Mat Sabu Slumber Cakap Nabi jadi pelarian. Ini tindakan yg bakal dikenakan - Rentas Asia
Connect with us

Politics

Mat Sabu Slumber Cakap Nabi jadi pelarian. Ini tindakan yg bakal dikenakan

Published

on

KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

“Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.

“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.

Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya di Dewan Rakyat.

Sampai bila berpolitik sampah macam ni? Jahanam!!!

Posted by Papa Azri on Isnin, 27 Julai 2020

Berikut pula reaksi dari PU Amin

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat berhijrah (berpindah) ke Madinah sebagai tanda untuk meneruskan agenda islam dibawah telunjuk wahyu Allah Swt.

Orang madinah (yathrib) ketika itu sudah pun mengetahui dan bersedia bagi menerima rombongan Rasul dan Para Sahabat. Malah orang madinah sendiri menjemput Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat untuk tinggal di sana. Rasulullah Saw berhijrah dan bukan melarikan diri dari tanah asal Baginda.

Nabi berhijrah kerana agama, bukan kerana takhta,harta atau wanita.

Menyamakan hijrah Rasul صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat dengan pelarian adalah satu kesalahan yang besar. Jnayah sirah nabawiyah ini boleh merosakkan dan mencacatkan identiti kerasulan dan perjuangan Baginda Saw.

Rasul kita seorang yang mulia. Nabi صلى الله عليه وسلم bukan pelarian. Nabi bukan seorang pengecut. Semoga Allah memuliakan Rasulullah Saw.

Berpencak dan bersilat lah korang diatas pentas kebebasan manusia apapun tapi jangan sesekali samakan Rasulullah dan Para Sahabat dengan pelarian.

Ya Allah peliharalah Kekasih Mu Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kami amat cintakan Rasulullah Saw.

Saya bukan sembang politik, saya bercakap demi memuliakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Para Sahabat.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politics

Terkini! Perdana Menteri umum satu berita baik untuk rakyat

Published

on

KERAJAAN melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan, khususnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan pand3mik Cov-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan pemberian lanjutan itu akan diberi kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pand3mik Cov-19.

“Ramai yang mengharap agar moratorium ini dilanjutkan, oleh itu saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sebahagian daripada saudara saudari yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium berakhir hari ini.

“Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus untuk golongan yang benar-benar memerlukan.

“Selepas tiga bulan tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung pada situasi individu masing-masing,” katanya pada Perutusan Khas beliau yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

MUHYIDDIN (gambar arkib). FOTO Bernama

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dipeti sebagai berkata, nilai moratorium yang diberi setakat 20 Julai mencecah RM59 bilion dan secara keseluruhannya, moratorium itu memberi manfaat kepada 7.7 juta rakyat yang merangkumi 93 peratus peminjam individu.

Beliau berkata, penangguhan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan yang berkuat kuasa pada 1 April itu sebahagian langkah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bertujuan menguruskan kesan Covid-19.

Tujuan moratorium itu, yang menjadi matlamat ketiga PRIHATIN (memperkukuh ekonomi), adalah membantu meringankan beban rakyat dan perniagaan dalam tempoh enam bulan dan ia akan berakhir pada September 2020, katanya.

Justeru, bank kini mula mendapatkan kerjasama daripada peminjam untuk pendekatan yang lebih bersasar.

Tengku Zafrul juga dilaporkan berkata, bagi tempoh enam bulan moratorium yang diberikan secara keseluruhan, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion yang bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion,

Bagi tempoh enam bulan moratorium, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion manakala sistem perbankan negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1.06 bilion setiap bulan tempoh moratorium yang dilanjutkan mengikut Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9.

Sumber : HM online

Kredit: awatttsyeikhh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading

Politics

Jaga Jaga Yang Berhimpun Semalam, Ini Kenyataan PDRM Dan Tindakan Yang Akan Diambil Untuk Kesan Mereka

Published

on

KUALA LUMPUR: Polis akan mengesan mereka yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semasa keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti ksalahan berhimpun itu mengikut Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mazlan berkata, tindakan mereka berhimpun mengingkari arahan yang sudah ditetapkan berdasarkan siri perbincangan sebelum ini antara Ketua Polis Daerah Sentul dan penganjur perhimpunan minggu lalu.

Kredit BHOnline

Katanya, antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah kewajiban menjaga jarak khususnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berlangsung.

“Kita sampaikan kepada mereka apa yang perlu dilaksanakan dan saya percaya masyarakat sendiri sepatutnya sedar mengenai C0V-19 yang masih menular di dalam negara. Kami benar mereka datang tetapi perlu menjaga diri masing-masing.

“Tetapi sebaliknya berlaku dan apa yang dinyatakan dalam pertemuan itu tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Justeru Mazlan berkata, penganjur perhimpunan akan dipanggil membantu siasatan kerana ingkar arahan yang sudah diberikan pihak berkuasa.

“Kita hanya menjangkakan seramai 800 ke 900 orang sahaja yang akan hadir tetapi lebih yang datang,” katanya.

Ditanya mengapa tindakan tidak dilakukan segera oleh polis ketika di Kompleks Mahkamah semalam, Mazlan menjelaskan, mereka tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana nasihat serta amaran sudah diberikan.

“Nasihat sudah dilakukan dan amaran juga sudah diberikan… pun begitu mungkin kerana keghairahan mereka yang hadir ia tidak diendahkan.

“Kenapa mahu undang masalah, kerajaan juga sudah berkali-kali memberi amaran dan nasihat. Ini (situasi perhimpunan) bukan kita jaga kita lagi… akhirnya pihak polis yang dipersalahkan,” katanya.

Kredit BHOnline

Tambah Mazlan, laporan polis sudah dilakukan oleh orang awam dan siasatan berhubung perkara berkenaan juga sudah dijalankan.

Perhimpunan menyokong Najib semalam mengejutkan rakyat Malaysia yang bimbang penularan C0VID-19 akan berlaku dalam kalangan mereka yang hadir berikutan tiada penjarakan sosial selain ribuan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur itu dilihat tidak mengendahkan arahan yang ditetapkan.

Sumber : BHOnline

Continue Reading

Politics

Perjuangan Azmin Hanya Fokus Lawan Anwar. Sekali Tun M Bagi Nasihat Ini

Published

on

Jika mahkamah – yang membuat pertimbangan berhubung penyingkiran beberapa ahli parlimen Bersatu – membuat keputusan tidak seperti diharapkan Dr Mahathir Mohamad pada awal Ogos ini, sebuah lagi parti politik mungkin akan ditubuhkan.

“Jika kami digugurkan, kami harus mempertimbangkan kemungkinan untuk menubuhkan parti lain,” kata Ahli Parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada ChannelNewsAsia semalam ahli politik berusia 95 tahun itu tidak membuat ketetapan sama ada akan menyertai pilihan raya umum (PRU) akan datang atau tidak.

“Itu hal yang belum saya putuskan, tetapi saya akan memainkan peranan sangat bersar dalam berkempen dan lain-lain.

“Jika saya berusia 98 tahun apabila diadakan PRU, sudah tentu akan ada kekangan fizikal, tetapi jika saya sihat, saya akan berikan sebanyak mungkin sokongan yang dapat,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos sebagai tarikh keputusan mengenai permohonan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetepikan saman dikemukakan Mahathir serta empat yang lain.

Sebelum ini Mahathir dan penyokong setia beliau memohon untuk mencabar keputusan Bersatu menyingkirkan mereka daripada parti berkenaan.

Tertumpu pada Anwar sebagai PM

Sebelum ini Mahathir pernah membangkitkan kemungkinan untuk menubuhkan parti baru untuk menjadi wadah kumpulannya bergerak dalam politik.

Pada 14 Julai Mahathir berkata, beliau dan penyokongnya mungkin bertanding di bawah parti baru jika berlaku PRU mengejut.

Beliau juga membayangkan untuk bergerak aktif hanya untuk berkempen berbanding yang apa dilakukannya sekarang.

Sementara itu dalam temu bual sama Mahathir juga berkata Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat sokongan yang mencukupi daripada orang Melayu.

Hal itu kerana, katanya, parti komponen PH – iaitu PKR, Amanah dan DAP – kelihatan menumpukan usaha untuk mengangkat Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Selepas mengadakan perbincangan panjang dan berulang dengan DAP, Amanah dan PKR, perjuangan mereka nampaknya berpusat kepada usaha menjadikan Anwar perdana menteri.

“Ketika ini ada ramai orang yang tidak menerima dia (Anwar).

“Saya terlibat bukan kerana saya mahu menjadi perdana menteri, saya sudah dua kali menjadi perdana menteri dan cukuplah, tetapi ramai orang… tidak memberi sokongan seperti itu kepada PH, terutama apabila mereka melihat bahawa parti Melayu mereka tidak kukuh,” katanya.

Beliau kemudian berkata kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU lalu diketuai beliau dan bukannya Anwar.

“Kamu bercakap mengenai memulihkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan yang dipilih rakyat sebelum ini diketuai oleh saya, bukan Anwar.

“Jadi kalau kamu jadikan dia ketua, ia bukanlah kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya.

PM terdahulu enggan dengar nasihat

Ditanya jika Anwar perlu menyertai parti Melayu untuk membolehkan beliau menjadi perdana menteri, Mahathir berkata, ia bukan suatu kemestian, sebaliknya mesti mendapat sokongan orang Melayu.

Namun, katanya, apabila Anwar meninggalkan Umno ahli politik terbabit membuat keputusan untuk menubuhkan parti pelbagai kaum dan menolak parti berasaskan kaum sebagai rasis.

“Anwar tidak dianggap sebagai protagonis bagi orang Melayu kerana dialah yang memulakan parti yang berbilang kaum dan ramai pemimpin dalam parti itu bukan orang Melayu.

“Orang Melayu sangat curiga terhadap parti bukan Melayu atau berbilang kaum,” kata Mahathir.

Mengenai tawaran sebagai menteri mentor daripada Anwar, Mahathir berkata beliau sudah ada pengalaman menjadi penasihat kepada beberapa perdana menteri.

Abdullah Ahmad Badawi
“Mereka tak mau dengar. Mereka mahu bertindak sendiri, mereka mahu meninggalkan legasi sendiri

“Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Abdul Razak tak pernah dengar nasihat saya. Malah semasa dalam kerajaan sebelum ini, Anwar langsung tak mahu mendengar nasihat saya,” katanya.

Nasihat Tun M Kepada Azmin

Mengenai hubungannya dengan Azmin Ali, Mahathir berkata, perspektif politik bekas timbalan presiden PKR itu terlalu sempit dan hanya menumpukan perjuangannya melawan Anwar.

“Fokus utamanya banyak menentang Anwar, perjuangan politiknya hanya berkisar berbalah dengan Anwar. Itu perspektif yang terlalu sempit untuk seorang ahli politik.

“Kamu patut berfikir untuk membangunkan negara. Kamu tak boleh – hanya kerana kamu tak suka seseorang – kamu jadikan ia asas kepada semua tindakan kamu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia atau tidak bekerjasama dengan Azmin, Mahathir hanya menjawab: “Kita akan lihat bagaimana dia bekerja.”

“Azmin Pengkhianat”-Anwar

Di sebalik apa yang berlaku, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau tidak menaruh sebarang perasaan dendam terhadap bekas timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Ketika pada tahun 1998, Anwar dan Azmin adalah sekutu yang menubuhkan parti itu bersama.

Bagaimanapun, hubungan mereka kemudiannya menjadi renggang dengan ketara dan ini menyaksikan parti itu terbelah dua.

Pada Februari tahun ini, Azmin mendalangi kudeta politik yang dinamakan sebagai “Langkah Sheraton” yang menutup terus peluang Anwar menjadi perdana menteri kelapan dan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Azmin kemudiannya dipecat dari PKR dan memilih untuk bergabung dengan Bersatu dan sejak itu dilantik sebagai menteri kanan dalam pentadbiran Perikatan Nasional.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.jemin

Continue Reading

Trending