PM Umum 15 Pakej Bantuan Terkini Paling Dinantikan Rakyat, Tak Sampai Seminggu Selepas PKP Dilaksanakn - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

PM Umum 15 Pakej Bantuan Terkini Paling Dinantikan Rakyat, Tak Sampai Seminggu Selepas PKP Dilaksanakn

Published

on

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat Pengumuman Pakej Bantuan Khas sebentar tadi.

Muhyiddin mengumumkan pakej bantuan itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang dilaksanakan di negara ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.

Dalam ucapannya itu, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Muhyiddin berkata, pakej berkenaan bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

” Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama.

” Matlamat itu ialah memerangi wabak COVlD-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya ketika pengumuman pakej bantuan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan menyediakan dana tambahan RM1 bilion merangkumi RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain.

Katanya, penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta kelengkapan perlindungan diri (PPE) terutama kepada petugas kesihatan

Muhyiddin berkata, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.

Antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri:

1) Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini

2) Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta

3) Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini

4) Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini

5) JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak

6) Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021

7) Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan

8) Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

9) Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac

10) Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor

11) Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

12) KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir

13) Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja

14) Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang

15) Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.

Sumber:hmetr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Khabar duka, nelayan hilang semalaman ditemui mennggal dunia jatuhLemas ketika basuh muka

Published

on

SABAK BERNAM – Kehilangan seorang nelayan yang terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar di sini terungkai apabila mayatnya ditemui malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui bomba dan orang awam pukul 11.45 malam.

GAMBAR DI BAWAH SEKALI

“Mayat berkenaan berada pada jarak kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh di kedalaman dua meter sebelum ditemui di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Hafisham berkata, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar, di sini petang semalam.

Sumber Kosmo

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Iqbal Dkwa Caprice Minta Untuk Buat Lagu Memang Tak Masuk Akal Siap Suruh Buat Perkara Memalukan Diri

Published

on

HASRAT usahawan Ahmad Iqbal untuk bergelar penyanyi hampir terbantut apabila komposer dan penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi bagi sebuah lagu ciptaannya.

Malah Iqbal turut menyifatkan penyanyi lagu Takda Hal Bro itu seorang yang berlagak selain meminta dia melakukan perkara yang mengarut dan memalukan diri.

“Caprice ni poyo, syok sendiri… saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Caprice kata dia nak harga RM600,000 mengarutkan?” ujarnya kepada mStar.

iqbal 2

Perkongsian Iqbal di Instastory miliknya.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram memberitahu sudah menghubungi kumpulan Floor88 bagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuknya.

Iqbal turut berkata, dia meletakkan harapan untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Datuk M Nasir yang sudah pasti mencapai standard yang diharapkan.

“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia letak harga market dan standard semasa… tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Dia jujur dengan saya dan pernah tolong saya masa dekat Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M. Nasir, baru ada standard,” ujarnya.

Iqbal bakal mengeluarkan single hasil kerjasama dengan Eric Floor88.

Sementara itu bercerita lanjut tentang projek lagu berkenaan, Iqbal berkata dia kini sedang mengikuti kelas vokal sebagai persediaan sebelum memasuki studio.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune namun tidak la macam penyanyi hebat. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal.

“Sekarang saya ikut kelas dengan seorang guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu,” ujarnya.

Terdahulu,

Iqbal tawar RM500,000 cari individu boleh buat lagu

Nama Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya.

Menerusi perkongsian Iqbal di dalam laman sosial Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera dengan menawarkan kos sebanyak RM500,000.

“Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos yang rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja,” katanya semalam.

Kata Ahmad Iqbal, ibunya merupakan seorang penulis lirik album nasyid juara kebangsaan dan dia juga pernah dinobatkan sebagai juara nasyid di negeri Kelantan, seterusnya naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan ‘founder’ lain asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah menjadi juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Ibu saya penulis lirik album nasyid kebangsaan, di universiti juga ada subjek khas penulisan lagu, saya akan buktikan saya boleh walaupun sedar diri ini bukan seorang penyanyi profesional. Saya sentiasa percaya kerja keras akan membuahkan hasil,” ujarnya

Iqbal ‘reject’ idea Caprice buat lagu hip hop, pening pilih komposer ikut bajet RM500,000 – “Wakil komposer Indonesia Ifan Seventeen juga ada hubungi saya”

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli terkejut dan tidak menyangka ramai komposer popular dari Malaysia dan Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuknya.

Menurut Iqbal, 27, dia keliru dan masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu berkaitan ‘kisah tak jadi kahwin’ dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu.

“Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan… ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

“Tadi saya baru mesej dengan Caprice, dia pun nak buatkan lagu tapi lepas berbincang macam tak sesuai pula sebab dia nak buat lagu macam hiphop atau dangdut… sedangkan saya mahu lagu jiwang tangkap leleh fasal putus cinta.

“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang nak dikeluarkan,” katanya kepada mStar.

iqbal 3

Iqbal tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu pertama.

Pada Isnin, bekas pembantu peribadi Vida ini menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya dalam kadar segera.

Mahu mencuba bidang nyanyian, Iqbal berkata tujuannya adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan dan sejarah untuk rakyat Malaysia.

Saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini!

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati semua rakyat Malaysia… mungkin dengan lagu itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.

“Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

iqbal 4

Iqbal mahu nyanyi lagu mengenai kisah cintanya dengan Vida.

“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” ujarnya.

Nama Iqbal sebelum ini menjadi sebutan apabila kisah cinta dan perkahwinannya dengan Vida menjadi perbualan netizen.

Bagaimanapun, perancangan mereka itu tidak kesampaian apabila dihalang oleh orang sekeliling dan anak-anak.

Sumber Mstar

Kredit Artikel: Hit Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Jumpa bakal ibu mentua, penampilan gadis ini ditegur warganet

Published

on

Bagi golongan perempuan yang ingin bertemu bakal mentua buat kali pertama, pasti timbul perasaan gement4r apabila memikirkan reaksi balas mereka sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Selain tingkah Iaku, penampilan juga perlu dititikberatkan kerana ‘first impression’ itu penting bagi ‘orang tua’ untuk menilai perkara yang terbaik kepada anak mereka.

Bagaimanapun, seorang gadis ini menerima pelbagai teguran warganet berhubung penampilan yang dikatakan kurang sesuai ketika dibawa ke rumah bakal ibu mentua oleh teman lelakinya.

“Dia bukan yang pertama (dalam bercinta), tetapi dia orang pertama yang aku perkenalkan kepada mama,” tulis teman lelakinya @kandarr__ menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Rakaman pendek berdurasi tujuh saat itu memaparkan gadis tersebut yang dikenali sebagai @pikot.___ duduk bersila dipercayai sebelum menikmati juadah bersama keluarga teman lelakinya.

Meninjau ke ruangan komen, hampir semua warganet menyentuh mengenai penampilan gadis berkenaan yang mengenakan hijab, baju yang didakwa seperti ‘inner’ serta berseluar hitam.

Rata-rata meluahkan rasa segan selain tidak sanggup memakai pakaian seperti itu apatah lagi perlu bertemu dengan ibu bapa kekasih sendiri kerana bimbang sekiranya cinta ditolak gara-gara penampilan kurang sopan.

Tidak membiarkan teman wanitanya terus menjadi buah mulut ramai, @kandarr__ meninggalkan satu komen mengenai penampilan gadis terbabit dengan mengatakan sesi pertemuan itu tidak dirancang.

Benda tak rancang nak jumpa

Sehingga kini, video berkenaan meraih 2.3 juta tontonan serta hampir 183,000 tanda suka dalam kalangan pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @kandarr__

Via omm

Kredit Artikel: IHANGAT MEDIA

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending