5 Pelajar Genius Malaysia Tapi Dimana Mereka Sekarang - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

5 Pelajar Genius Malaysia Tapi Dimana Mereka Sekarang

Published

on

Ingat tak masa Tun Mahathir lancarkan wawasan 2020, masa admin kecik-kecik dulu memang selalulah bayangkan yang tahun 2020 nanti kat Malaysia dah ada kereta terbang, rumah atas awan dan banyak lagilah benda-benda yang canggih. Tapi sekarang, macam must4h1l je benda itu semua nak berlaku, apatah lagi 2020 tinggal tiga tahun je kita nak capai.

Kalau nak maju, Malaysia sebenarnya kena ada ramai jurutera, ahli akademik dan golongan bijak pandai yang lain. Lagi bagus bila sesebuah negara ada penduduknya yang genius sebabnya mereka ni boleh dianggap sebagai pemangkin kepada evolusi dan inovasi manusia seperti apa yang dilakukan oleh Isaac Newton, Albert Einstein dan Stephen Hawking.

5 Kisah Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan

Kalau korang nak tahu, Malaysia pun ada je golongan genius ini, tapi entah di mana silapnya, ada dalam kalangan dorang yang sampai jadi pelacur, kena penjara dan menagih dadah. Hari ini, menerusi soscili.my, kami nak ceritakan tentang nasib pelajar-pelajar genius yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dahulu.

1. Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun tapi terjebak dalam kancah pel4cur4n

Kisah Sufiah yusuf memang popular bukan dekat Malaysia je, tapi sampai satu dunia heboh dengan kepintaran budak ini. Mana tidaknya, dia telah berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia yang sangat muda, iaitu 13 tahun.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Sufiah Yusuf dan keluarganya mendapat liputan media yang luar biasa pada masa tersebut.

Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.

Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya, sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.

Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus kerana mendakwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan sebuah badan kebajikan di sana.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Sufiah pernah terjebak ke kancah pelacuran selepas dua kali agal menamatkan pengajian.

Walaupun gagal pada kali pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila pencer4ian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.

Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pel4cur4n akibat daripada kesemp1tan hidupnya.

Melalui temuramahnya dengan program NONA pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya kini agak bercel4ru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki oleh keluarga dan pihak media.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Inilah gambar terbaru Sufiah Yusuf ketika ditemuramah oleh TV3.

2. Shukri Hadafi: Profesor Ungku Aziz sampai ambik budak ini jadi anak angkat

Kisah Shukri ini pernah menggemparkan negara pada tahun 1976 apabila kanak-kanak berusia tiga tahun ni dah pandai baca surat khabar. Kira hebat jugaklah budak ini sebab kebiasaanya kanak-kanak umur 3 tahun masa tu sibuk main “p0lis entry one two jaga” belakang rumah.

Kepandaian Shukri ini telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sampaikan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Mungkin sebab mahu melahirkan pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Disebabkan kepandaian Shukri, Profesor Ungku Azizi ambil dia jadi anak angkat.

Bukan setakat itu je, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga telah mengambil dia berlakon dalam filemnya iaitu Menanti Hari Esok dengan gandingan mantap dari penghibur tanah air yang lain seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.

Kegemilangan dan populariti yang Shukri kecapi telah membuatkan dia lupa dan hanyut ketika zaman remaja. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibu4ng sekolah.

Pada tahun 90’an, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai dan ada jugak berita kami jumpa mendakwa dia terjeb4k dengan n4j1s dad4h sehingga gelaran genius yang pernah dimilikinya hilang begitu sahaja.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Kenangan allahy4rh4m Jins Shamsuddin dan Shukri Hadafi dalam filem Menanti Hari Esok.

3. Chiang Ti Ming: Genius yang menghadapi tekanan hidup.

Kalau korang suka layan cerita “Big Bang Theory” mesti korang kenal dengan Dr Sheldon Cooper, seorang genius dekat California Institute of Technology (CalTech). Tapi kalau korang nak tahu, Malaysia lagi hebat sebenarnya sebab Chiang Ti Ming, seorang pelajar dari Malaysia telah berjaya memasuki CalTech pada usia 15 tahun pada 1989.

Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech. Memang Mat Salleh kat sana pun tak boleh lawan dengan kepandaian budak Malaysia ini.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Walaupun cerita ini sudah 10 tahun berlalu, penyebab sebenar kem4tian beliau tidak pernah didedahlan kepada umum.

Tak macam admin yang pakai PTPTN untuk belajar, Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.

Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.

Tapi bukan senang jadi genius sebenarnya, walaupun Chiang Ti Ming berjaya menghabiskan pembelajaranya sampai peringkat PhD, dia juga telah mengalami masalah kemurvngan dan tekanan jiwa yang tervk sampaikan dia dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

Akhirnya pada tanggal 6 Januari 2007, dia telah men1ngg4l dunia di Seremban pada usia mencecah 33 tahun.

4. Nur Fitri Azmeer Nordin: Dipenjara sebab simpan 30,000 gambar luc4h kanak-kanak

Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah budak genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matem4tik tajaan MARA yang telah dijatuhkan hukvman penj4ra selama 5 tahun di United Kingdom kerana kantoi memiliki 30,000 gambar luc4h kanak-kanak dan ada di antaranya beliau sendiri yang ambik.

Nur Fitri Azmeer Nordin merupakan pelajar tahun ketiga di Imperial College London ketika dia ditangk4p. Akhirnya Fitri sendiri mengaku bersal4h terhadap 17 pertuduhan di hadapan Makahmah Southwark Crown, termasuk dua tuduhan mengambil gambar luc4h kanak-kanak dan empat pertuduhan memiliki imej tersebut dengan niat untuk mengedarkanya.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan

Kami pernah siarkan tentang bahaya Ped0phi1e dalam kalangan masyarakat Malaysia kat artikel sebelum ini. Tapi yang peliknya, menurut laporan daripada akbar huffingtonpost UK, pihak MARA sendiri tak ambik tindakan tegas terhadap pes4lah ini.

Malahan dorang sanggup bagi biasiswa kat budak ini bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila dah habis tempoh hukvman penj4ra dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara.

Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukvman penj4ra 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psychiatric dan kelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan penj4ra sebelum dibebaskan. Bagaimana kesudahan kisah pelajar ini sama-samalah kita nantikan bila dia balik Malaysia nanti.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
MARA bercadang untuk bagi Nur Fitri peluang ke dua belajar di Malaysia dengan biasiswa.

5. Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM

Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matem4tik seperti algebra, statistic dan trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.

Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matem4tik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Adi Putra dengan bukunya Seni Matem4tik Islam.

Adi juga telah menghasilkan 235 formula matem4tik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matem4tik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei, tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana intistusi pengajian tinggi negara.

Dalam temuramahnya bersama The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh universiti tersebut.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Inilah rupa Adi Putra sekarang.

Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatan malahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matem4tik.

Memang beginikah nasib bila jadi genius dekat Malaysia?

Bukan semua pelajar genius dekat Malaysia ini menerima nasib yang malang. Ada juga dalam kalangan dorang yang berjaya di dalam kehidupan dan telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sumbangan Hafizah Noor Isa yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang gravity dan Nur Adlyka Ainul Annuar dalam kajianya tentang “active supermassive black holes” bersama National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuktikan yang Malaysia sebenarnya mampu menghasilkan pelajar berkualiti tinggi dan bertaraf global.

Pelajar Genius Malaysia Yang Berakhir Dengan Kekecewaan
Hafizah Noor Isa (atas) dan Nur Adlyka Ainul Annuar (bawah) merupakan pelajar genius Malaysia yang berjaya.

Ini membuatkan kami terfikir, apa beza antara Hafizah dan Adlyka dengan pelajar-pelajar genius di atas? Apa yang kami perasan adalah kebanyakan pelajar genius tadi jadi femes pada usia yang sangat muda. Mungkinkah disebabkan harapan yang terlalu tinggi daripada masyarakat membuatkan mereka tertekan? Mungkinkah mereka kehilangan zaman kanak-kanak yang dilalui oleh orang lain?

Apa pun, kami harapkan kes-kes seperti yang terkandung dalam artikel ini dapat dikurangkan. Kita sebagai masyarakat termasuklah ibu-bapa, guru, kerajaan, termasuklah orang sekeliling perlulah memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada mereka.

Sumber : www.ohtular.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

FB Pejabat Kesihatan Muat Naik Status Yang Biadap Tapi Dah Delete. Mujur Netizan Sempat Screenshot

Published

on

Paparan ayat yang dimuat naik pengendali laman Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kerian hari ini mengundang kecaman warga maya yang disifatkan biadab.

Mereka juga melontarkan pelbagai soalan selain ada yang membuat persepsi kemungkinan petugas barisan hadapan di daerah ini makin penat dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Berbagai pandangan bersifat peribadi dilontarkan warga maya pada ruangan komen dan kebanyakannya menganggap paparan itu tidak sepatutnya ditulis.

Kalau nasib baik,sembuh…nasib tak baik,m4ti.. setel masalah.

Aswad Rafaai memberi komen dengan meletakkan tanda pagar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar menegur pengendali halaman itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia tolong pantau anak buah ni…mungkin tertekan perasaan dah sampai tak boleh berfikir relevan (sebaiknya),tolong bagi booster cepat pada admin ni,” luahnya

Pemilik Fb Ajmi AJ pula menyifatkan hantaran itu tidak sepatutnya ditulis sedemikian oleh kakitangan kerajaan.

“Saya rasa ini adalah posting yang tidak sepatutnya dilakukan. Kakitangan kerajaan adalah bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat dan rakyat,” ujarnya.

Terdapat juga dalam kalangan pengguna media sosial yang melontarkan perkataan kesat serta mencemuh disebabkan hantaran tersebut dan terdapat juga yang membuat sindiran tajam.

“Kalau nak settle masaalah, bagi dekat ICU tu semua mati laaa…nyawa pun mainan sekarang, sekarang pun kematian makin meningkat…settle habis masaalah, KKM pun tenang boleh cuti takde penat,” ujar Nurul Atikah.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian ingin memohon maaf. Pihak kami sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber : Kosmo Online / FB Pejabat Kesihatan Daerah Kerian

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Caprlce Akhrnya Dedh Misl Sebenar Lepas Ramai Pers0alkn Vldeo PadangPaslr Beliau

Published

on

Menerusi Telegram miliknya, Caprice memberitahu bahawa dia akan pulang ke Malaysia setelah hampir dua bulan setengah berada di sana.

Perkongsian terbaru di IG story menunjukkan dia telah pun menaiki penerbangan pulang ke Malaysia sebentar tadi. Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan yang paling g.ila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia.

Dalam pada itu, Caprice turut meminta maaf atas kelewatannya kerana dia memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan perkara dalam misinya.

InsyaAllah selepas Caprice sampai Malaysia, Caprice akan k.uarantine 10 hari sebelum menguruskan tempahan barangan serta meneruskan perniagaan yang dah lama tertangguh.

Penyanyi Kau Hade dan Xde Hal Bro itu berkongsi khabar berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.

Dalam perkongsian sama Caprice memaklumkan, segala urusan berkaitan perniagaan akan dijalankan selepas dia mematuhi prosedur o.perasi standard (SOP) k.uarantin kendiri.

“Hoodies K.oyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, m.alangnya saya sekarang urus seorang diri sebab kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” ujarnya.

Meninjau akaun Instagramnya, Caprice ada memuat naik membeli barangan oleh-oleh untuk khas buat peminat dan pengikutnya.

Keluarkan lagu di Mesir

Setelah hampir tiga bulan berada di Mesir, penyanyi rap terkenal, Caprice dikatakan bakal mengeluarkan sebuah lagu yang dihasiklkan di sana sebelum berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini.

Difahamkan penyanyi berusia 33 tahun itu ada mengeluarkan sebuah lagu berjudul ‘T.iger of AlQ.uds’. Lagu tersebut berkisarkan mengenai j.ihadnya yang hendak ke P.alestine.

Dalam masa yang sama, Caprice turut memuat naik instastory yang memaparkan beberapa adegan dalam muzik video barunya itu.

Beberapa adegan di padang pasir sambil memegang bendara P.alestine dapat disaksikan menerusi muzik video itu.

Perkongsian tersebut bagaimanapun menerima ke.caman pengguna media sosial yang mendakwa ianya bertentangan dengan tujuan asal penyanyi itu yang mahu membantu penduduk P.alestin.

Caprice Beritahu Misi

Kredit: OB/IG

Kredit Artikel: Info Terkini

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Lama menghilang, Sajat pernah kata dia ada di Danga Bay ketika ‘live’, sekali Ketua Polis Johor bagi ayat padu

Published

on

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, sedih dengan pemb.uli siber yang mengatanya dengan ayat dan perkataan yang tidak elok kerana semua itu sudah boleh difahami oleh dua anak kembarnya.

Kata beliau, anak kembarnya itu kini berusia enam tahun sudah boleh membaca dan pernah melihat di media sosial perkataan yang tidak elok yang dilemparkan kepadanya selama ini.

“Anak saya tahun depan darjah 1, mereka sudah pandai membaca, pernah tanya saya apa maksud perkataan itu dan ini, saya sedih, tidak mahu mereka dibu.li seperti saya ketika kecil,” ujarnya ketika Live di Instagramnya.

Beliau yang beberapa kali mengesat air matanya ketika bercerita mengenai anak kembarnya itu, tidak mahu perkara yang dilaluinya ketika kecil berlaku kepada kedua-dua anak yang dijaganya itu.

“Saya penjaga mereka sekarang, saya sayang mereka, apabila ada orang tulis, mak kau begitu, mak kau begini dan mereka tanya saya balik, saya jadi sedih, tidak mahu mereka t.rauma dengan dunia media sosial,” ujarnya.

Tambahnya, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk tidak mend.edahkan lagi kedua-dua anaknya itu di media sosial lagi dan biarlah kedua-duanya hidup seperti orang lain.

“Saya mahu beri didikan yang terbaik kepada mereka tanpa meminta b.alasan, sebagai penjaganya, saya akan melindungi mereka agar tidak trauma dengan dunia media sosial dan dapat hidup macam kanak-kanak biasa,” ujarnya.

Reaksi Dari Ketua Polis Johor

Polis Johor akan membuat siasatan berikutan d.akwaan usahawan k.ontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bahawa dia ber­ada di Danga Bay di sini.

Ini susulan dia mendedahkan dirinya berada di daerah ini ketika melakukan penstriman secara langsung di Instagram miliknya malam kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendakwa ushawan tersebut dilihat sengaja ­mengundang kontroversi.

“Saya semak dulu, kadang-kadang dia saja nak jolok (cabar),” katanya ringkas ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, usahawan tersebut membe­ritahu secara terbuka bahawa dirinya berada di Johor selama ini.

Katanya, melalui live di Instagram miliknya malam kelmarin bahawa dia tidak keluar dari negara sebaliknya berada di Danga Bay, Johor sahaja.

“Mana ada saya kat luar negara, saya ada di Johor saja, Da­nga Bay, saya tidak tahu hendak cakap macam mana lagi, saya ada di Malaysia, tidak ke mana-mana,” jelasnya.

Beliau menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanya lokasi tempatnya bersembunyi selama ini.

Pada 23 Februari lalu, usahawan k.osmetik itu dikenakan w.aran t.angkap oleh M.ahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula.

Pada 26 April lalu dilaporkan usahawan itu berkemungkinan berada di luar negara selepas mengetahui Polis Selangor ­bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor untuk mengesannya.

Sumber: Kosmo

Kredit Artikel: News All MHI

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending