Terbaru Syamsul Perjelaskan Status Perkahwinannya Dengan Isterinya - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Terbaru Syamsul Perjelaskan Status Perkahwinannya Dengan Isterinya

Published

on

Kuala Lumpur: Pengarah filem Munafik,  Syamsul Yusof, 36, mengakui dia kini memang sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dihubungi, bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini.

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi

Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sejauh mana permasalahan rumah tangga yang berlaku itu akan berakhir di mahkamah, Syamsul berkata dia dan isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini,  kami berdua perlukan masa.

 “Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercer4i. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercer4i. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

  “Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Syamsul berkata selain terus berdoa kepada Allah SWT untuk keharmonian semula rumah tangganya,  dia juga berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka.

  Kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu.

  Hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah yang berkahwin pada 8 Mac 2014, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

sumber : metro harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Apabila Ditanya Tengku Zafrul Akan Masuk Parti Mana, Ini Jawapan Padu Beliau.

Published

on

KUALA LUMPUR: Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.

“Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politikpun dan sebagai mana yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak,” kata beliau ketika ditanya sekiranya beliau berminat untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi wakil rakyat.

Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakkan ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.

“Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COV19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi,” kata Tengku Zafrul kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

“Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau yang percaya akan kemampuannya dalam membangunkan ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.

Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penguncupan -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambil kira tempoh tujuh minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuasa bagi membendung penularan COV19.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Senator pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan telah melonggarkan sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Berikutan itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini.

Pelbagai pakej rangsangan juga telah diperkenalkan iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin – keseluruhannya bernilai RM305 bilion setakat ini.

Berasal dari dunia korporat, beliau baru-baru ini menerima kecaman ketika mengumumkan beberapa inisiatif baharu semasa sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.

Mempertahankan tindakan itu, beliau berkata – mungkin dalam situasi luar biasa, memerlukan langkah dan tindakan yang luar biasa juga.

Menerusi catatan di Facebook, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa inisiatif itu bukan cadangannya tetapi datang daripada penggubal undang-undang itu sendiri semasa sesi perbahasan di parlimen.

“Kesemua penambahbaikan yang diumumkan adalah hasil cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat (YB) sendiri — baik daripada kerajaan mahupun pihak pembangkang,” kata beliau.

“Contohnya, cadangan untuk memanjangkan pemberian khas secara ‘one-off‘ kepada petugas barisan hadapan yang diiktiraf di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dibangkitkan oleh, antara lain, YB Pontian, YB Ipoh Barat, YB Hulu Rajang dan YB Lembah Pantai – kesemuanya daripada parti politik yang berbeza,” kata Tengku Zafrul.

Keputusan untuk memanjangkan bantuan dibuat setelah mengambil kira hujahan-hujahan di Parlimen seperti gelombang ke-3 COV-19 yang kian menular dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Begitu juga penambahan pemberian program eBelia daripada RM50 kepada RM100, dan perluasannya kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan IPT swasta.

“Tetapi dalam perkhabaran baik ini, saya ada pengakuan – kerajaan tidak mampu menerima atau melaksanakan kesemua cadangan yang dibangkitkan.”

“Seperti yang saya sebut ketika penggulungan tempoh hari, peranan kerajaan adalah untuk sentiasa mengimbangi kepentingan-kepentingan yang pelbagai – baik dari segi implikasi kos, memastikan penerima adalah yang benar-benar memerlukannya, implikasi kepada pasaran atau penarafan ekosistem perbendaharaan negara. Saya akui, ia bukan sesuatu yang mudah.”

“Namun, apabila berbangkitnya pertembungan antara kepentingan-kepentingan ini, kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tiada kompromi,” jelas beliau. – BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Viral Sebab Penuh Rider Hantar Makanan Di Depan Rumah. Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Published

on

Cebu: Pesan hanya satu namun 42 penghantar makanan tiba di depan rumah.

Itu yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan gara-gara masalah internet.

Kisah itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu bapanya bekerja.

Kompas melaporkan laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu.

Kejadian berlaku jam 11 pagi, Rabu lalu apabila kanak-kanak itu bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng berharga 189 peso (RM15.89).

Bagaimanapun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan itu.

Dia bagaimanapun gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu berikutan ibu bapanya hanya meninggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam itu.

Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu sememangnya sudah biasa dan kerap memesan makanan menerusi aplikasi itu.

Bagaimanapun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat membuatkan kanak-kanak itu menekan pesanan sama sebanyak 42 kali.

Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba di kejiranan itu secara serentak menyebabkan jiran sekitarnya terkejut hingga tular di sosial media.

Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya.

Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media.

Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.

sumber harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Ini Tarikh KWSP Bakal Umumkan Untuk Proses Pengeluaran Akaun Satu i-Sinar

Published

on

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kelayakan dan proses pengeluaran caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar pada Rabu ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengumuman mengenai program diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 itu akan menjawab segala kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang ramai.

“Pihak KWSP akan membuat pengumuman mengenai perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu (ini),” katanya ketika menyertai program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang dihoskan pengacara Sherkawi Jirim, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, secara umum, mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya baki simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada RM90,000.

Sebelum ini dilaporkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan pengeluaran maksimum RM60,000.

Mengenai peruntukan berjumlah RM3 bilion untuk membiayai pembelian vaksin Covid-19 yang dikatakan tidak mencukupi, Tengku Zafrul berkata, peruntukan itu akan ditambah berdasarkan keperluan.

“Kita tidak akan teragak-agak menambah peruntukan jika perlu…ini bukan sahaja untuk vaksin, bahkan ini untuk semua peruntukan yang diperlukan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terutamanya untuk memerangi Covid-19.

“Mengikut kajian KKM dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi, lebih kurang RM3 bilion diperlukan untuk memvaksin lebih kurang 70 peratus rakyat Malaysia. Itu anggaran diberikan berdasarkan perbincangan mereka dengan syarikat pengeluar vaksin,” katanya.

Mengenai jumlah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), beliau berkata, jumlah peruntukan hanya akan diketahui semasa persidangan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

“Di peringkat jawatankuasa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membuat pengumuman mengenai peruntukan (J-KOM) dan berapa banyak yang dikurangkan.

“Kementerian Kewangan dan KKMM masih berbincang, apa yang kita mahu lihat dan dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah,” katanya.

sumber metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending