Wanita Ini Dedahkan Perangai Sebenar Ebit Lew 14 Tahun Dahulu. Rupanya Ebit Lew Pernah Niat Nak ‘Lari’ - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Wanita Ini Dedahkan Perangai Sebenar Ebit Lew 14 Tahun Dahulu. Rupanya Ebit Lew Pernah Niat Nak ‘Lari’

Published

on

Ebit Lew, satu nama yang dikenali satu Malaysia. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Ebit Lew.

Dimana ada orang susah disitu Ebit Lew akan sampai. Dengan sumbangan yang diberikan mesti ramai rasa macam tidak masuk akal. Ketika penduduk terputus bekalan air, Ebit Lew hantar lori air. Ketika pelajar bergelut dalam pembelajaran online di sekolah, Ebit Lew datang hadiahkan tablet dan macam macam lagi jasa Ebit Lew lakukan.

Tapi siapa sebenar Ebit Lew? Tidak ramai tahu siapa Ebit Lew sebelum nama dia jadi terkenal satu Malaysia.

Kisah ini dipetik dari laman Facebook salah seorang sahabat Ebit Lew, Noor Laila Aniza Binti Zakaria. Dia menceritakan siapa Ebit Lew sebelum nama dia dikenali ramai.

Saya antara sahabat yg menyaksikan Ebit Lew, org yg betul2 susah miskin, dihina, dikenakan, diketawakan.. Tiba2 Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit.

Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing2 belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang.

Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yg selalu dtg kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat.

Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sgt.

Saya beli barang2 hiasan, dan hias dengan bunga2 warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.

Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dgr Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah2 sahabat. Bila dia ada masalah, dia dtg cari sy dan terus cerita pung pang pung pang apa org kutuk dia.

Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call sy kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya.

Saya pilih dan minta kedai gubahkan dgn sgt cantik. Tak lama sy terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dgn senyum manis. Ya tuhan, hati sy sgt2 berbunga.

Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup2.

Kata dia, “cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.

Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia..

“Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” ( soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit.

Ebit jawab.. “Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti”

Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia..
Kawan2 kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku”

Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2..

Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yg dia nak buka 10 cwgn tahun lepas.Akhirnya Allah makbulkan dlm 2bulan.

Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam2 perancangan dia yg dia bagitahu saya, Allah bg semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!
Sampai kes org sakit hati, ugut ke.. Tu perkara biasa

Sampai dia kata, kdg Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.

Tp saya tahu, tu kata2 saja. Kata2 org yg letih sgt berjuang dgn karenah pelbagai pihak tp cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua org peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu x pernah mati.

Amalan dia yg sy takkan lupa yg sy tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal.

Rajin sgt2 usaha

Qailulah

Cara tidur ikut sunnah Nabi

Selalu belanja kami

Senyum setiap hari

Nangis bila berdoa

Dhuha 6 rakaat dan lebih

Solat jemaah & bersiap awal ke Masjid tanpa gagal

Berbuat baik dgn isteri tanpa gagal

Amalan memberi hadiah buat isteri

Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik

Keluar dakwah

Amalan doa khusus

Nampak macam biasa2… Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan org dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup..

Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

“Kamu mahu ‘dating’ saya ke” Kit Siang tak henti-henti ratib nama Najib, sekali tuan badan masuk komen

Published

on

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang

Najib Razak menyindir Lim Kit Siang berhubung hantaran terbaharu pemimpin veteran DAP itu yang dikatakan kembali ‘obses’ terhadap dirinya.

Dalam hantaran berkenaan, Lim dalam hantarannya memuat naik status membabitkan ‘kesan buruk pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10, sambil turut memasukkan pautan ke blog peribadinya.

Najib kemudian mengulas hantaran itu dengan menyindir Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang sering menyebut namanya berulang kali.

“Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib. Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

“Atau uncle (pakcik), kamu mahu dating (jumpa) saya ke?” katanya.

Dua hari sebelum PRN Melaka, Najib berkata, beliau dijadikan sasaran propaganda seteru Barisan Nasional (BN), walaupun beliau tidak bertanding sebagai calon.

Pada 2019, Najib turut mempersoalkan sikap obses Lim terhadap dirinya selepas sering mengeluarkan kenyataan membidasnya walaupun ketika itu Ahli Parlimen Pekan itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu, Najib memberi reaksi terhadap dakwaan Lim yang mengatakan bekas Presiden Umno itu sedang mengukir jalan kembali menjadi Perdana Menteri susulan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Beberapa hari lalu, Najib berkata, beliau mendapati obsesi Lim terhadapnya menakutkan, kerana nama beliau disebut sebanyak 11,000 kali dalam blog peribadi Lim.

Lim, bagaimanapun, menolak dakwaan Najib itu, dan mengatakan Najib tidak boleh “disalahkan lagi”.

Katanya, beliau tidak akan berminat bercakap berkenaan Najib sekulumit pun sekiranya Najib tidak menjadi satu-satunya rakyat Malaysia “yang melakukan kerosakan terbesar kepada Malaysia termasuk generasi kini dan masa depan dengan legasi kleptokrasinya”. FMT

Beriktu beberapa post terkini di laman Fcebook Lim Kit Siang berkenaan Najib Razak

Uncle masih tak henti-henti untuk ratib nama saya.

Kali ini, dia tanya saya kenapa saya tak malu dan begitu tamak nak minta rumah bernilai RM100 juta.

(Kali ini dia guna gambar yang saya bergaya. Mungkin Uncle sudah minat saya kot.)

Eh… saya dah jawab banyak kali. Kamu tak faham ke?

Saya mohon tahun 2018 bawah akta kerajaan yang dipinda boss kamu Mahathir.

Saya diberi 3 bidang tanah untuk pilih. Keluarga saya pun pilih satu.

Nilai tidak diberitahu kepada kami dan nilai itupun adalah dari portal pro-PN.

Namun saya sudah tolak kediaman itu sebab tidak mahu dijadikan isu. Keputusan ini muktamad.

Mai kita ceritakan tentang siapa yang tamak.

Apabila hakim (yang telah ditukar PH dari mahkamah sivil selepas perbicaraan kes SRC saya berjalan) menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada saya , dia tak kata saya songlap RM42 juta.

Dia bersetuju wang itu bukan digunakan untuk peribadi saya atau keluarga tapi dia kata ianya bukan hak saya untuk sedekah.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Saya tak songlap. Saya beri semua pada Rakyat melalui pelbagai program dan saluran.

Seperti didedahkan oleh SPRM dan pegawai bank dalam perbicaraan SRC, dana RM645 juta yang diterima terus dari Menteri Kewangan negara Arab Saudi kepada akaun saya, saya juga beri segalanya kepada Rakyat.

“Najib terima RM642 juta dari Arab Saudi”

https://www.bharian.com.my/…/najib-terima-rm642-juta…

Termasuk untuk membantu banjir besar tahun 2014 di negeri-negeri timur semenanjung Malaysia dan juga memberi kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan untuk imam, tahfiz dan semua pegawai Masjid di lebih 7 ribu masjid seluruh Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2011 ke 2014.

“Kenyataan Jakel mengenai dakwaan terima wang 1MDB”

https://www.astroawani.com/…/kenyataan-jakel-mengenai…

Jika saya tamak, saya dah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah Atok di The Mines, projek kroni kamu. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada Rakyat.

Tapi saya tak buat begitu pun.

Jika saya nak songlap, kenapa saya tak songlap pula RM645 juta yang diberi kepada saya tapi saya sanggup tunggu 4 tahun setelah saya sokong KWAP meminjam kepada SRC pada tahun

2011 untuk “songlap” RM42 juta dengan memberinya kepada Rakyat?

Sebab itu, saya nak tanya Uncle.

Adakah RM209 juta sudah dibayar Guan Eng sebagai sebahagian bayaran RM305 juta giler mahal untuk kos membuat laporan projek terowong itu juga sedekah kepada syarikat kroni terowong?

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang

Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib.

Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

Atau Uncle, kamu mahu dating saya ke?

Another photo and post about me, Uncle?

How many days consecutively have you been writing articles about me?

Why have you not written anything about other matters that involves justice and corruption?
Such as:

1) The boss of a public listed property development company falling 17 floors to his death just a month before he was due to testify as a main witness in your son’s corruption trial – just like how you used Teoh Beng Hock for over a decade?

2) MACC confirming a few days ago that the famiy of the former governor whom your govt made Council of Elders had returned RM65 million out the close to RM700 million that they received from Jho Low?

Are you not concerned about these two recent cases? Why the absolute silence?

If you are so obsessed with me, should Guan Eng has another son please name him 林纳吉.

sumber: FB Lim Kit Siang

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Khabar duka, Muhammad Munzir mennggal dunla kemaIngan selepas lulus ujian menunggang motosikal

Published

on

Pelajar Terbaik STAM 2020 Kedah Maut Dalam Kemalangan

Baling: Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kedah 2020 maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan Charok Nau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, berasal dari Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang,

dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa yang juga bekas pelajar Yayasan Khairiah, Kupang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Shamsudin berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa melambung dan jatuh di laluan bertentangan selain parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dapat dilakukan.

“Pemandu MPV berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang dilaporkan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber HarianMetro dan media sosial

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The TheBerita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Gadis OKUKecewe Dgn Layanan Pekerja Restoran Terkenal. Ini Respon Balas Pihak Berkenaan

Published

on

#Gambar KFC Bukan Lokasi Sebenar. Hanya Sekadar Hiasan

Satu video yang memaparkan seorang wanita yang kelainan upaya membuat aduan terhadap KFC telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama aira_meor itu memaparkan luahan hatinya atas pengalaman tidak dapat membeli makanan di restoran KFC secara pandu lalu.

Susulan daripada tularnya video tersebut, pihak KFC telah memberikan respon balas.

Pihak KFC menerusi ruangan komen video itu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah berkongsikan berkenaan insiden itu.


Pihak KFC juga turut memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya

Tambahnya lagi, mereka akan berusaha memperbaiki servis mereka dan akan lebih peka untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang.

Mereka juga sempat untuk memohon maaf bagi pihak kru restoran yang berkaitan dengan insiden berkenaan.

Mengimbas kembali luahan yang dibuat wanita berkenaan, dia berkongsi pengalamanya yang mahu membuat pembelian KFC secara pandu lalu.

 

Semasa dia sampai sahaja ke skrin, dia telah disapa oleh pekerja restoran tersebut bertanyakan pesanan yang mahu dibuat. Bagaimanapun, dia tidak dapat menjawab pertanyaan pekerja itu.

Namun katanya, berdasarkan pengalaman lalu, pekerja yang dikenalinya pernah memberitahu bahawa dia boleh terus membuat pesanan di pass screen.

Apa yang perlu dibuat hanyalah menulis atau menunjuk sahaja mana menu yang dia mahukan kepada pekerja tersebut.

Dia bagaimanapun menghadapi masalah kali ini ketika ingin membuat pembelian secara pandu lalu di cawangan KFC.

Katanya, dia mendakwa diminta untuk masuk ke kaunter untuk membuat pesanan kerana staff tidak dapat menerima pesanan yang ingin dibuatnya melalui pass screen.

Ekoran itu, dia merasa kecewa kerana sudahpun menyediakan gambar menu yang hendak dipesan di dalam telefonnya kerana menyangka boleh membuat pesanan menggunakan cara yang sama seperti sebelum ini.

Disebabkan itu, dia telah membuat video tersebut untuk menyatakan kekecewaannya berkenaan insiden berkenaan.

Dia pun terus meninggalkan restoran berkenaan tanpa memesan sebarang makanan.

Di akhir video berkenaan, dia juga meminta agar pihak KFC dapat menaik taraf skrin pesanan mereka supaya dapat mesra OKU.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 500 ribu kali.

VIDEO:

Sumber : Siakap Keli

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending