“Oh Lupa Kau Kan banyak Duit, Aku Bukan Ada Duit Sangat Pun..” – Syifa Melvin - Rentas Asia
Connect with us

Entertainment

“Oh Lupa Kau Kan banyak Duit, Aku Bukan Ada Duit Sangat Pun..” – Syifa Melvin

Published

on

PELAKON Syifa Melvin berkongsi salah satu cara untuk sentiasa dilimpah rezeki yang luas adalah dengan menjaga hubungan antara Allah dan keluarga.

Syifa menerusi perkongsian di Instastory berkata, tidak perlu wujud sikap kedekut dalam kalangan adik-beradik biarpun ada diantaranya berkemampuan.

“Memang hidup untuk mencari reda Allah tapi macam mana nak diredai Allah jikalau kita selalu berg4duh dan mencari salah manusia lain? Hablum minaallah minannas… Jaga dua-dua ini.

Antara perkongsian Syifa di Instastory.

“Kelaku kita dengan Allah dan kelaku kita dengan manusia terutama adik-beradik sendiri. Rezeki Allah melimpah ruah bila kita tak berkira dengan adik-beradik dan saudara mara.

“Jangan ada mindset yang ‘oh tak apa, dia berduit boleh la keluar beli itu ini, aku tak berapa sangat’. Sebenarnya masa itu kita diuji Allah, kemut tak nak keluar belanja untuk keluarga sendiri.

“Kalau kemut, lambat lagi nak rasa senang. Kita memberi dikala kita tidak punya apa-apa dan apa yang kita beri itulah hak kita. Kita sedang diuji sebenarnya,” katanya.

 

Kami adik-beradik sepakat nak buat bisnes bersama, pulangan Alhamdulillah sebab Allah mudahkan jalan buat kami

SYIFA MELVIN, PELAKON

Syifa mempunyai lima orang adik beradik termasuk kakaknya aktres Syatilla Melvin.
Dalam pada itu, Syifa turut memberitahu dia dan adik-beradiknya sentiasa berkongsi duit menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapa serta mengubah suai rumah mereka di kampung.

“Syifa kongsi sikit rahsia rezeki melimpah ruah. Kami adik-beradik sepakat nak buat bisnes bersama, pulangan Alhamdulillah sebab Allah mudahkan jalan buat kami. Satu bulan pertama, kami hadiahkan ibu dan ayah sebuah kereta.

Syifa dan adik-beradik berkongsi duit menghadiahkan ibu bapa mereka sebuah kereta serta ubah suai rumah di kampung.

“Sebab mereka tak pernah beli kereta baru mesti second hand. Bermula wujudnya Kekasih, semua benda kami bahagi empat. Sampailah idea nak ubah suai rumah ibu. Kira punya kira harga rumah RM65,000 bahagi empat.

“Dah siap dah rumah ini Alhamdulillah. Masa rancang nak besarkan rumah, duit ada tapi tak banyak sangat dan tak terfikir pun nak habiskan ke ubah suai rumah kat kampung.

“Tapi itulah orang kata bila niat kita baik, tambah niat nak selsaikan mak ayah kita, Allah akan buka jalan seluas-luasnya. Nampak tak magis kat situ?” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entertainment

Maknyah Langsung Tak Kacau Kamu Apa Hal? Siti Kasim “Sound” Menteri Agama

Published

on

Heboh di media sosial apabila beberapa selebriti tr4nsgender tampil secara terbuka mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum.

Bahkan ada yang tanpa rasa bersalah berpakaian separuh b#gel dan mempertontonkan kepada khalayak umum.

Perkara itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna yang merasakan tindakan itu keterlaluan.

Sudah pasti ketidakpuasan hati orang ramai itu bersebab, bukan sebab semata-mata dengki sesama MeIayu atau kerana hanya kerana dia tr4nsgender.

Pastinya orang ramai risaukan kesan dari perbuatan itu yang boleh mempengaruhi orang lain yang akhirnya melakukan perkara serupa.

Menteri agama bersuara

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil mengulas mengenai isu tr4nsgender yang kembali hangat diperkatakan kini.

Kata Zulkifli, pihaknya memberikan lesen penuh kepada penguasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak.

” Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.

” Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun, jelas Zulkifli pihaknya enggan menangkap individu yang dimaksudkan semata-mata sebaliknya memberikan pendidikan berhikmah kepada mereka.

” Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (tr4nsgender) kembali ke pangkal jalan.⁣

” Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” tambahnya.

Kenyataan Zulkifli ternyata ditunggu-tunggu masyarakat umumnya kerana ia datang dari individu paling berkuasa dalam hal ehwal agama Islam.

Namun tidak semua sependapat dengan Dr. Zulkifli.

Menerusi satu hantaran di Facebook, aktivis dan peguam Siti Kasim dilihat mempersoalkan kenyataan menteri agama itu yang menurutnya tidak berkeperluan.

Respon Siti Kasim

” Rakyat tr4nsgender Malaysia.

” Yang dok sibuk dengan rakyat makny4h yang langsung tak kacau kehidupan kamu apa hal?

” Pak Menteri agama tolonglah… Tolong rakyat Muslim yang miskin dan daif boleh tak?

” Makny4h tak ada kacau pon hidup orang macam kamu. Melayu macam kami tak kacau pon hidup kamu.

” Boleh tak let God punish us if we have sin? You’re not appointed by God. Thank you very much.” tulis Siti Kasim.

Dalam pada itu, sekiranya dilihat kepada respon orang ramai, rata-ratanya bersetuju mahukan kerajaan mengambil tindakan lebih tegas bagi menangangi imej tidak baik yang ditampilkan golongan ini.

Bukan mahu lihat golongan dihukvm, tidak. Hanya mahu mereka berhenti berbuat perkara ditegah agama, itu sahaja.

Terdahulu, isu berkenaan tr4nsgender ini timbul selepas usahawan kosmetik terkenal Sajat berkongsi gambar beliau berbik1ni yang mendapat kec4man ramai.

Baru baru ini, media digemp4rkan dengan kr1t1kan orang ramai terhadap perbuatan seorang ahli perniagaan Malaysia yang dianggap tidak sen0n0h.

Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajad tul4r di media sosial dan menjadi perhatian ramai ahli agama yang sudah banyak mengajak orang ramai yang beragama Islam supaya membo1kot dirinya.

“Baik aku keluar Islam”

Tambahan pula, baru baru ini Sajat memuat naik story beliau di Instagram, Sajat meluahkan rasa sed1h kerana dia menganggap dirinya menjadi cemvh4n orang ramai dan tidak ramai yang sukakan beliau.

Sehinggakan, dia sendiri menulis, “Kalau betul lah agama islam b3nci orang seperti aku, dan aku tak layak berpegang kepada agama islamku..dan semua orang nak jatuh hukvman terhadapku dengan melandaskan agama yang aku pegang..mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat pahala..sedih dan pilu untuk aku luahkan perkara ini..”, luah beliau.

Ramai berpendapat, dia mungkin berasa tertek4n lalu mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana dirinya dianggap ditind4s kerana perbuatan yang telah dia lakukan selama ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Continue Reading

Entertainment

Sharifah Sakinah akhirnya tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet

Published

on

Susulan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, Sharifah Sakinah akhirnya tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet.

Sharifah Sakinah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya telah memuat naik hantaran dan menulis kapsyen luahan hatinya.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

Namun dia sempat berpesan kepada individu yang mengeji supaya sentiasa beringat bahawa setiap daripada mereka mempunyai keluarga masing-masing.

“Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga,” tulisnya

Selain itu Sakinah turut memberitahu dia tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Saya tak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin kepada kerja.

“Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.

“Nak komen boleh, tetapi janganlah bergaduh. Kita semua ada banyak lagi perkara lebih penting nak dilakukan,” katanya.

 

“Yang Bagi Semangat Terima Kasih…Yang Menghina, Ingat. .” – Sharifah Sakinah

Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun

Ditanya mengenai perpisahan berpunca daripada orang ketiga, Sakinah menafikan perkara tersebut.

Adik kepada Shahrifah Shahira ini turut memberi komen mengenai Aliff yang secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Berikut reaksi dari netizan

“ya allah..kita tak tahu apa masalah rumah tangga mereka..jangan kita komen yg bukan2 dlm FB.hanya allah yg tahu..

” Kita yg salah,,nak d salahkan org,,,klu kain baju pakaian dah xmenutup aurat d tegur org katanya org menghina kamu…klu kesalahan terang2 dari kita org bg teguran kata menghina….kau ni apa ler..

” Cant say much bout this sakinah..BERUBAHLAHHHH.untuk kebaikkan u dn ank tuu.Be a good mum,bkn setakat bgi kasih sayang tpii u kena jaga keterampilan,tingkah laku,pertuturan..semua tu perlu di jaga.X mintak pn u berhijab what so ever,tpii cubalah BERUBAH.

“Nak buat apa nak hina2 apa dapat.dapat dosa ada adalah.baik ubah diri jadi lagi baik kerana itu lagi baik kan kan …

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Entertainment

To’ki mula pindah rumah baharu, Ini yg terjadi kepada pondok lama

Published

on

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali penyanyi dan komposer terkenal To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.

To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

To’ki terima kunci rumah sewa baharunya.

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

Kunci rumah sewa baharu To’ki diserahkan pada petang Jumaat.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangkan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

RUMAH TO’KI DALAM HUTAN AKAN DIKEKALKAN UNTUK TO’KI

“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal.

“Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” kata Shukri selepas menyerahkan kunci rumah berkenaan kepada To’ki pada Jumaat.

Sementara itu, To’ki sangat bersyukur dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak PPZ yang sudi mencari rumah berkenaan kepadanya selepas hampir dua tahun menghuni pondoknya itu.

Baginya, peranan yang dimainkan oleh pihak PPZ dan pihak lain dalam membantu beliau sangat besar dan tidak mampu dibalas.

To’ki sewaktu menerima kunci kediaman baharu daripada pihak PPZ

“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga.

“Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki.

Bukan itu sahaja PPZ juga telah menanggung kos pembaikan kereta To’ki yang telahpun siap bagi membolehkannya lebih mudah bergerak.

Malah PPZ juga turut menyediakan katil yang lebih sesuai untuk isterinya yang masih cedera selepas terbabit dalam kemal4ngan bulan lepas selain menghadiahkannya kerusi roda yang baharu.

DAPAT SUMBANGAN SEBUAH KERETA

Bagai dikunjung tuah, nasib To’ki bertambah ceria selepas sebuah syarikat penjual kenderaan terpakai, pihak ZZ Auto Services, menerusi pemiliknya Zaihan Che, bersetuju untuk menghadiahkan sebuah kereta yang lebih selesa kepadanya untuk memudahkan urusan hariannya.

Kisah To’ki mula mendapat perhatian selepas disiarkan Astro AWANI pada 30 Jun lalu yang menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending