Najib beri senarai mengapa Umno harus tinggalkan Muhyiddin.Rupanya Tun M sudah jangka - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Najib beri senarai mengapa Umno harus tinggalkan Muhyiddin.Rupanya Tun M sudah jangka

Published

on

ULASAN l Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan Umno semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat.

Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik Umno dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri.

Sememangnya pemimpin-pemimpin Umno tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi.

Jika akar umbi tak mahu, pemimpin Umno tidak akan membuat keputusan.

Walaupun saya bukan lagi ahli biro politik Umno atau ketua perhubungan mana-mana negeri, saya ingin memberi pendapat saya.

Semasa perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad letak jawatan secara mengejut, pendirian Umno masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.

Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.

Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan Pakatan harapan (PH) sudah tumbamg, ramai penyokong dan akar umbi Umno masa itu juga membantah kita bekerjasama dengan Bersatu sebab Bersatu telah banyak mengambil ahli parlimen serta ahli parti dan kita baru bertembung di PRK Tanjung Piai.

Selama berbulan-bulan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk, ramai yang juga mahu kita tolak PN dan kukuhkan Muafakat Nasional.

Ramai yang juga percaya bahawa jika kita tidak membentuk kerajaan PN bersama, Bersatu serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk Bersatu juga akan terkubur pada PRU15.

Namun apa yang berlaku di Sabah (termasuk mengambil kerusi Umno dan PN letak calon bebas untuk pecahkan undi BN), kenyataan-kenyataan dari ketua Armada Bersatu serta perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli Umno.

Sebagai contoh, perdana menteri adalah dari Bersatu dan pengganti pengganti iaitu Azmin juga dari Bersatu sekarang.

Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS.

Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS.

Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.

Malah,, tiada seorang pun dari Umno atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid-19.

Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula. bersama tiga orang menteri Bersatu. Umno kini digelar gila kuasa pulak?

Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, Umno dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.

Contohnya seperti gesaan berulang-kali Umno untuk moratorium pinjaman dilanjutkan atau diberi kepada Sabah tidak didengar oleh kerajaan PN serta penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang diteruskan dan bakal menyebabkan kerajaan hilang syarikat hartanah terbesar negara dengn pemilikan tanah terbesar walaupun Umno sudah bantah langkah ini sejak tahun lalu.

Dari segi pengawalan Covid-19 pula, Majlis Keselamatan Negara menolak cadangan menteri kesihatan dari Umno untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN.

Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negera serta kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.

Dan kini, Umno turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini.

Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankanya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan yang seterusnya diambil kerajaan) biarpun ramai keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh menteri Bersatu sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN.

Namun ramai yang rasa ini tidak adil sebab yang buat silap mereka tapi yang mempertahankan mereka adalah ktia pula.

Keputusan Umno semalam adalah untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.

Keputusan mesyuarat Umno semalam tidak menyentuh tentang sokongan kepada Anwar jadi PM ataupun bekerjasama dengan DAP (namun Guan Eng tentu happy jika dia berpeluang kerjamasama dengan saya).

Memandangkan sentimen akar umbi serta lapisan pemimpin Umno, saya rasa keputusan semalam adalah munasabah dan tidak keterlaluan sebab ianya mampu membuka ruang lebih besar dan lebih adil untuk kami menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi dan membendung Covid-19.

Dan jika PN boleh didaftarkan sebagai parti politik, kenapa pula Muafakat Nasional tidak boleh?

Ini selaras dengan jawapan saya bulan lepas bahawa saya dalah “orang parti” dan akan menyokong penuh keputusan rasmi parti biarpun ada kala saya tak setuju secara peribadai tetapi saya akan bincang melalui saluran dalaman dan tidak akan mengkritik secara terbuka.

“Najib to support party’s decision on Anwar”

https://www.msn.com/…/najib-to-support…/vp-BB19pw3I

Pendirian saya tiada kena-mengena dengan kes-kes mahkamah saya seperti dimainkan propaganda-propaganda PH dan Dr Mahathir sebab saya tetap percaya saya tidak bersalah.

Apa yang saya buat selama ini ialah demi rakyat serta parti dan saya boleh jawab pada Allah.

Saya yakin dan past saya dapat membersihkan nama saya dan didapati tidak bersalah termasuk di mahkamah rayuan jika sistem perundangan adalah adil dan bebas dari pencaturan Dr Mahathir dan kerajaan PH dahulu untuk memangsakan saya.

Berhubung dengan itu juga, saya tidak mahu menerima apa-apa jawatan menteri biarpun dalam kerajaan PN ataupun apa-apa kerajaan baru selama kes-kes saya belum selesai dan nama saya belum dibersihkan.

Bagaimanapun, nasihat saya pada Umno dan kerajaan PN secara am ialah pemulihan ekonomi, pengawalan Covid-19 serta kebajikan rakyat adalah keutamaan dan apa-apa langkah politik yang dilakukan tidak boleh dibenarkan untuk menjejaskannya.

Menteri-menteri dari Umno dan BN dalam kerajaan PN sekarang perlu sentiasa menumpukan fokus sepenuhnya kepada keutamaan ini pada ketika ini.

sumber: FB NAJIB RAZAK

Jika dilihat dengan situasi semasa yang di hadapi oleh Muhyddin kini, rupanya Tun M sebelum ini telah memberi beberapa peringatan penting dan menjakakan perkara seperti ini akan terjadi dalam kerajaan pimpinan Muhyddin Yassin

Dr M: Muhyiddin pilih Najib, tak pilih saya

Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kerana beliau memilih untuk bekerjasama dengan Najib Razak, berbanding dirinya.

“Bila saya tak setuju dengan dia pasal kerjasama dengan Najib, dia (Muhyiddin) pilih Najib dan tak pilih saya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

Dr Mahathir dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bagaimana kerajaan kleptokrat pimpinan Najib dikalahkan rakyat pada PRU14.

Bagaimanapun, katanya selepas tewas PRU14, Najib memainkan isu-isu perkauman, mendakwa dirinya membela orang Melayu yang ditindas orang Cina, khususnya DAP.

Menurut Mahathir, pada mulanya pimpinan PAS didekati tetapi masih tidak mencukupi kerana pihak berkenaan memerlukan pimpinan Bersatu.

Dr Mahathir juga mengulang dakwaan kerajaan PH runtuh kerana pada saat genting kemelut politik tempoh hari, PH menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri manakala Muhyiddin pula sanggup bekerja sama dengan Najib dan pemimpin Umno lain yang sedang berhadapan tuduhan rasuah di mahkamah.

“Tiba-tiba PH namakan Anwar, saya kalah. Dia pun kalah. Dua-dua tiada majoriti

“Saya dikalahkan disebabkan PH tidak sokong saya. Saya pun terima lah.

“Setelah PH tolak saya dan namakan Anwar sebagai PM, tapi mereka ada sokong balik saya tapi terlewat lah.

“Kerana tindakan PH tolak saya dan saya juga tak sanggup kerjasama dengan Najib dan geng-geng dia, maka hari ini yang menjadi perdana menteri ialah Muhyiddin Yassin,” jelasnya lagi.

Menurut Mahathir, Muhyiddin tidak sabar menunggu dan pemimpin itu mahu beliau menolak PH.

“(Kata Muhyiddin kepada saya) masanya adalah sekarang, kita keluar PH dan membentuk kerajaan Melayu.

“Malah kerja sama dengan PAS, saya fikir okay lah, tapi kerja dengan Umno? Kita baru kalahkan mereka dan kerajaan kleptokrat mereka. Kerja sama dengan Najib, musuh, saya tak sanggup.

“Tapi Muhyiddin sanggup kerja sama dengan Najib, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Abdul Rahim, Rosmah (Mansor). Macam mana saya nak kerja dengan mereka, ramai di antara mereka sedang dalam perbicaraan kes rasuah?” Soalnya.

Dr Mahathir juga mengenang peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” yang ingin digunakan di dalam lagu parti ketika mahu menubuhkan Bersatu dahulu.

“Tapi yang berce-rai ialah Muhyiddin.

“Pasal pilih Najib dia boleh jadi PM. Saya dah jadi PM dua kali tak pa lah tak payah pun bukan saya nak yang tu sangat.

“Tapi bila kawan tikam belakang rasa pedih juga, teruk lah,” katanya.

Tegas Mahathir, “dalam politik apabila orang mengkhianati janjinya kesannya tentu buruk.”

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata politik tidak begitu penting berbanding dua cabaran utama yang dihadapi Malaysia sekarang, ekonomi merudum dan penularan wabak Covid-19.

“Negara kita hadapi dua cabaran besar. Ekonomi merosot dan koronavirus. Jangan ambil rendah berkenaan dengan penyakit ini, boleh ambil maut.

“Ini bukan masanya kita nak cari tempat dalam politik. Pasal kita nak hadapi dua cabaran (ekonomi merosot dan koron-avirus) ini memerlukan kita tenang diri,” jelasnya beliau lagi.

Muhyiddin akan jatuh kerana enam orang: Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah oleh mahkamah.

Menerusi catatan di Facebooknya, Dr Mahathir berkata, keenam-enam ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Beliau berkata, kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekali gus akan mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih daripada separuh (111 wakil rakyat).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 iaitu kurang daripada separuh. Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir bagaimanapun memberi bayangan bahawa enam pemimpin terbabit tidak akan didapati bersalah dengan mendakwa keputusan itu akan ditentukan oleh Muhyiddin.

“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan (Tan Sri) Musa Aman juga sudah dilepas.

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin. Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang.


 

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

“Saya pun terkesan dgn tekanan kesihatan” – Dr Noor Hisham mula dedah perkara ini

Published

on

PUTRAJAYA – Memasuki sepuluh bulan be-rperang dengan pandemik Cov-19, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau juga pernah mengalami te-kanan kesihatan.

Pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, beliau juga dihimpit dengan te-kanan sehingga menyukarkannya untuk tidur pada waktu malam.

“Memang (ada te-kanan mental) kalau kita lihat dalam tempoh kelesuan mental dan fizikal bukan hanya mereka di lapangan, di Kementerian Kesihatan pun ada kelesuan dari segi me-ntal dan fizikal.

“Ini adalah kerana kita telah berpe-rang tanpa berhenti untuk tempoh 10 bulan, tidak ada cuti dan setiap hari kita ada mesyuarat, juga ada tindakan setiap lapisan warga kerja KKM menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan mungkin ada yang terke-san iaitu tekanan yang tinggi dan sebagainya termasuk Ketua Pengarah Kesihatan juga tekanan yang amat tinggi.

“Kadang-kadang malam pun tidak boleh tidur sebab pelbagai aktiviti yang kita kena fikirkan bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam sidang media harian di KKM, hari ini.

Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan doktor yang bertugas di Sabah terpaksa mengambil ubat tidur kerana kerja yang berlebih dalam berdepan dengan pandemik Cov-19 selain menghadapi te-kaan mental setelah terlalu lama berdepan dengan vir-us membawa ma-ut itu.

Tambah Dr Noor Hisham, beliau optimis petugas-petugas KKM masih lagi bersemangat tinggi untuk memastikan kes positif Cov19 menurun.

“Mungkin cara kerja kita kena pandai untuk menjalankan penggiliran dan memberi masa untuk petugas kesihatan untuk rehat.

“Ini penting walaupun kita beri masa untuk rehat kadang-kadang tidak boleh rehat tengah malam bangun pukul 3 pukul 4 pagi masih memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengesahkan sejumlah 1,099 pegawai kesihatan di bawah KKM didapati positif Cov19.

Daripada jumlah itu sebanyak 949 kes masih terdapat jangkitan dalam kalangan masyarakat.

“Apabila mereka terdedah dengan kes positif Cov19, kita kena kuarantin mereka untuk tempoh tertentu dan inilah tindakan untuk memastikan keselamatan mereka dijaga,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Menteri Tanya Apa Cadangan Rakyat Untuk Belanjawan 2021 Dari 3 Matlamat Utama Yang Diberi, Tak Sangka Ramai Komen Benda Yang Sama

Published

on

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen 6 pada November ini, mungkin jauh berbeza berbanding tahun sebelum ini mengambil kira lmpak kehadiran pandemlk C0VID 19.

Krisls pandemlk yang bukan sekadar meng0rbankan nywa, tetapi turut menjjaskan struktur ekon0mi itu semestinya mengndang cabran cukup besar bagi kerajaan untuk tampil dengan belanjawan yang benar-benar bersifat inklvsif.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini menyatakan empat teras utama akan menjadi paksi kepada Belanjawan 2021 termasuk sokongan bersasar kepada gol0ngan mudah terjjas akibat pandemlk C0VID 19.

Selain meny0kong industri melalui insentif, tumpuan juga pastinya kepada usaha menyelamatkan nywa dan dalam masa sama mengekalkan mata pencarlan rakyat.

Paling penting, apa inti pati yang perlu dimasukkan dalam belanjawan tahun depan dalam usaha kerajaan mengekang penvlaran C0VID 19, pada masa sama memvlihkan ek0nomi dalam keadaan svkar sekarang ini.

Menerusi hantaran dari laman facebook Tengku Zafrul serta dik0ngsi oleh kementerian kewangan, beliau bertanyakan pada rakyat apakah cdangan untuk belanjawan 2021.

Cdangan tersebut pula berdasarkan pada 3 matlamat utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

Menerusi ruangan komen yang dilihat, rata rata orang ramai memberikan komen yang sama berkaitan permintaan pengeluaran KWSP akaun 1.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najlb Tun Razak berkata semalam, kebenaran itu bertujuan untuk membantv rakyat yang terjejjas bagi kegunaan mndesak.

Najib turut mencadangkan agar perm0honan tersebut boleh dipertlmbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

“Sebab itu, jangan membuat pengeIuaran KWSP jika tiada kegunaan mendessak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.

Antara Komen Yang Diberi

Selain itu, duit kwsp dlm akaun 1 jg boleh dipertimbngkn utk dikeluarkan bg pekrja yg tlh diberhntikn atau pun mn2 individu yg layak iaitu yg mempunyai duit dlm akaun 1 KWSP.

Ini bertujuan, agar duit tersebut dpt digunakan utk tujuan perbelanjaan keluarga selama tempoh PKPB / PKPD.

Sy amat yakin bahawa kerajaan mempunyai slstem data yg terbaik, yg dpt mengesan golongn individu yg masih bekerja ataupun tidak.

Jika masih bekerja, sebaiknya utk mengeluarkan jumlah duit kwsp sebanyak 3 – 5k shj.

Tetapi jika sdh berhnti krja dn x mempunyai pendapatn lain, sebaiknya dikeluarkanlah amaun yg selayaknya itu dari 8k – 10k, rn kvasa membeli skg lebih tinggi dan serba serbi skg memerlukan wang.

Tengku Zafrul,Dato pertimbang kan la cadangan kami untuk pengeluaran accunt 1 yg benar2 layak kerana ia akan dapat membantu kami menampung perbelanjaan rumah dan perniagaan. dato terbaek menteri kewangan semoga terus di beri keslhatan yg baik dan sentiasa di permudahkan segala urusan amin2.

Sumber : BH/TV3/FBTengkuZafrul

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Teman Wanita Dedah Tempat Pertama Alvin Goh Pergi Selepas Panjat Pagar SPRM

Published

on

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang h4ram dan judi dalam talian bersembunyi di sebuah pusat peranginan di Pahang dengan bantuan teman wanitanya yang juga warga China sebelum ditahan semalam.

Menyedari dirinya semakin hampir dik3san polis dan bimbang dit4han menyebabkan Alvin menyewa dua bilik di sebuah pusat peranginan berkenaan mengaburi mata pihak berkuasa.

Tempat Petama Dia Pergi Selepas Panjat Pagar SPRM

Menurut sumber, bilik kedua di tingkat 10 itu baru dipesan suspek sejak kelmarin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas melarikan diri selepas dibebaskan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 11 Oktober lalu.

Sumber berkata, selepas berasakan dia semakin ter4ncam’, Alvin menukar lokasi persembunyiannya di sebuah residensi lain di pusat peranginan itu seminggu kemudian.

“Pada mulanya Alvin dan teman wanitanya mendiami sebuah bilik di tingkat 23A namun semalam (kelmarin) memesan satu lagi bilik lain di tingkat 10 blok yang sama,” katanya.

Suspek dan wanita berkenaan ditahan 1.30 pagi semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, Alvin direman tiga hari bermula semalam selepas mendapat perintah dari mahkamah bagi membantu kes perjudian di Cheras.

“Wanita warga China yang dipercayai teman wanitanya pula akan dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi.

Nik Ros berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung pembabitan dan kegiatan suspek dalam perjudian itu mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam pada itu, Sumber berkata, akaun bank dan syarikat milik Alvin dibekukan SPRM susulan disiasat berkaitan pengubahan wang haram.

Dalam perkembangan lain, katanya, SPRM kini mengumpul bukti kukuh sebelum memanggil individu termasuk artis yang disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram.

“Setakat ini belum ada individu baharu termasuk artis tampil dan SPRM hanya akan memanggil mereka dalam masa terdekat selepas bukti dikumpul dan cukup untuk menyiasat pembabitan mereka,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan suspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sebelum ini anggota polis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjudian atas talian di Cheras.

” Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya”-Suspek Macau Scam

Video penafiannya berdurasi empat minit dan 40 saat dipercayai turut dimuat naik dalam Facebook oleh kenalan Alvin sejurus selepas ahli perniagaan itu diberkas PoIis Diraja Malaysia (PDRM).


 

Dalam video itu, Alvin mengakui tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri serta mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, namun tidak pernah membekalkan kepada sindiket Mcau Scam atau perjuudian atas talian.

Dia turut mendkwa hanya kira-kira RM1 juta wang milik syarikat dibekukan SPRM bagi membantu siasatan.

Selain itu, Alvin mendakwa sepanjang tempoh reman di bawah SPRM, dia memberi kerjasama yang baik ketika siasatan berlangsung.

” Bagaimanapun, ketika hari bebas reman (11 Oktober), saya mendapat tahu mereka yang turut ditahan sebelum ini akan ditangkap poIis di bawah Akta Pencegahan Jnayah 1959.

” Itu perkara yang amat serius, jadi saya bertindak ‘keluar’ dari bangunan SPRM melalui pintu belakang,” dakwanya.

Dalam pada itu, Alvin mendakwa, dia hanya menyedari dirinya diburu pihak berkuasa apabila gambar dan alamatnya didedahkan pada umum.

Ujarnya, perkara itu menyebabkan perniagaannya terganggu serta ramai pekerja berhenti susulan kes berkenaan.

” Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya, mula melakukan pelbagai kerja termasuk pelayan hotel di Bukit Bintang.

” Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana percaya ada undang-undang yang akan membuktikan segala ‘tudvhan’ dilemparkan,” dakwanya.

Svspek Lari Dapat Bantuan

Sebelum ini media melaporkan yang suspek terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri.

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).

“Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.

sumber: hmetro

Continue Reading

Trending