pantas pihak hospital.

“Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JKN dapat melihat keutamaan longkang di tempat parkir berkenaan bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, banjir kilat yang berlaku di Hospital Kulim sudah surut pada jam 6 petang tadi.

“Kawasan terbabit adalah kawasan saringan kecemasan dan kawasan saringan Cov19. Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dan kerja pembersihan sedang dilakukan.

“Selepas pembersihan dilakukan, kawasan berkenaan boleh digunakan semula dan kita tiada masalah untuk menerima pesakit,” katanya.

sumber : harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Cinta Tak Pandang Umur Kalau Dah Jodoh. Jangan Pilih Yang Handsome

Published

on

KALAU dah jodoh tak ke mana kan! Pepatah ini ada benarnya.

Seperti baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan seorang wanita muda bersama suami yang agak berumur.

Video perkongsian pengguna TikTok @beafaa_ itu menjadi perhatian warganet dan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan mereka yang agak sukar mempercayai kenyataan itu.

Katanya, cinta tak pandang umur.

“Nak cari laki jangan cari yang handsome , tapi cari lah bila tanya sayang, sayang ada duit . Ada sayang… Cinta tak pandang umur,” tulisnya.

Video pendek itu telah mendapat lebih 136 ribu tanda suka sehingga kini dan dikongsi sebanyak lebih 6700 kali.

Namun, jika diteliti dengan betul, rupa-rupanya video tersebut disunting menggunakan aplikasi Face App.

Difahamkan video tersebut adalah milik sepasang suami isteri Nur Fatiha Jalani,22, dan Mohamad Faizan Ali,26. Nur Fatiha turut akui video itu hanyalah disunting dan memuat naik di laman TikTok untuk dijadikan content sahaja.

Face App ini adalah satu aplikasi yang dapat mengubah gambar wajah menggunakan beberapa efek antaranya adalah mengubah wajah kelihatan tua, muda, rambut panjang, dan tambah janggut.

Malah, terdapat ramai selebriti dan orang ternama yang mengikuti trend ini dan memuat naik gambar efek mereka di laman sosial sejak dua tahun yang lalu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju tentang jodoh yang menjadi rahsia Allah.

Kata mereka;

Anieth – Terbaik sis, edit suami sampai jadi beruban rambut. Ingat betul tafi rupanya kena prank

Suka Opah Ipin Upin – Jodoh itu rahsia Allah, umur hanya angka.

Ya hayyuk mabar – Bukan cinta tak pandang umur tapi duit tak pandang umur.

Syaf – Laki dia helok ni, tu dia buat macam tu. Semoga ke jannah sis.

Zuraida Zahid – Alhamdulillah macam tak 68 tahun ek… tahniah dek… mudah-mudahan hingga ke jannah.

Clik sini untuk akaun tiktok beafaa

sumber : sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending