Selepas 10 hari, Mat Dan masih pilih nama anak - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Selepas 10 hari, Mat Dan masih pilih nama anak

Published

on

Kuala Terengganu: “Saya dan isteri sedang memikirkan nama paling sesuai untuk anak kedua kami,” kata Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Isteri Mat Dan, Nadifa Adnan, 32, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.23 kilogram (kg) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada 10.55 pagi 7 November lalu.

Mat Dan berkata, dia dan isterinya masih tercari-cari nama sesuai untuk diberikan kepada anak keduanya itu.

“Anak sudah berusia 10 hari, tapi kami masih dalam proses memilih nama terbaik dan paling sesuai untuk anak kedua ini dan sampai sekarang, saya tidak dapat menjawab jika ada yang bertanya mengenainya.

“Beberapa nama ada di dalam senarai, tetapi saya dan isteri perlu merujuk nama itu dengan ustaz terlebih dahulu bagi mengetahui maknanya,” katanya.

Mat Dan berkata, isterinya dijangka melahirkan anak kedua itu pada 23 November, tertapi bersalin awal dua minggu iaitu sama seperti melahirkan anak pertama dahulu.

Menurutnya, kali ini dia tidak sukar menguruskan isteri dan bayi kerana sudah mempunyai pengalaman ketika menyambut anak pertama dahulu.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, isteri sihat dan masih berpantang manakala anak tidak mengalami sebarang masalah.

“Ibu saya, Nicola Tyler, 56, dan bapa, Kevin Tyler, 62, teruja menerima kehadiran cucu kedua mereka, tetapi mereka berada di London dan tidak boleh datang ke sini buat masa ini.

“Ibu dan ayah sudah setahun tidak berjumpa kami sekeluarga dan diharap masalah Cov-19 itu cepat-cepat reda supaya kami dapat berjumpa semula,” katanya.

Mat Dan dan Nadifa sebelum ini dikurniakan anak pertama, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Ini Yang Terjadi Kepada Mak Cik Selepas Ditegur Oleh Penguatkuasa

Published

on

PASIR MAS – Seorang wanita warga emas hilang selera makan selepas terkejut melihat sekumpulan anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di sebuah premis di Tendong di sini malam tadi.

Warga emas berkenaan menerima amaran daripada anggota penguat kuasa supaya tidak lagi berkunjung ke premis perniagaan atau pasar raya.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) golongan berisiko terutama warga emas tidak dibenarkan untuk berkunjung ke lokasi tersebut dibimbangi mudah terdedah dengan pandemik Cov-19.

Peraturan itu juga turut terpakai kepada kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun.

Operasi bersepadu pematuhan SOP itu melibatkan Polis, Jabatan Kesihatan Daerah Pasir Mas, Majlis Daerah Pasir Mas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) Pasir Mas.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Seorang lelaki berusia 40 tahun dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.
Seorang lelaki berusia 40 tahun dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Terdahulu, operasi bersepadu itu melibatkan beberapa premis perniagaan makanan di sekitar Pasir Mas.

Tinjauan Sinar Harian ketika operasi bersepadu itu dilakukan masih ada dalam kalangan orang ramai mengambil mudah pematuhan SOP.

Sebanyak empat kompaun dikeluarkan kepada orang ramai dalam operasi tersebut.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 40 tahun dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka.

Ketika kejadian lelaki berkenaan berada di sebuah kedai makan yang hanya terletak di hadapan rumahnya.

Ketika ‘diserbu’ anggota penguat kuasa, lelaki itu memberikan alasan dia terlupa untuk memakai pelitup muka.

Operasi selama dua jam tersebut, memperlihatkan rata-rata orang ramai yang dikenakan kompaun memberikan alasan mereka lupa untuk pakai pelitup muka, menulis nama atau menggunakan aplikasi MySejahtera.

sumber sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

i-Sinar Dah Boleh Mohon Dan Dibuka Kepada Semua Golongan Terjejas. Ini Tarikh Boleh Apply

Published

on

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020.

Kriteria kelayakan bagi Kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji

“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

“Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

KWSP berkata, bagi Kategori 2 pula, ia adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Najib Razak Akan Bantu Rakyat Berjuang Demi Akaun Satu KWSP. Ini Komen Padu Najib

SHAH ALAM – Ramai rakyat meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengenai dua kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, tindakan yang dibuat oleh pihak KWSP amatlah tidak wajar kerana duit KWSP itu sebenarnya hak milik rakyat.

Menurutnya, pihak KWSP sepatutnya membenarkan semua pencarum mengeluarkan RM10,000 secara pukal tanpa meletakkan syarat sedemikian.

“Kalau mereka nak keluarkan RM10,000 terpulang lah kepada mereka. Kalau mereka tak perlu, mereka tak kan berbuat demikian.

“Jadi, kita mesti percaya kepada pencarum bahawa ini adalah dana mereka sendiri. Hidup mereka juga amat tertekan dan ada yang perlukan duit ini untuk kecemasan kini,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan benar-benar prihatin dan peka dengan tuntutan rakyat, maka pihak mereka perlu mengubah dan melakukan penambahbaikan terhadap pengumuman yang dibuat oleh pihak KWSP semalam.

“Saya akan terus memperjuangkan hasrat rakyat dan pada saya kalau kerajaan masih mengekalkan syarat-syarat yang ketat ini, maka saya yakin perkara ini akan mengundang kemarahan rakyat secara berterusan,” kata beliau lagi dalam hantaran tersebut.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan berkata, kriteria bagi kategori satu meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Kriteria bagi kategori dua pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Trending