Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Ini ciri ciri lelaki pilihan intan ladyana - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Ini ciri ciri lelaki pilihan intan ladyana

Published

on

KUALA LUMPUR: Menyelak helaian kisah cinta pelakon, Intan Ladyana, 38, bukan tiada lelaki sebaya yang pernah menjadi penghuni hatinya. Namun sebagai manusia, apalah dayanya untuk melawan ketentuan takdir. Bagaimanapun, cinta yang pernah mekar layu di tengah jalan.

Justeru, apabila kembali berpacaran dan memilih penyanyi dan pengacara, Harris Alif yang muda 17 tahun daripadanya untuk dijadikan teman hidup, Intan mengharapkan keputusannya tidak dipersoalkan.

Baginya, bukan usia menjadi ukuran dalam satu perhubungan. Sebaliknya, apa yang dilihat, sifat matang yang ada pada lelaki pilihan hatinya itu.

“Lelaki tua atau muda bukan satu masalah. Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Lagipun, pandangan saya lebih kepada kematangan seseorang.

“Jika usia 40 tahun, tetapi tak matang, tak guna juga. Macam mana nak kahwin? Tak kisahlah lebih muda kerana usia bukan ukuran kematangan seseorang.

“Bagi saya, Harris seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. Setakat ini, Harris memahami apa yang saya sampaikan,” katanya kepada BH Online.

Diusik pertanyaan tidakkah risau bersuamikan lelaki muda dan kebarangkalian bakal menarik perhatian wanita lain cukup tinggi, pelakon filem Jangan Pandang Belakang itu percaya, jalan cerita setiap pasangan yang sudah berumah tangga adalah berbeza.

“Kisah hidup seseorang berbeza. Tak bolehlah nak pukul rata mengatakan kalau bersuami muda, orang akan ganggu rumah tangga. Mungkin itu pengalaman orang lain dan tak semestinya saya mengalami nasib yang sama.

“Bagaimanapun, dalam hal ini, terserah pada lelaki itu sendiri. Jika tak layan, takkan akan menjadi juga,” ujarnya pada sidang media pengumuman majlis perkahwinan yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Bercerita mengenai persiapan hari bersejarah, Intan berkata, persediaan sudah mula dilakukan selepas majlis merisik pada Julai, tahun lalu.

“Persiapan sudah dibuat sebanyak 95 peratus selepas majlis merisik. Cuma, apa yang merisaukan, situasi semasa memandangkan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami bimbang sekiranya berlaku perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP), macam-macam boleh berlaku.

“Kami hanya mampu berserah sahaja. Apapun, semua majlis kami diadakan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengehadkan bilangan tetamu, pemeriksaan suhu, penjarakan fizikal di meja makan dan langkah keselamatan lain,” katanya.

 

Intan Ladyana dan Harris Alif akan disatukan dalam ikatan sebagai suami isteri pada 6 Februari ini. - Foto IG Harris Alif
Intan Ladyana dan Harris Alif akan disatukan dalam ikatan sebagai suami isteri pada 6 Februari ini. – Foto IG Harris Alif

 

Selepas hampir setahun menyulam cinta, pasangan itu sepakat untuk memilih tarikh 6 Februari ini untuk diijabkabulkan.

Walaupun usianya baru mencecah 21 tahun dan ramai menyifatkan usia terlalu awal untuknya menamatkan zaman bujang, namun Harris mempunyai pandangan berbeza.

“Jika nak cakap soal jodoh, kita sendiri tak tahu urusan Tuhan. Tetapi, jika nak mempersoalkan kahwin muda, bukan kali pertama lelaki berusia 21 tahun berkahwin. Budak sekolah pun ada yang sudah berkahwin.

“Sebagai lelaki, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga dan membuat persediaan ke arah itu. Saya banyak bercampur dengan golongan dewasa. Bila keluar dengan mereka, saya lebih banyak memerhati bagaimana mereka melayan kerenah anak-anak.

“Dari situ, saya belajar bagaimana mahu mengemudi rumah tangga,” kata Harris yang juga pengacara program Generasi Z di TV3.

Mengulas hari bahagia, Harris berkata, ada empat majlis yang dibuat secara berasingan.

“Kami buat majlis berinai, sehari sebelum akad nikah. Selepas acara akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid di ibu kota, sebelah malamnya pula kami akan mengadakan resepsi. Majlis bertandang pula akan diadakan pada 13 Mac depan,” katanya.

Ditanya apakah majlis perkahwinan bakal disiarkan di stesen televisyen (TV), Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

“Mengikut pihak pengurusan, perkara ini masih dalam perbincangan dan apa yang boleh saya katakan, masih lagi 50-50. Jika sudah ada kata sepakat, kami akan umumkan nanti,” katanya.

Intan dan Harris mula rapat selepas berkenalan dalam laman Instagram (IG), Mei lalu. Harris secara terbuka mengakui, bahagia menjalin hubungan cinta bersama Intan, biarpun jarak usia berbeza.

Sempena majlis perkahwinan, Intan dan Harris mendapat tajaan barangan kemas bernilai RM13.5 juta dan pelbagai kelengkapan perkahwinan lain.

Lebih istimewa, Harris turut menjadikan single terbaharu berjudul Anugerah yang dilancarkan, bulan lalu sebagai lagu tema perkahwinan.

Teka-teki terjawab… Harris Alif, Intan Ladyana nikah 6 Februari depan

HAMPIR setahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan.

Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

“Hari ini cukup istimewa kerana bersaksikan semua kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua.

“Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini… kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

“Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Pasangan ini akan bernikah pada Februari depan.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa.

Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang.

Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.

Peminat teruja apabila mengetahui pasangan ini menjalinkan hubungan cinta pada Mei tahun lalu.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba cadang tempoh kuarantin 3 hari bagi menteri, sekali kena sound dgn pakar

Published

on

Pakar peny4kit berj4ngkit Dr Adeeba Kamarulzaman membantah cadangan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba agar tempoh kuarantin selama tiga hari bagi menteri mungkin diperluas kepada ahli perniagaan atau orang awam di masa hadapan.

“Saya sama sekali tidak menganggap ini idea yang baik. Lebih baik tak ada kuar4ntin langsung,” kata Adeeba, yang merupakan anggota pasukan petugas penceg4han C0vid-19 Selangor (STFC).

Adham berkata penetapan kuarantin selama tiga hari, yang ketika ini hanya dikuatkuasa di kalangan menteri, mungkin akan diperluas bagi membuka sektor ekonomi.

Adeeba bagaimanapun berkata orang ramai memahami keperluan untuk membuka semula ekonomi tetapi perkara itu hanya boleh dicapai dengan menangani wabak tersebut terlebih dahulu.

“Peraturan (kuarantin) 10 hari ada sebab. Ini berdasarkan pada apa yang kita ketahui sekarang tentang virus, tempoh risiko penularan, bagaimana penyakit ini muncul.

“Seterusnya, ada kebimbangan seluruh dunia mengenai pengembangan varian dan apa kesannya terhadap vaksin semasa.

“Oleh itu, pembukaan sempadan secara sembarangan juga bukanlah idea yang baik. Memilih ekonomi berbanding kesihatan atau sebaliknya adalah dikotomi pal. su,” katanya di Twitter.

Dia juga meminta agar kerajaan membuat keputusan berdasarkan penemuan Sains.

Beberapa ahli parlimen semalam menuntut agar kerajaan menjelaskan keputusan untuk membenarkan menteri dikuar4ntin hanya selama tiga hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan tempoh inkubasi C0vid-19 adalah antara dua hingga 10 hari.

Malaysia akan menerima bekalan v4ksin C0vid-19 pertama pada akhir bulan ini dan proses v4ksinasi akan bermula pada bulan Mac.

Terdapat kebimbangan bahawa beberapa v4ksin mungkin tidak berkesan terhadap varian baru C0vid-19 yang sudah bermut4si.

Afrika Selatan minggu ini menghentikan program vaksinasi AstraZeneca setelah data menunjukkan ia memberikan perlindungan minimum terhadap varian baru vir. us berkenaan.

Pihak berkuasa Afrika Selatan kemudian berkata mereka akan memulakan proses v4ksinasi secara bertahap untuk memerhatikan keputusan awal

Kementerian Kesihatan cadang teruskan sekatan rentas negeri, daerah

Kementerian Kesihatan mencadangkan larangan rentas negeri dan daerah dikekalkan susulan kejayaannya menurunkan jumlah kes dan kadar kebolehj4ngkitan C0vid-19.

“Hari ini cuma 10 hari bulan, (perintah kawalan pergerakan) masih berbaki 18 hari.

“Kita mohon rentas negeri dan daerah dikekalkan macam sekarang.

“Keupayaan untuk kita landaikan keluk Covid-19 ini penting diteruskan,” katan Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sidang media hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Selepas CEO KWSP Bertukar, Hari Ini Keluar Satu Berita Gembira Untuk i-Sinar Kategori 2

Published

on

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perb.incangan tersebut.

Tambah sumber Astro AWANI itu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan vet0 untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berb.incang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM 108 bili0n berbanding RM 55 bili0n jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.

Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada st.ruktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk meny0kong pr0ses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.

Astro AWANI dimaklumkan, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh dit.arik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Sementara itu, sumber yang sama mena.fikan dak.waan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.

Astro AWANI sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Sumber : AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Ini Amar4n Kepada Netizen Sekiranya Ini Makan Di Kedai. Premis Juga Akan Dikenakan Tind4kan Juga

Published

on

KUANTAN: Polis memberi amar4n kepada pelanggan di restoran, kedai makan dan gerai supaya tidak bertindak mencantumkan meja ketika berada di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, tindakan mencantumkan meja melebihi dua orang seperti yang ditetapkan boleh dikompaun kerana melangg4r Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, katanya, pelanggan yang berada di premis makanan diminta mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dua pelanggan setiap satu meja.

“Saya beri amar4n bahawa polis akan bertindak tegas dengan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati ada pelanggan yang mencantumkan meja. Patuhi SOP termasuk mengisi maklumat dan melakukan pemeriksaan suhu badan sebaik memasuki premis,” katanya hari ini selepas mengadakan Operasi Bersepadu Perdana yang memberi tumpuan pencegahan jenayah dan pematuhan SOP di sekitar bandar ini.

Mengulas operasi berkenaan, beliau berkata, pihaknya mempertingkatkan pemantauan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memberi tumpuan kepada membanteras jenay4h di bank dan kedai emas.

“Ini kerana dua premis berkenaan menjadi sasaran penjenayah. Sebanyak 15 pasukan unit kereta peronda (MPV) ditugaskan melakukan pemantauan SOP di daerah ini secara berkala,” katanya.

sumber berita harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending