Selepas umum darurat, PM sempat beri amaran tegas kepada pihak ini - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Selepas umum darurat, PM sempat beri amaran tegas kepada pihak ini

Published

on

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau bukanlah tidak berniat untuk tidak membuat pilihanraya umum (PRU) pada ketika ini.

Namun katanya, disebabkan penularan wabak Covid-19, maka dalam prinsip Islam, menjaga nyawa adalah satu kewajipan.

Katanya lagi, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa C0vid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan PRU selamat diadakan.

Amaran keras PM – tindakan t3gas pada pihak ganggu usaha kerajaan

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi amaran keras kepada pihak yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

“Saya memberikan am4ran k3ras”

“Sesiapa yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan untuk menguruskan C0vid-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi keselamatan rakyat dan negara,” katanya dalam pengumuman khas pengisytiharan darurat hari ini.

Selepas dibidas kerana cadang PRU, Ahmad Maslan tampil mempertahankan pendiriannya

Selepas dibidas kerana mencadangkan pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika wabak Covid-19 masih melanda negara, Ahmad Maslan tampil mempertahankan pendiriannya.

Menurut Setiausaha Agung Umno itu, apa yang dicadangkan ialah PRU diadakan selepas banjir reda dan vaksinasi Covid-19 telah dimulakan ke atas penduduk di negara ini.

“Saya sebut PRU jika banjir selesai, vaksin dah dimulakan.

“Kempen (PRU) guna media sosial,” katanya menerusi laman sosial Twitter hari ini.

Ahmad berkata dia juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa PRU boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Saya sebut SPR nyatakan dalam (Akhbar) #Sinar dan #Star, OK PRU dengan SOP yang ketat.

“Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat,” katanya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata Malaysia akan melakukan vaksinasi dalam tempoh kurang 18 bulan bermula Februari ini setelah ketibaan bekalan pertama vaksin Covid-19.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan bahawa negara ini dijangka merekodkan peningkatan jumlah kes Covid-19 sehingga 8,000 kes sehari pada akhir Mei, jika kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) berterusan pada 1.1.

Minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk yang mengakibatkan banjir, khususnya di Pahang dan Johor akan berakhir dalam tempoh terdekat, sama ada pertengahan atau minggu ketiga Januari.

Secara keseluruhan, MetMalaysia menjangkakan Monsun Timur Laut akan berakhir pada pertengahan atau minggu ketiga Mac.

Kelmarin, dalam satu program bersama Umno Perak, Ahmad berkata dia ditunjukkan temu bual media dengan seorang pemarut kelapa yang tidak bersetuju PRU diadakan ketika wabak Covid-19 masih melanda.

Jawab Ahmad, banyak negara sudah melakukan pilihan raya, antaranya Amerika Syarikat dan Singapura, malah pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah juga diadakan ketika wabak melanda negara ini.

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” kata Ahmad.

Tindakan pemimpin Umno itu membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) diselar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Lim, kenyataan Ahmad itu adalah suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa C0vid-19 masih meng4ncam rakyat negara ini.

Bukan R4mpasan Kuasa Tentera

Pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ini bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat.

Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Perintah Berkurung Tidak Akan Dilaksanakan – PM

“Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang juga akan berfungsi.

“Daripada segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh YDPA dari semasa ke semasa.

“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Makcik Ini Dicari Selepas Dikatakan Ambil Duit Seorang Uncle Dekat Mesin CDM, Bila PDRM Semak Lain Pula Yang Jadi

Published

on

KUALA SELANGOR – Polis masih menjalankan slasatan lanjut berhubung kejadlan tular seorang wanita mengambil wang tunai RM 150 yang dit.endang dari mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Bestari Jaya di sini pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, slasatan awal polis mendapati wanita terbabit tidak mengambil duit t.endang seperti yang did.akwa.

“Pihak bank atau orang awam tidak nampak wanita itu mengambil wang terbabit.

“Wang yang dimasukkan hanyalah RM 150 bukan seperti yang tular berjumlah RM 4,950,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, tular gambar wanita terbabit kononnya mengambil wang milik lelaki warga emas yang dit.endang CDM sebuah bank.

Seorang pengguna Facebook memuat naik status meminta orang ramai mengesan wanita seperti di dalam gambar yang tular terbabit.

“Laporan polis telah dibuat untuk slasatan lanjut,” katanya.

Reaksi Orang Ramai

Ade knl org ni..dia pg cdm nk klurkan duit..sbelum masukkan kad bnk tu, tiba2 ade duit terklur dr cdm tebal betul katanya fikir punya fikir tgk kiri knan, baru nk ambik duit yg terklur dr cdm tu, duit tu kena telan balik..skli tgok lg ade cctv atsa kepla dia.

Pernah dulu jadi org don duit dia kna.te.ndang pkai cdm mesin dkt bank islam nilai..saya sorang jer pulak tu blkg.dia.isshhh naaib baik x tgamak nk amik..ada lebih 1k ..trus kejar kakak tu bg balik duit.dkt dia..bukan rezeki kuta jgn amik.

Aku pernah que blkg seorg ppuan masa dpn atm.boleh2 saja dia cek baki duit lps tu tinggal mcm tu ja.aku tengok baki 17,000.aku panggil dia x dgr2.aku tekan BATAL je dan kad tu klua aku bagi dkt security dan bgtahu org lupa kad.masa nk pegi kat parking keta.aku tengok ppuan tu berlari dgn x tentu psl dr parking ke mesin atm tu semula.mesti dia bru ingat..dan fikir org dh klua kan duit.

Itu sebab, jangan mudah percaya apa yang kamu baca dari sumber yang tidak disahkan benar atau tidak. Guna kebijaksanaan yg dikurniakan itu baik-baik.

Kredit : SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Ini Yang Isteri Shuk Nampak Selepas Dikatakan Kantoi Kali Kedua Bermain Kayu Tiga

Published

on

Episod pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.

"Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami.

“Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Jelas Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.

“Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

Anda boleh lihat antara luahan tersebut di bawah.

Pada masa sama Gempak cuba menghubungi Shuk sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi selepas didakwa dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Isu Harimau Menangis Ibu Neelofa Mendapat Perhatian Tunku Azizah. Ini Komen Raja Permaisuri Kepada Noorkartini

Published

on

Kalau sebelum ini isu daging harimau menangis mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen apabila ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa, jenama daging Harimau Menangis itu telahpun didaftar sebagai hak eksklusifnya namun, menarik semula permohonan tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu hantaran menerusi akaun instagram baginda menjelaskan mengenai bahagian daging lembu yang dipanggil sebagai “Daging Harimau Menangis”.

“Noor Kartini TIDAK SALAH cuma…”

Menurut baginda, tindakan Datin Noor Kartini untuk mempatenkan jenama Daging Harimau Menangis itu tidak salah cuma perlu memberikan nama masakan itu.

Malah, baginda berharap agar penjelasan ini dapat difahami oleh semua orang termasuklah netizen dan followers baginda.

“Saya harap semua faham dan terima penjelasan saya… mungkin orang muda tidak tahu, tapi kalau tanya orang tua dia tidak salah!Cuma saya nak tahu, tetel tu dari bahagian mana… is it the belly?”

Baginda Permaisuri Agong juga sempat memuat naik menerusi entri berikutnya dengan berkongsi bahagian daging lembu yang dipanggil daging harimau menangis.

” pokok nya yg saya nak jelaskan, memang ada bahagian lembu yg di panggil harimau menangis …… saya ingat sama dgn daging tetel… kalau sy salah , minta maaf …. “ tulis baginda.

Sumber : XTRA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending