Selepas ‘Unfollow’ IG Menantu, Luahan Rozita Tentang Sikap Sebenar Shahida Masa Bujang Diungkit - Rentas Asia
Connect with us

Malaysia

Selepas ‘Unfollow’ IG Menantu, Luahan Rozita Tentang Sikap Sebenar Shahida Masa Bujang Diungkit

Published

on

Sedang Malaysia kini risau dengan keadaan semasa, petugas kesihatan bertungkus lumus siang dan malam memikirkan pesakit CoV-19. Masalah keluarga Aliff Syukri terus dipersembahkan di media sosial tanpa henti. Datuk Aliff Syukri juga antara pemberi bantuan untuk CoV-19 dinegara kita dengan memberi bantuan kepada petugas kesihatan dan frontliner yang lain.

Mereka kata saya ni “Menumpang Senang”, ada juga yang ada saya “Tidak Sedar Diri” – Luah Datin Shahida

Baik cukup tentang itu. Kini kita beralih pula kepada topik yang ingin kami kongsikan kepada anda iaitu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ibu Aliff Syukri tentang menantunya Datin Nur Shahida. Namun sebelum itu sudah pasti ramai diantara anda sudah mengetahui status rumah tangga jutawan kosmetik sedang goyah.

Perkara ini lebih dikuatkan lagi apabila netizen mendapati ibu mertua Datin Shahida telah “unfollow” instagram menantunya itu. Ramai pula cuba mengimbas kembali detik awal perkenalan Datin Shahida dengan Datuk Seri Aliff. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh ibu mertua Datin Shahida di laman Instagramnya, ibunya Rozita tanpa segan silu memuji budi pekerti Shahida yang ketika itu masih bujang dan bekerja di syarikat miliknya.

Datin Seri Shahida diuji ketika menjadi staf

“Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi. Masa interview staff HR beritahu dia ni adalah model syampoo yang terkenal. (Saya tak kenal artis sangat) saya agak tekejut kerana seorang model yang income banyak boleh bekerja sebagai CS??”

Disini saya akui saya tidak mahu orang yang dalam dunia glamour jadi ahli keluarga saya! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yang cantik, sangat baik. Datin Shahida tak sombong dan tak kekok mengangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorang model yang terkenal, ini sangat mengejutkan saya.

“Frontliner vs Kayangan”, “Kami Nak Raya” antara Tertera di Sut PPE Petugas Kesihatan

Saya risik dan intai setiap kali waktu solat. Dia akan berhenti sekejap untuk solat, malah pernah sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya.Ketika baru mula kerja, setiap hari peminat-peminat lelakinya hantar bunga dan beri jam mahal. Ida bukan murah dan bukan senang nak dapatkan.

Bila Kri (panggilan Syukri) mengurat dia pun tak nak. Wow hebat budak ni! Sepanjang saya memerhati anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak saya dan kekuatan jiwa Ida, adakah memilih anak saya kerana harta.

Bila saya bagi zakat pada fakir mskin, Ida sebagai staf paling suka membantu uruskan. Saya simpan dihati “Nak sangat budak ni”. Dan seterusnya yang meminang dia ialah abang Ady dan Kak Yatienya.

Kri memang hensem dan ramai peminat tapi bab d0sa besar dia tak akan buat. Itu saya puji Kri tentang hal ini. Nak kawin pun dia serahkan semua pada saya. Shahida calon terbaik, kemudian bila dia kata nakkan Ida, saya kata tak payah lama, kahwin jer terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sebab dia jaga anak saya waktu saya kerja masa miskin.

Kri ni bab baiknya, puasa tak pernah tinggal sehari pun. Tak merokok dan sayang saya sangat-sangat (sampai nama anak dia pun dia nak saya letak nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri.Sewaktu dia remaja, isteri orang, makcik-makcik suka dan sayang dia. Untuk elak z1na, Ida calon terbaik untuk saya.

Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yang tergedik-gedik mengg0da orang kaya. Ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya (Saya sangat memilih nasab). Dan satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya, dia sama-sama membantu menjaga arwh ayah saya yang sakit. Dia sayang anak-anak saya yang masih kecil dan begitu bersemangat, tak mengeluh walaupun baru berkahwin .Cuba bayangkan dihati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan di dalam keluarga saya?? Demikian luahan Rozita yang ditulis pada 26 June 2018 dan mendapat lebih 47 ribu tanda ‘like’.

Malaysia

Ini Komen Bukit Aman Selepas Terima Laporan Tentang Asri Janggut Terlepas Cakap Tentang PDRM Dan ATM

Published

on

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menerima satu laporan yang dibuat individu susulan kenyataan yang dikeluarkan Asri Janggut menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, laporan itu dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan yang dibuat Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mengguris hati petugas keselamatan berkenaan.

Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menunaikan solat dan merokok.

Malah, Asri turut mempertikaikan tentang petugas keselamatan itu adakah pernah bertanyakan kepada anak mereka tentang kalimah syahadah.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

Alhamdullilah, Vaksin C0VlD19 Yang Pertama Tercipta Di Rusia. Jangkaan Vaksin Keluar Diberitahu

Published

on

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, mengumumkan kerajaannya sudah mendaftarkan vaksin pertama di dunia untuk C0V 19, dengan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.

Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin untuk COV19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa tiga akan dimulakan tidak lama lagi.

“Setahu saya, vaksin untuk rawatan jangkitan COV19 sudah didaftarkan pagi ini, sekali gus menjadikannya yang pertama di dunia.

“Walaupun saya tahu ia berkesan dan membentuk sistem imuniti yang stabil, saya ulang bahawa vaksin ini sudah melepasi semua pemeriksaan yang diperlukan,” katanya, seperti mana dilaporkan agensi berita RIA Novosti.

Putin juga mengesahkan bahawa anak perempuannya adalah antara sukarelawan yang menyertai ujian vaksin terbabit.

Sementara itu, ketua Dana Pelaburan Russia, Kirill Dmitriyev, yang membiayai projek vaksin itu, berkata ia diberi nama ‘Sputnik V’ sempena satelit negara itu.

“Ujian fasa tiga akan bermula esok dan pengeluaran besar-besaran dijangka dilakukan menjelang September ini.

“Vaksin dibangunkan Gamaleya (Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya) ini sudah menerima tempahan lebih satu bilion dos dari 20 negara.

“Russia bersama rakan kongsi asing bersedia untuk menghasilkan 500 juta dos setahun di lima negara,” katanya.

Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Russia, dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.

Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan ini, dengan Menteri Kesihatan Russia, Mikhail Murashko, memberitahu media awal bulan ini bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.

“Ujian klinikal vaksin COV19 yang dibangunkan Gamaleya sudah selesai, dan kertas kerja berhubung pendaftaran vaksin sedang dilakukan,” katanya, menurut laporan agensi berita Tass.

Malaysia sedia beli vaksin dari China, Russia atau UK

Malaysia bersedia membeli vaksin COV-19 dari mana-mana negara yang berjaya membangunkan rawatan itu terlebih dahulu termasuk dari China, Russia dan United Kingdom.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.

“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan.

“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat berhubung soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) sama ada pihak kementerian ada membuat kerjasama strategik dengan negara di rantau ASEAN untuk mendapatkan vaksin mampu milik di negara ini.

Sumber : BHOnline

Continue Reading

Malaysia

Cara Shopee promosi barang kait dgn isu semasa mencuit hati ramai

Published

on

Tular baru-baru ini video mengenai seorang individu yang mendakwa bahawa pihak polis melindungi sindiket perjudian di sebuah premis di Sungai Buloh.

Susulan daripada video tersebut, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar telah melakukan pemeriksaan di premis tersebut.

Menerusi laporan Bernama, Supt Shafa’aton menegaskan bahawa tempat itu tidak ada apa-apa kegiatan perjudian. Namun kini apa yang berlaku adalah sebaliknya

Dengan perkembangan isu tersebut, syarikat penjualan atas talian terkenal Shopee, telah bertindak membuat teknik pemasaran kreatif dengan mempromosi website dan barangan mereka dengan ayat yang berkaitan kes pengasas Hot Buger. Cara penulisan yang agak kreatif membuatkan cara promosi  mereka telah mencuit hati netizan dan tular di sosial media

“Jangan PERJUDIKAN kebersihan premis anda tanpa melakukan apa-apa Cepat dapatkan vacuum cleaner di Shopee kerana ianya adalah HOT selling item seperti BURGER di tepi jalan Boleh bersihkan MESIN, KUDA permainan dan perabot kedai anda BIL ELEKTRIK boleh BUKTIKAN betapa efisennya SERBU link ni sekarang”

“Mantap….teruskn usaha anda utk melariskn produk mengikuti isu semasa” tulis netizan

Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Menurut sumber, dalam operasi jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

“Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam ditahan.

“SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Sumber berkata, peniaga itu beroperasi sejak 2019.

“Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

“Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendkwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan hram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

“Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

“Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama.

“Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Semua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jnayah,” katanya.

Continue Reading

Trending