”Rugi Ratusan Ribu Ringgit Kerana C0vid-19”-Nabil Ahmad - Rentas Asia
Connect with us

Entertainment

”Rugi Ratusan Ribu Ringgit Kerana C0vid-19”-Nabil Ahmad

Published

on

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan, ramai yang terjej4s pendapatan termasuklah pengg1at seni apabila segala aktiviti hiburan terp4ksa ditangguhkan bagi membendvng pand3mik C0VID-19.

Pengacara Nabil Ahmad berkata dia juga berdepan kervgian ratusan ribu apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan itu. Malah, tawaran persembahan dari Mac lalu sehingga Disember depan telah dibatalkan pihak penganjur.

“Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Malah, pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara hiburan dari Mac hingga Disember, semua dib4talkan.

“Ada lebih 20 acara dib4talkan dengan kervgian yang harus saya tanggung memb4bitkan ratusan ribu ringgit.

“Namun, mujurlah kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau morat0rium, sekurang-kurangnya tidaklah memberi beb4n untuk saya melunaskan komitmen,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Nabil tetap meluahkan rasa syukur kerana dia masih mempunyai pekerjaan dan segalanya kembali pulih selepas PKP. Namun, Nabil berkata akibat PKP dua pekerja syarikat produksinya terp4ksa dih3ntikan perkhidmatan.

“Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rent4k bekerja semula.

“Sekarang ini, syarikat produksi saya ada seorang pekerja sahaja untuk memantau kerja yang tertangguh. Namun, Insya-Allah kita doakan semoga ekonomi negara semakin stabil,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entertainment

nasihat bekas isteri kedua Da’i Farhan kepada kaum hawa dalam rumah tangga

Published

on

Bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin menasihati kaum hawa agar jangan hanya melihat pengorbanan isteri lebih besar dalam rumah tangga sebaliknya cuba bersikap sama rata.

Menurut Dr. Erin lagi, tanpa lelaki, wanita tidak boleh menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

“Wahai Hawa jangan lah kita menjadi wanita yang hanya ingin orang melihat pengorbanan kita sahaja..

“Tanpa Adam yang sudi memperisterikan kita belum tentu kita menjadi permaisuri dan tanpa suami belum tentu kita merasa menjadi seorang Ummi (Ibu).

“Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumahtangga ni..”katanya.

“Gaduh Paling Lama 6 Bulan Je, Lepas Tu Rujuk Balik…”- Bekas Isteri Da’i Farhan

Dr. Erin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Tambahnya lagi, pasangan suami isteri kebiasaaanya tidak akan mengambil masa yang lama untuk bergaduh dan paling lama hanya enam bulan sahaja.

“Laki bini yang dok gaduh ni paling lama 6 bulan je, ada yang dah rujuk balik dah pun tapi netizen yang dok maki hamun kutuk sampai lebam tu bawak dosa sampai liang lahad. Kiamat esok nak kena cari mereka yang kita kutuk. Berbaloi ke?

“Kita mudahkan orang lain Allah mudahkan kita. Hidup baik-baik dalam kasih sayang, saling mendoakan dan memahami apa yang harus terjadi tetap akan terjadi walaupun kita tak reda dan tak rela..

“Beralah bukan erti mengalah. Mengalah bukan bererti kalah,” tegasnya.

Dr Erin sebelum ini mendakwa sudah diceraikan pada 27 April 2020 oleh Da’I Farhan.

Kisah hubungan pasangan tersebut mula mencuri tumpuan apabila Da’i Farhan mengakui membuat keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah selepas didatangi 18 wanita.

Ia menjadi hangat apabila Da’i Farhan dilaporkan sanggup menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Entertainment

Tiada Syarikat Juta Juta. Pegang Watak LeIaki Lembut, Lakonan Que Haidar Beri Kesan Mendalam Pada Penonton

Published

on

Penampilan pelakon berbakat besar, Que Haidar dalam telefilem Pencipta Pegang Waktu sempena hari raya Aidiladha membuatkan penonton meIekat di depan kaca televisyen.

Pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar itu memegang watak sebagai Zakree (Zee) iaitu seorang pemuda kampung yang ‘Iembut’ dan pandai menjahit.

Zee berusaha sedaya upaya bagi membuktikan kepada abangnya (Khir Rahman) mengenai kejujuran dimana dia tidak membeIakangkan agama, apatah lagi mempunyai bapa (Jalil Hamid) seorang bilal di kampung.

Tinjauan di laman Twitter mendapati ramai penonton berkongsi pelbagai reaksi dimana rata-ratanya memuji lakonan mantap aktor berusia 41 tahun itu selain karya yang bernilai diterbitkan oleh pihak produksi.

Hasil kerja yang berkualiti

Kau memang mantap

Telefilem arahan pengarah Zainorhisyam Samudin itu turut dilakonan oleh Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Azman Hassan dan Haidin Nasir.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Entertainment

Siap pakai alat pengesan, Imam Muda Syed Faris mahu ambil anak

Published

on

KUALA LUMPUR: Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat.

Bukan sekadar meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu didakwa memberi nafkah tidak mencukupi.

Guru sekolah tadika di Puchong itu mendakwa, bekas suami mahu mengambil lima cahaya mata sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya, Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014.

“Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui BH Online.

Ibu kepada lima cahaya mata berusia 8 bulan hingga 12 tahun itu berkata, apa yang membuatkan dirinya membulatkan tekad untuk berpisah dengan bekas suami kerana enggan kehilangan keluarga.

Tidak tahan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu.

“Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.

“Ibu tidak mahu saya terus menderita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.

“Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini,” dakwa Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.

Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP,” dakwanya.

Katanya, dia tak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami bertindak sedemikian.

“Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” dedah Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.

“Saya kenal isteri baharunya itu. Dia pernah datang menumpang tidur di rumah kami.

“Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami selama seminggu.

“Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena,” dakwanya.

Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP

sejak membuat pengakuan berkahwin.

“Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.

Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya,” dakwanya.


Nur Hidayu Rosly mendakwa bekas suami, Imam Muda Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga dia dan anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Foto Nur Hidayu Rosly

Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.

“Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.

“Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dakwanya.

Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib,” katanya.

Sementara itu, Syed Faris ketika dihubungi enggan mengulas lanjut atas alasan sedang bekerja.

Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan

Berikut reaksi dari netizan

“Allah akan gantikan dengan kehidupan yang lebih baik…. Lelaki, dia akan putar untuk menutup dosa yang dilakukan. Jangan takut pd ugutan kerana kita ada jalan penyelesaian ikut undang-undang. In Shaa Allah, akan dimakbulkan doa isteri teraniaya dan semoga diberikan ketabahan dan dipermudahkan semua urusan.

“Sedih memanglah sedih. Tapi saya tidak rasa keputusan puan untuk berpisah dgn bekas suami tu silap. Allah memberikan kita akal, fikiran dan hati yang waras. Ujian Allah juga dlm pelbagai bentuk. Sayangilah diri sendiri puan. Saya percaya, jika bekas suami kasihkan keluarga. Dia tidak akan tergamak membuat onar ni puan. Bangkitlah demi anak2. Yakinlah Allah tidak akan menguji setiap hambaNya, melainkan mengikut kemampuannya. Pasti ada hikmahnya puan. Tiada daya dan upayaku melainkan dgn keizinan Allah.

“Ustaz akhir zaman…dh x kenal dosa pahala..Allah sedih nasib isteri dan anak2 yang di abaikan…tp isteri baru juga harus di persalahkan krn kacau rumahtangga org dan ustaz juga bersalah krn curang di belakang isteri…bertabah lh isteri anak2 krn Allah ada bersamamu…

“sakit gila hati aku baca, Semoga Allah swt berikan puan setinggi tingginya kesabaran untuk didik kelima lima anak, dan untuk ustaz pencetus kemarahan ni, hidup hang xkn senang atas apa yg hg buat kat bini n anak hg ni tau..

Continue Reading

Trending