Asri Janggut dakwa ‘ayahnda’ tak puas hati, ini kenyataan tegas dari Menteri KDN - Rentas Asia
Connect with us

Semasa

Asri Janggut dakwa ‘ayahnda’ tak puas hati, ini kenyataan tegas dari Menteri KDN

Published

on

PENGUSAHA Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, mendedahkan beliau ada dihubungi individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.

Mohd Asri, 42, berkata, individu berkenaan yang mengaku sebagai ‘ayahanda’ kawasan itu menghubunginya melalui panggilan telefon, semalam.

“Individu itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan kata perkara itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.

“Saya sudah merujuk perkara itu kepada pihak polis menerusi perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh ketika hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meninjau lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai premis judi di kawasan berkenaan.

Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung di akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, walaupun tiada ugutan diterima daripada mana-mana pihak berhubung pendedahan itu, beliau yakin keselamatannya masih terancam.

“Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana isu ini masih ‘panas’.

“Dalam perkara ini, pastinya ada risiko kerana mesti ada rasa dendam terhadap saya akibat membuat pendedahan berkenaan. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Mengulas mengenai perjumpaannya bersama Abdul Hamid, beliau berkata, Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Ketika perjumpaan tadi, Ketua Polis Negara mengucapkan terima kasih atas maklumat ini dan meminta untuk saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.

“Dalam perjumpaan itu, beliau memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara ini.

“Malah, Ketua Polis Negara memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini,” katanya.

Sementarai itu, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan polis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.

“Saya sudah memaklumkan kepada pihak polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai polis bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya yang memaklumkan sudah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Asri yang di temuramah wartawan juga memberitahu hari ini pihak MBSA telah datang sekali lagi melakukan operasi menutup mana-mana permis yang melanggar peraturan termasuklah pegerai-pegerai kecil

Menurut Asri lagi, dia mengambil kesempatan merayu kepada pihak MBSA supaya memberi kelonggaran kembali kepada pegerai-pegerai kecil untuk terus mencari rezeki di kawsan tersebu

Asri juga meminta maaf kepada kawan-kawan pegerai kecil lain yang terkesan selepas video yang di buat beliau tular

Asri terima panggilan dari Ayahanda kawasan

Ketika ditanya wartawan mengenai ancaman yang beliau terima, Asri mendedahkan dia ada menerima satu panggilan dari seorang individu yang tak di kenali mengaku sebagai Ayahanda di kawasan tersebut dan memberi amaran kepada Asri bahawa apa yang di lakukan beliau (mendedahkkan pusat judi) adalah tidak patut

Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid Bercakap Kepada Media Berkaitan Kes Viral Kedai Judi Berleluasa di Bandar Baru Sungai Buloh.

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN – Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap polis yang terbabit dalam melindungi kegiatan perjudian.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan tegas itu bukan saja di kawasan tertentu seperti di Sungai Buloh yang tular berikutan pendedahan Asri Janggut kelmarin tetapi merangkumi seluruh negara.

“Jika ada aduan seperti ini, saya nak maklumkan di sini, tindakan tegas bukan hanya terhadap orang yang melakukan, begitu juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ada di situ.

“Kalau betul-betul mereka terbabit kita akan bagi kepada jawatankuasa disiplin untuk memastikan mereka boleh diambil tindakan mengikut apa yang patut kita akan buat,” katanya pada sidang media di Pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Asri Janggut bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Bandar Baru Sungai Buloh.

Beliau mahu mendapatkan gambaran sebenar daripada Asri berhubung pendedahannya selain memberikan nasihat ekoran pendedahan yang dibuat itu boleh mengundang risiko kepada dirinya dan keluarga.

Hamzah turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tidak sesekali membuat pendedahan secara terbuka mengenai aktiviti haram sebagaimana yang dilakukan oleh Asri.

Ini kerana katanya, beliau bimbang pihak yang mendedahkan maklumat itu akan mendapat ancaman dan adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Lain kali buat video elok-elok dan hantar kepada saya. Video itu boleh dihantar ke pejabat saya di KDN di Putrajaya.

“Jangan buat macam Asri ditularkan, nanti jadi macam-macam masalah. Belum sampai kepada saya dah jadi isu. Nanti jadi masalah kepada diri dan keluarga dia.

“Kalau ada orang nak buat hantar kepada saya dulu. Biar saya tengok dan saya buat penyelidikan yang lebih sesuai mengikut perundangan yang ada,” katanya.

Menurutnya, mungkin pasukan Bukit Aman yang akan dikerahkan ke kawasan tertentu untuk sebarang bentuk video aduan berkaitan rumah perjudian seumpamanya berbanding polis di daerah yang berkenaan.

“Kalau dah benda (video kegiatan rumah judi) itu datang terus kepada saya, tak semestinya saya menggunakan OCPD (Ketua Polis Daerah).

“Mungkin saya boleh menggunakan pasukan yang datangnya dari Bukit Aman contohnya, itu semua kita akan pastikan,” katanya.

Saya dengar sendiri penjelasan beliau – KPN

“PERTEMUAN yang ikhlas bagi membolehkan saya mendengar sendiri penjelasan beliau,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata demikian mengulas pertemuannya bersama pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mencetuskan kontroversi susulan pendedahan mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Terdahulu, beliau berkongsi pertemuan itu yang berlangsung di pejabatnya di Bukit Aman di Facebook miliknya.

Selain bertemu Mohd Asri, katanya, beliau turut bertemu beberapa pegawai lain berhubung isu berkenaan.

“Saya juga memanggil pegawai-pegawai berkenaan untuk menjawab beberapa perkara yang berhubung kait dengan peranan dan tanggungjawab mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Semalam, Abdul Hamid memberi jaminan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan warga asing di Sungai Buloh.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jnayah itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Shuib dan isterinya siti sarah dipanggil sprm untuk kes ni

Published

on

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang h4ran membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pasangan selebriti ini untuk pengesahan namun gagal dihubungi.

Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Semasa

Alasan Nak Cod Mangga Tapi Pihak Polis Nampak Pelik Pasangan Ni Dalam Kereta

Published

on

Sepasang kekasih memberi alasan mahu menghantar jeruk mangga asam boi ketika dicekup sedang memadu kasih di dalam kereta di Kawasan Perindustrian Taman Sentosa, jam 9 malam tadi.

Pegawai Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azwan Azman berkata, pasangan berusia 24 dan 26 tahun itu dilihat mencurigakan berada di tempat gelap dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna kuning.

Sedang Melakukan Rondaan
Menurutnya, tiga anggota polis dari unit MPV Balai Polis Lunas yang sedang melakukan rondaan telah membuat pemeriksaan mendapati terdapat pasangan kekasih terbabit di lokasi kejadian.

“Namun, pemandu dilihat duduk di kerusi penumpang belakang manakala kekasihnya di tempat duduk hadapan terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa sebelum cuba membetulkan pakaian dan seluar masing-masing,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri yang sah.

Nak Hantar Jeruk
“Mereka bagaimanapun memberi alasan mahu membuat penghantaran jeruk asam mangga boi kepada pelanggan.

“Turut kelihatan beberapa botol jeruk berkenaan di dalam kereta tersebut,” katanya.

Menurutnya, laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Lunas untuk tindakan lanjut dan pasangan kekasih berkenaan diarahkan hadir ke PADK pada Isnin ini untuk diambil keterangan.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jnayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhlwat.

“Jika sabit keslahan, mereka boleh dikenakan dnda maksimum RM3,000 atau dua tahun pnjara atau kedua-duanya sekali, ” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Semasa

Baru 2 tahun di lantik, Kenali Superintendan Shafa’aton. KPD wanita pertama di Selangor

Published

on

Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mend3dahkan mengenai kegiatan premis mesin jvdi dan aktiviti penjualan rok0k selvdup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Dalam video yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang semalam, dia membangkitkan 1su kegiatan perjvdian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rok0k selvdup.

Selain itu dia turut mend4kwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Dengan pend3dahan oleh Asri Janggut ini, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh oleh ketua polis daerah

KPD Sungai Buloh sifatkan d4kwaan jvdi fitn4h

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis kewujudan premis jvdi dan penjualan rok0k selvdup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Shafa’aton berkata, tindakan pengadu itu memuat naik dua video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitn4h dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Selangor.

Berikut sedikit maklumat ringkas mengenai KPD Sungai Buloh yang mula menjadi perhatian netizan selepas k3sAsri Janggut  tular

Kenali Superintendan Shafa’aton, KPD wanita pertama di Selangor 2018

Ketua Polis Daerah (KPD) Sungai Buloh,dilantik pada November 2018, adalah pegawai polis wanita pertama di Selangor yang dilantik ke jawatan berkenaan.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, 42, berasal dari Mersing, Johor, sebelum ini adalah Pegawai Turus (PT) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor ketika itu, Datuk Mazlan Mansor, berkata, pelantikan Shafa’aton, semalam, adalah satu sejarah untuk Polis Kontinjen Selangor, yang mendapat seorang pegawai wanita sebagai KPD baharu.

“Saya yakin dia mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang KPD berdasarkan pengalamannya sepanjang lebih 21 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pelantikannya juga adalah satu daripada perancangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, yang ingin mend3dahkan pegawai polis wanita bertugas mengetuai sesebuah daerah,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPD Sungai Buloh.

Hadapi Cabaran Baru

Beliau berkata Shafa’aton bakal menghadapi cabaran baharu apabila ditempatkan di daerah Sungai Buloh berikutan situasi kawasan berkenaan yang dianggap sebagai satu kawasan penuh dengan cabaran.

“Saya percaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki beliau khususnya dalam bidang jenayah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikannya,” katanya.

Sementara itu, Superintendan Shafa’aton berkata keutamaan yang akan dilakukan sejurus dilantik sebagai KPD Sungai Buloh adalah memastikan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Apa yang penting adalah segala penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

“Saya akan menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang ada dalam melaksanakan tugas ini disamping bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum berkhidmat di Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Shafa’aton pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Port Dickson serta pegawai penyiasat kanan.

KPD Sg Buloh kata Asri Janggut akan disiasat, sekali KP Selangor keluarkan arahan terbaru

Dalam perkembangan terbaru,Polis tidak akan memanggil pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung d4kwaan yang dibuatnya pada Sabtu lalu mengenai kegiatan premis perjvdian dan penjualan rok0k seludup di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.

“Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.

“Tapi sayang, dia telah mend3dahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mend3dahkan dirinya dan sepatutnya usah mend3dahkan identiti,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terd3dah ia boleh mengundang masalah.

Selain itu, beliau turut meminta orang awam yang ada maklumat berkenaan salah laku pegawai atau anggotanya agar salurkan kepada pihaknya dengan bvkti yang jelas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sekiranya ia berkaitan dengan rasuah, boleh laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak mahu tuding mana-mana pihak”-Asri Janggut

KUALA LUMPUR: “Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah.”

Demikian kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, berikutan pend3dahan menerusi videonya yang menimbulkan kontroversi sejak dua hari lalu berkaitan kewujudan beberapa premis jvdi, aktiviti penjualan rok0k selvdup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Katanya beliau sendiri tidak menyangka pend3dahannya itu akan menarik perhatian umum kerana hanya berkongsi masalah sebenar di kawasan berkenaan.

“Kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf.

“Lillahi Taala (kerana Allah), saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.

“Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA ‘kacau’ kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rok0k seludvp dan jvdi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi siaran langsung yang disiarkan di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd Asri berkata, apa yang membuatkannya terkilan ialah apabila premis jvdi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada polis.

“Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjvdian (dan M4ksiat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta polis datang dan periksa pusat jvdi bebas dibuka.

“Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik (dibuka semula). Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan (tiada tindakan) sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.

“Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (kontroversi),”katanya.

Bagaimanapun, Asri meminta orang untuk berhenti mengecam pihak polis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjvdian atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

“Tolong henti kecam polis. Mereka ini permata harapan. Mari sama-sama bantu polis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam 1su itu.

“Sebaiknya kita bersama mengambil tindakan, tidak mahu salahkan pihak berkuasa, tak mahu menuding jari.

“Selain itu, kita minta kepada pegawai kerajaan sama-sama membantu memudahkan urusan mereka yang mempunyai masalah perniagaan. Kalau boleh, kita nak wujudkan keharmonian,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

Trending