PKP dilanjut hingga 18 Februari, ini keputusan mengenai rentas negeri - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

PKP dilanjut hingga 18 Februari, ini keputusan mengenai rentas negeri

Published

on

PUTRAJAYA: The movement control order has been extended and will be enforced from Feb 5 to Feb 18.

Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said all states except for Sarawak will be placed under MCO.

He said the government has decided to extend it after Health Ministry reported that daily Cov-19 cases in all states remains high and infectivity rates are also high.

“Following this, the National Security Council special meeting has agreed to extend the MCO starting from Feb 5 to Feb 18,” he said.

The current MCO ends on Feb 4.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini, dilanjutkan selama dua minggu bermula 5 Februari sehingga 18 Februari depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media, petang Selasa.

Beliau berkata, PKP itu dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak yang kini dikuat kuasakan PKP Bersyarat (PKPB).

Pengumuman itu dibuat susulan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, rentas negeri masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh

PKPB: Rentas Negeri Bersyarat Dibenarkan Mulai Hari Ini

Boleh tamatkan PKP tapi ketatkan SOP, tiada rentas negeri, kata pakar

KUALA LUMPUR – “PKP tetapi macam tak PKP”. Itulah persepsi dan tanggapan rata-rata masyarakat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.

Isu itu timbul apabila ‘PKP 2.0’ dikatakan tidak begitu berjaya melandaikan kes penularan Cov-19 yang mencecah empat angka setiap hari dengan penguatkuasaannya dilihat amat longgar dan kerana itu ada rasa bimbang jika PKP kali ini ditamatkan, situasi jangkitan Cov-19 dalam negara akan menjadi lebih teruk.

Bagi Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, apa yang lebih penting adalah prosedur operasi standard (SOP) diketatkan agar penularan pandemik itu tidak menjadi lebih parah dan matlamat untuk menurunkan angka kes semaksimum yang mungkin akan dapat dicapai.

“Orang jadi marah sekarang ini kerana walaupun PKP, tetapi SOP tidak tentu hala seperti tiada PKP. Sebenarnya kalau tiada PKP tidak apa tetapi SOP dan pematuhannya adalah yang paling penting bagi melandaikan lengkung penularan,” katanya kepada Bernama.

Pada 25 Januari lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaannya.

Namun keesokannya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hanyalah bayangan yang dibuat oleh Dr Noor Hisham dan keputusan sama ada pelaksanaan PKP lebih ketat atau kembali kepada PKP Bersyarat (PKPB), bergantung kepada keputusan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dr Zainal Ariffin berkata, jika PKP ditamatkan dan PKPB diperkenalkan kembali, perlunya larangan menjalankan perjumpaan sosial beramai-ramai atau apa jua perhimpunan yang melibatkan ramai orang, selain larangan rentas negeri.

“Mana-mana majlis tertutup khususnya seperti makan-makan, kenduri-kendara, sambutan hari jadi yang melibatkan ramai orang tidak seharusnya dibenarkan. Buat seperti negara lain contohnya di Singapura, hanya lima orang sahaja maksimum boleh berkumpul untuk majlis sosial.

“Selain itu, jadikan pemakaian pelitup muka sebagai mandatori iaitu apabila keluar rumah sahaja automatik pakai atau dikenakan tindakan. Penjarakan fizikal juga perlu diutamakan, kalau nampak ramai berkerumun di kedai atau pejabat, ambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, Dr Zainal Ariffin berkata, kerajaan perlu bertindak lebih tegas terhadap industri perkilangan dengan menutup kilang terbabit apabila terdapat laporan bahawa pekerja mereka positif Cov-19.

“Kilang mencatatkan kes yang sangat tinggi, jadi kerajaan perlu lebih bertegas… kalau dahulu bila kes ribu-ribu baru diarahkan tutup, tetapi sekarang ini jika kilang catatkan satu atau dua kes sahaja ia perlu diarahkan tutup sampailah keadaan bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga sepatutnya menyediakan dan menunjukkan kepada rakyat segala strategi mereka untuk melawan Cov-19, sepertimana Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengeluarkan 200 muka surat strategi untuk memerangi Cov-19 pada hari pertama menjadi presiden.

Dr Zainal Ariffin berkata, kerajaan juga boleh melaksanakan PKP bersasar dengan ‘menutup’ negeri-negeri yang mencatatkan kes yang tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Beliau turut mengingatkan meskipun PKP ditamatkan dan diganti dengan kaedah yang lain, namun angka positif diramal tidak akan menurun untuk sekurang-kurangnya 10 hingga 14 hari berikutan tempoh pengeraman Cov-19.

Senada dengan Dr Zainal Ariffin, pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, negara lebih memerlukan PKP secara bersasar, berbanding secara menyeluruh, yang boleh dilaksanakan terhadap sektor ‘panas’ yang telah dikenal pasti.

“Kita sedia maklum akan kesan pelaksanaan PKP terhadap masyarakat, terutamanya dari segi sektor ekonomi dan pada masa yang sama juga, kita perlu menangani wabak Cov-19 dengan bilangan kes empat angka… mengimbangi kedua-dua perkara ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa.

“Pihak berkuasa sudah mengenal pasti beberapa sektor yang menjadi ‘hotspot’ kepada kes Cov-19, maka mungkin boleh PKP disasarkan kepada sektor-sektor ini,” katanya sambil menambah, tempoh 14 hari mungkin boleh dijadikan asas untuk PKP bersasar.

Beliau berkata, sama ada PKP, PKPB atau PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan atau SOP diperketatkan sekalipun, jika kesedaran masyarakat adalah rendah, ia juga tidak akan membantu menurunkan bilangan kes dan seterusnya menyekat penularan wabak Cov-19.

Katanya, PKP adalah usaha fizikal dalam menghalang usaha virus untuk mencari ‘perumah’ (manusia), maka sebab itu semasa PKP kerajaan mengehadkan pergerakan dan interaksi rapat ‘perumah’ agar jangkitan terhadap ‘perumah’ baharu dapat dihalang.

“Kesedaran masyarakat sangat penting dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan ini adalah cabaran yang sangat besar. Kita perlu mengambil contoh masyarakat New Zealand dalam mematuhi SOP dan kita lihat kepada kejayaan mereka. Majoriti masyarakat faham akan peri pentingnya dalam mematuhi SOP tetapi ada juga sebahagian yang tidak, mereka inilah akan mendatangkan masalah,” katanya.

Dr Yahya berkata, oleh itu, vaksin adalah cara untuk menghadapi masalah Cov-19 dalam masyarakat iaitu dengan mewujudkan imuniti kelompok, negara akan mempunyai peluang lebih baik dalam menyekat penularan Covid-19.

Sumber Hmetro/Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

“Kamu mahu ‘dating’ saya ke” Kit Siang tak henti-henti ratib nama Najib, sekali tuan badan masuk komen

Published

on

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang

Najib Razak menyindir Lim Kit Siang berhubung hantaran terbaharu pemimpin veteran DAP itu yang dikatakan kembali ‘obses’ terhadap dirinya.

Dalam hantaran berkenaan, Lim dalam hantarannya memuat naik status membabitkan ‘kesan buruk pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10, sambil turut memasukkan pautan ke blog peribadinya.

Najib kemudian mengulas hantaran itu dengan menyindir Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang sering menyebut namanya berulang kali.

“Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib. Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

“Atau uncle (pakcik), kamu mahu dating (jumpa) saya ke?” katanya.

Dua hari sebelum PRN Melaka, Najib berkata, beliau dijadikan sasaran propaganda seteru Barisan Nasional (BN), walaupun beliau tidak bertanding sebagai calon.

Pada 2019, Najib turut mempersoalkan sikap obses Lim terhadap dirinya selepas sering mengeluarkan kenyataan membidasnya walaupun ketika itu Ahli Parlimen Pekan itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu, Najib memberi reaksi terhadap dakwaan Lim yang mengatakan bekas Presiden Umno itu sedang mengukir jalan kembali menjadi Perdana Menteri susulan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Beberapa hari lalu, Najib berkata, beliau mendapati obsesi Lim terhadapnya menakutkan, kerana nama beliau disebut sebanyak 11,000 kali dalam blog peribadi Lim.

Lim, bagaimanapun, menolak dakwaan Najib itu, dan mengatakan Najib tidak boleh “disalahkan lagi”.

Katanya, beliau tidak akan berminat bercakap berkenaan Najib sekulumit pun sekiranya Najib tidak menjadi satu-satunya rakyat Malaysia “yang melakukan kerosakan terbesar kepada Malaysia termasuk generasi kini dan masa depan dengan legasi kleptokrasinya”. FMT

Beriktu beberapa post terkini di laman Fcebook Lim Kit Siang berkenaan Najib Razak

Uncle masih tak henti-henti untuk ratib nama saya.

Kali ini, dia tanya saya kenapa saya tak malu dan begitu tamak nak minta rumah bernilai RM100 juta.

(Kali ini dia guna gambar yang saya bergaya. Mungkin Uncle sudah minat saya kot.)

Eh… saya dah jawab banyak kali. Kamu tak faham ke?

Saya mohon tahun 2018 bawah akta kerajaan yang dipinda boss kamu Mahathir.

Saya diberi 3 bidang tanah untuk pilih. Keluarga saya pun pilih satu.

Nilai tidak diberitahu kepada kami dan nilai itupun adalah dari portal pro-PN.

Namun saya sudah tolak kediaman itu sebab tidak mahu dijadikan isu. Keputusan ini muktamad.

Mai kita ceritakan tentang siapa yang tamak.

Apabila hakim (yang telah ditukar PH dari mahkamah sivil selepas perbicaraan kes SRC saya berjalan) menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada saya , dia tak kata saya songlap RM42 juta.

Dia bersetuju wang itu bukan digunakan untuk peribadi saya atau keluarga tapi dia kata ianya bukan hak saya untuk sedekah.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Saya tak songlap. Saya beri semua pada Rakyat melalui pelbagai program dan saluran.

Seperti didedahkan oleh SPRM dan pegawai bank dalam perbicaraan SRC, dana RM645 juta yang diterima terus dari Menteri Kewangan negara Arab Saudi kepada akaun saya, saya juga beri segalanya kepada Rakyat.

“Najib terima RM642 juta dari Arab Saudi”

https://www.bharian.com.my/…/najib-terima-rm642-juta…

Termasuk untuk membantu banjir besar tahun 2014 di negeri-negeri timur semenanjung Malaysia dan juga memberi kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan untuk imam, tahfiz dan semua pegawai Masjid di lebih 7 ribu masjid seluruh Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2011 ke 2014.

“Kenyataan Jakel mengenai dakwaan terima wang 1MDB”

https://www.astroawani.com/…/kenyataan-jakel-mengenai…

Jika saya tamak, saya dah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah Atok di The Mines, projek kroni kamu. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada Rakyat.

Tapi saya tak buat begitu pun.

Jika saya nak songlap, kenapa saya tak songlap pula RM645 juta yang diberi kepada saya tapi saya sanggup tunggu 4 tahun setelah saya sokong KWAP meminjam kepada SRC pada tahun

2011 untuk “songlap” RM42 juta dengan memberinya kepada Rakyat?

Sebab itu, saya nak tanya Uncle.

Adakah RM209 juta sudah dibayar Guan Eng sebagai sebahagian bayaran RM305 juta giler mahal untuk kos membuat laporan projek terowong itu juga sedekah kepada syarikat kroni terowong?

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang

Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib.

Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

Atau Uncle, kamu mahu dating saya ke?

Another photo and post about me, Uncle?

How many days consecutively have you been writing articles about me?

Why have you not written anything about other matters that involves justice and corruption?
Such as:

1) The boss of a public listed property development company falling 17 floors to his death just a month before he was due to testify as a main witness in your son’s corruption trial – just like how you used Teoh Beng Hock for over a decade?

2) MACC confirming a few days ago that the famiy of the former governor whom your govt made Council of Elders had returned RM65 million out the close to RM700 million that they received from Jho Low?

Are you not concerned about these two recent cases? Why the absolute silence?

If you are so obsessed with me, should Guan Eng has another son please name him 林纳吉.

sumber: FB Lim Kit Siang

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Khabar duka, Muhammad Munzir mennggal dunla kemaIngan selepas lulus ujian menunggang motosikal

Published

on

Pelajar Terbaik STAM 2020 Kedah Maut Dalam Kemalangan

Baling: Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kedah 2020 maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan Charok Nau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, berasal dari Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang,

dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa yang juga bekas pelajar Yayasan Khairiah, Kupang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Shamsudin berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa melambung dan jatuh di laluan bertentangan selain parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dapat dilakukan.

“Pemandu MPV berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang dilaporkan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber HarianMetro dan media sosial

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The TheBerita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Gadis OKUKecewe Dgn Layanan Pekerja Restoran Terkenal. Ini Respon Balas Pihak Berkenaan

Published

on

#Gambar KFC Bukan Lokasi Sebenar. Hanya Sekadar Hiasan

Satu video yang memaparkan seorang wanita yang kelainan upaya membuat aduan terhadap KFC telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama aira_meor itu memaparkan luahan hatinya atas pengalaman tidak dapat membeli makanan di restoran KFC secara pandu lalu.

Susulan daripada tularnya video tersebut, pihak KFC telah memberikan respon balas.

Pihak KFC menerusi ruangan komen video itu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah berkongsikan berkenaan insiden itu.


Pihak KFC juga turut memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya

Tambahnya lagi, mereka akan berusaha memperbaiki servis mereka dan akan lebih peka untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang.

Mereka juga sempat untuk memohon maaf bagi pihak kru restoran yang berkaitan dengan insiden berkenaan.

Mengimbas kembali luahan yang dibuat wanita berkenaan, dia berkongsi pengalamanya yang mahu membuat pembelian KFC secara pandu lalu.

 

Semasa dia sampai sahaja ke skrin, dia telah disapa oleh pekerja restoran tersebut bertanyakan pesanan yang mahu dibuat. Bagaimanapun, dia tidak dapat menjawab pertanyaan pekerja itu.

Namun katanya, berdasarkan pengalaman lalu, pekerja yang dikenalinya pernah memberitahu bahawa dia boleh terus membuat pesanan di pass screen.

Apa yang perlu dibuat hanyalah menulis atau menunjuk sahaja mana menu yang dia mahukan kepada pekerja tersebut.

Dia bagaimanapun menghadapi masalah kali ini ketika ingin membuat pembelian secara pandu lalu di cawangan KFC.

Katanya, dia mendakwa diminta untuk masuk ke kaunter untuk membuat pesanan kerana staff tidak dapat menerima pesanan yang ingin dibuatnya melalui pass screen.

Ekoran itu, dia merasa kecewa kerana sudahpun menyediakan gambar menu yang hendak dipesan di dalam telefonnya kerana menyangka boleh membuat pesanan menggunakan cara yang sama seperti sebelum ini.

Disebabkan itu, dia telah membuat video tersebut untuk menyatakan kekecewaannya berkenaan insiden berkenaan.

Dia pun terus meninggalkan restoran berkenaan tanpa memesan sebarang makanan.

Di akhir video berkenaan, dia juga meminta agar pihak KFC dapat menaik taraf skrin pesanan mereka supaya dapat mesra OKU.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 500 ribu kali.

VIDEO:

Sumber : Siakap Keli

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending