(Video) “Itu tak kono, ini tak kono, makan tak sodap.” -Hattan ‘sound’ kluster kayangan - Rentas Asia
Connect with us

Malaysia

(Video) “Itu tak kono, ini tak kono, makan tak sodap.” -Hattan ‘sound’ kluster kayangan

Published

on

(Video) “Itu tak kono, ini tak kono, makan tak sodap.” -Hattan ‘sound’ kluster kayangan

Sehari dua ini kita sering disajikan dengan berita “Golongan Kluster Oversea” dikatakan terlalu demand. Perkara ini dikongsikan oleh beberapa orang individu yang merupakan barisan hadapan negara dapat menangani isu CoV-19 di negara kita.

Petugas kesihatan dikatakan kecewa dengan segelintir individu yang baru pulang dari luar negara kerana mereka tidak dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada doktor dan petugas kesihatan lain. Ada juga diantara mereka menghina frontliner dengan memanggil mereka dengan panggilan yang kurang baik.

Baca: Petugas kesihatan dipanggil dengan panggilan anjing

Disebab itu, dalam satu sidang media baru-baru ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang enggan memberi kerjasama kepada petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang telah berlaku di pusat kuarantin.

Menurutnya tindakan boleh diambik dan mereka boleh didakwa mengikut seksyen 186 kanun keseksaan kerana menghakalan tugas penjawat awam. Perkara ini diputuskan melalui mesyuarat yang telah diadakan oleh pihak kementerian.

(Video) “Itu tak kono, ini tak kono, makan tak sodap.” -Hattan ‘sound’ kluster kayangan

Seorang penyanyi veteran, Dato Hattan telah memerli kluster ini melalui satu video yang telah dimuat naiknya di laman Instagram. Di dalam video tersebut Dato Hattan ada mengatakan bahawa benar apa yang beliau jangkakan sebelum ini PKP ditambah lagi 2 minggu.

“Assalamualaikum, apa khabar,kan betul apa yang saya cakap, dah tambah lagi 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan. Ini menjadikan sudah 4 kali kita tidak dapat sembahyang jumaat” – Katanya

Beliau juga menasihati agar masyarakat ubah sikap. Ubah sikap jangan megah dan degil. Jaga kebersihan dan makanan agar anti bodi kuat.

Beliau juga menyelar tindakan mereka yang baru balik dari luar negara yang terlalu demand. Beliau turut menyatakan bahawa kita memerlukan pengorbanan dalam keadaan begini. Sabar katanya jangan terlalu hendak bermewah dengan tempat yang indah makanan yang sedap.

Malaysia

Ini Komen Bukit Aman Selepas Terima Laporan Tentang Asri Janggut Terlepas Cakap Tentang PDRM Dan ATM

Published

on

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menerima satu laporan yang dibuat individu susulan kenyataan yang dikeluarkan Asri Janggut menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, laporan itu dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan yang dibuat Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mengguris hati petugas keselamatan berkenaan.

Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menunaikan solat dan merokok.

Malah, Asri turut mempertikaikan tentang petugas keselamatan itu adakah pernah bertanyakan kepada anak mereka tentang kalimah syahadah.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Malaysia

Alhamdullilah, Vaksin C0VlD19 Yang Pertama Tercipta Di Rusia. Jangkaan Vaksin Keluar Diberitahu

Published

on

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, mengumumkan kerajaannya sudah mendaftarkan vaksin pertama di dunia untuk C0V 19, dengan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.

Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin untuk COV19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa tiga akan dimulakan tidak lama lagi.

“Setahu saya, vaksin untuk rawatan jangkitan COV19 sudah didaftarkan pagi ini, sekali gus menjadikannya yang pertama di dunia.

“Walaupun saya tahu ia berkesan dan membentuk sistem imuniti yang stabil, saya ulang bahawa vaksin ini sudah melepasi semua pemeriksaan yang diperlukan,” katanya, seperti mana dilaporkan agensi berita RIA Novosti.

Putin juga mengesahkan bahawa anak perempuannya adalah antara sukarelawan yang menyertai ujian vaksin terbabit.

Sementara itu, ketua Dana Pelaburan Russia, Kirill Dmitriyev, yang membiayai projek vaksin itu, berkata ia diberi nama ‘Sputnik V’ sempena satelit negara itu.

“Ujian fasa tiga akan bermula esok dan pengeluaran besar-besaran dijangka dilakukan menjelang September ini.

“Vaksin dibangunkan Gamaleya (Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya) ini sudah menerima tempahan lebih satu bilion dos dari 20 negara.

“Russia bersama rakan kongsi asing bersedia untuk menghasilkan 500 juta dos setahun di lima negara,” katanya.

Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Russia, dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.

Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan ini, dengan Menteri Kesihatan Russia, Mikhail Murashko, memberitahu media awal bulan ini bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.

“Ujian klinikal vaksin COV19 yang dibangunkan Gamaleya sudah selesai, dan kertas kerja berhubung pendaftaran vaksin sedang dilakukan,” katanya, menurut laporan agensi berita Tass.

Malaysia sedia beli vaksin dari China, Russia atau UK

Malaysia bersedia membeli vaksin COV-19 dari mana-mana negara yang berjaya membangunkan rawatan itu terlebih dahulu termasuk dari China, Russia dan United Kingdom.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.

“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan.

“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat berhubung soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) sama ada pihak kementerian ada membuat kerjasama strategik dengan negara di rantau ASEAN untuk mendapatkan vaksin mampu milik di negara ini.

Sumber : BHOnline

Continue Reading

Malaysia

Cara Shopee promosi barang kait dgn isu semasa mencuit hati ramai

Published

on

Tular baru-baru ini video mengenai seorang individu yang mendakwa bahawa pihak polis melindungi sindiket perjudian di sebuah premis di Sungai Buloh.

Susulan daripada video tersebut, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar telah melakukan pemeriksaan di premis tersebut.

Menerusi laporan Bernama, Supt Shafa’aton menegaskan bahawa tempat itu tidak ada apa-apa kegiatan perjudian. Namun kini apa yang berlaku adalah sebaliknya

Dengan perkembangan isu tersebut, syarikat penjualan atas talian terkenal Shopee, telah bertindak membuat teknik pemasaran kreatif dengan mempromosi website dan barangan mereka dengan ayat yang berkaitan kes pengasas Hot Buger. Cara penulisan yang agak kreatif membuatkan cara promosi  mereka telah mencuit hati netizan dan tular di sosial media

“Jangan PERJUDIKAN kebersihan premis anda tanpa melakukan apa-apa Cepat dapatkan vacuum cleaner di Shopee kerana ianya adalah HOT selling item seperti BURGER di tepi jalan Boleh bersihkan MESIN, KUDA permainan dan perabot kedai anda BIL ELEKTRIK boleh BUKTIKAN betapa efisennya SERBU link ni sekarang”

“Mantap….teruskn usaha anda utk melariskn produk mengikuti isu semasa” tulis netizan

Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Menurut sumber, dalam operasi jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

“Dua penguat kuasa dari Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam ditahan.

“SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berketurunan Aceh seperti yang tular dalam video sebelum ini kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Sumber berkata, peniaga itu beroperasi sejak 2019.

“Dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

“Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular menerusi dua klip video di media sosial yang mendkwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan perniagaan hram termasuk penjualan rokok seludup dan aktiviti perjudian di sekitar Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

“Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

“Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan tidak menolak ianya kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama.

“Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Semua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jnayah,” katanya.

Continue Reading

Trending