Usia Lanjut, Sampai Bila Mahu Rebut Dunia, Soal Dr. Maza - Rentas Asia
Connect with us

Politics

Usia Lanjut, Sampai Bila Mahu Rebut Dunia, Soal Dr. Maza

Published

on

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Mufti Perlis mengingatkan “seseorang” agar tidak terus mengejar dunia di saat usia semakin lanjut.

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata individu berkenaan perlu sedar dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Maka, sudah-sudahlah di penghujung usia. Sehingga bila ingin merebut nama di dunia fana!

“Berhentilah! Lazimilah tikar sejadah sebelum ajal menjemput,” coretnya di Instagram semalam.

Kiriman yang disertakan gambar tulang-belulang dinosaur mengajak pengikutnya berfikir hikmah kepupusan haiwan berkenaan.

“Dinosour dikatakan telah pupus. Itu pun jika benar, satu rahmat Allah yang besar buat manusia.

“Andainya usia dinosour dipanjangkan sehingga kini, mungkin akan mengundang banyak masalah kepada kita.

“Manusia apabila usia lanjut tanpa ketakwaan, mungkin mengundang banyak masalah kepada manusia lain,” katanya.

Mohd Asri turut memuatkan doa Saidina Umar al-Khattab ketika pulang dari menunaikan haji.
Doa berkenaan bermaksud:

“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang-belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”.

Sumber: Instagram Dr Maza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politics

Permit kerja Rayhan Kabir dibatalkan. Tapi ada satu perkara dia perlu buat sebelum diusir balik ke negara asal

Published

on

Kuala Lumpur, 12 Julai: JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan, lapor Harian Metro.

“Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya,” – , Tan Sri Abdul Hamid Bador

Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Rayhan Kabir yang ditemubual dalam satu dokumentari 101 East terbitan Al Jazzeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”, mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Cov-19 membabitkan warga asing apabila pihak berkuasa membuat perangkap terhadap mereka ketika operasi pencegahan wabak cov-19 di ibu kota tempoh hari.

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.” – Rayhan Kabir

Beberapa hari lalu wartawan dan kakitangan Al Jazzeera dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung dokumentari tersebut

Sejak ia disiarkan, Al Jazzeera menerima kecaman daripada warga maya yang mendakwa kesalahan fakta dalam laporan itu dengan ada yang menggesa Rayhan dan wartawan organisasi media itu diusir.

Pada 10 Julai lalu, Enam kakitangan Al Jazzeera dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berkenaan dokumentari itu.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pula membidas Al Jazzeera dan menyifatkan laporan itu sebagai pembohongan, serta mendesaknya memohon maaf.

“Menuduh tindakan kita sebagai rasis juga tidak benar. Apa yang dilakukan adalah berdasarkan undang-undang. Jabatan Imigresen Malaysia guna akta imigresen, untuk tangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Pengurusan Al Jazzeera mempertahankan dokumentari kontroversi itu dan menyatakan kebimbangan terhadap gangguan yang dihadapi oleh kakitangannya susulan reaksi balas terhadap dokumentari tersebut.

Majlis Keselamatan Negara, yang mengkoordinasi usaha menangani Cov-19, pula memberi amaran bahawa warga asing boleh dibatalkan pas imigresen jika membuat “kenyataan tidak tepat” terhadap negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Politics

Ikuti Sidang Belia Secara Maya, Sekali Hiasan Dinding Rumah Tun M Jadi Perhatian

Published

on

Ramai yang sedia maklum dengan kewujudan ParIimen Belia di Malaysia. Ia merupakan inisiatif Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira lima tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Bagi tahun ini persidangannya mempunyai sedikit kelainan apabila ia disidangkan secara dalam talian ekoran norma baru yang tidak menggalakkan mereka bersidang seperti biasa sebelum ini.

Digelar “ParIimen Digital” ia adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang2 atau dasar melalui satu platform khas.

Persidangan kali ini turut mendapat perhatian daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau turut dikesan memuatnaik entri berkaitan perkara itu di laman s0sialnya.

“Saya mengikuti perbahasan di fb ParIimen Digital dan kagum melihat inisiatif oleh sekumpulan anak muda. Mereka telah mengambil bahagian berbincang dan berbahas usul-usul yang dibawa secara objektif.

Ini membuktikan bahawa dalam apa juga suasana termasuk ketika berhadapan dengan situasi cv19, sidang ParIimen boleh diadakan melalui platform digital dengan kaedah tele-conference tanpa perlu hadir di dwn rkyt.

Saya fikir ParIimen Digital mampu membuka peluang kepada anak muda berpidat0 dan berinteraksi secara sihat selain mengenal pasti pemimpin muda yang mempunyai bakat menjadi pemimpin.

Tahniah dan selamat maju jaya” katanya melalui satu entri yang dikemaskini 5 jam yang lalu.

Entri tersebut juga disertai dengan sebuah gambar yang memaparkan Tun sedang mengikuti persidangan itu secara live dalam talian.

Apa yang menjadi perhatian ialah banyak icon ‘ketawa’ di posting berkenaan

Namun apa yang lebih menarik minat wargamaya adalah latarbelakang gambar tersebut yang terlihat dua gadng yang dipercayai berasal dari gajah.

Ramai yang dilihat kurang senang dengan tindakan Tun itu meninggalkan k0men seolah meng3cam tindakan Tun yang mempunyai k0leksi tersebut.

Menurut wargamaya, kepupsn gjah sejak akhir-akhir ini banyak didorong oleh perbuatan pembvru hrm dan lebih malang lagi ia tidak dapat dihentikan apabila ia masih mendapat permintaan daripada orang ramai menyebabkan aktiviti ini masih berleluasa.

Ada juga yang meninggalkan komen agar pihak Perhilitan segera meny1asat gadng di rumah Tun bagi membuktikan kesahihannya.

Walau apapun diharapkan ia hanyalah replika sahaja dan bukan gading sebenar. Rata-rata wargamaya juga berharap agar Tun dapat memberi penjelasan berkaitan hiasan tersebut di masa akan datang.

‘Ahli Parlimen Digital’ dihubungi polis, dakwa penganjur

Dalam perkembangan lain beberapa orang wakil daripada inisiatif Parlimen Digital yang digerakkan kumpulan belia telah dihubungi polis selepas mereka menamatkan sidang maya hari ini, dakwa pihak penganjur.

Sesi sidang Parlimen Digital dipengerusikan peguam perlembagaan Lim Wei Jiet berakhir sekitar jam 12 tengah hari tadi dengan 222 wakil meluluskan usul kerajaan perlu melancarkan pakej rangsangan ekonomi yang khusus mensasarkan golongan muda.

Setakat ini, tidak jelas sebab-sebab polis menghubungi mereka walaupun pihak penganjur dijangka akan mengeluarkan kenyataan penuh esok.

“Kami tidak tahu mengapa, hanya mereka meminta maklumat peribadi (peserta) dan apa yang berlaku,” kata seorang anggota sekretariat Parlimen Digital kepada Malaysiakini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Politics

DS Najib Respond Sempoi Tak Sangka Bila Lihat Keputusan PRK Chini

Published

on

PRK CHINI | BN menang besar dalam pilihan raya kecil Chini berbanding dua calon bebas, berdasarkan kiraan undi tidak rasmi yang masih berlangsung.

Ketika laporan ini ditulis, Mohd Sharim Md Zain daripada BN meraih 13,198 undi daripada keseluruhan 20,990 pengundi berdaftar di kerusi DN itu.

Parti pembangkang tidak mengambil bahagian dalam PRK yang diadakan ketika wabak Covid-19 yang menyaksikan SOP batasan berkempen.

Calon bebas PRK Chini Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli masing-masing setakat ini mendapat 1,157 dan 133 undi.

Tengku Zainul ialah timbalan ketua Bersatu Bahagian Pekan tetapi secara automatik dipecat kerana melanggar perintah partinya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai satu lagi kem Bersatu yang tidak berpihak kepada PN, telah menyokong Tengku Zainul.

Menariknya Tengku Zainal menang lebih banyak undi daripada yang pernah diraih PKR pada PRU14, walaupun sebelum pengiraan undi berakhir.

Pada pilihan raya 2018, Abu Bakar Harun dari Umno yang mewakili BN di Chini menang dengan 10,027 undi berbanding PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim 5,405 undi. Calon PKR, Mohamad Razali Ithnain menduduki tempat ketiga dengan 1,065 undi.

PAS dan Umno kini sebahagian daripada kerajaan PN. Pilihan raya kecil diadakan setelah Abu Bakar, 60 meninggal dunia pada 7 Mei. Hari penamaan calon pada 18 Jun lalu dan kempen berlangsung selama dua minggu.

Peratusan keluar mengundi pada hari ini adalah sebanyak 74 peratus, bermakna tinggal 1044 undi lagi yang belum dikira

Berikut pula komen Najib

Keputusan tak rasmi PRK Chini. Alhamdulillah. BN menang! Terima kasih kepada semua pengundi Chini atas kepercayaan dan sokongan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending