Hasrat Ahmad Maslan Untuk Menjadi Timbalan YDP Tak Kesampaian Disebabkan Hal Ini - Rentas Asia
Connect with us

Politics

Hasrat Ahmad Maslan Untuk Menjadi Timbalan YDP Tak Kesampaian Disebabkan Hal Ini

Published

on

PETALING JAYA – Bersatu dilaporkan tidak menyokong Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana sokongan terhadap beliau bertentangan dengan prinsip parti untuk tidak bekerjasama dengan mereka yang ada kes mahkamah.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyerahkan nama Ahmad untuk dicadangkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi cadangan itu boleh ditarik balik.

Dalam pada itu, sebanyak 31 wakil rakyat Bersatu telah menerima “arahan” daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak memberi sokongan kepada Ahmad.

“Ya, Bersatu tidak akan menyokong Ahmad sebagai Timbalan Speaker, kerana beliau ada kes mahkamah.

“Sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin telah menyatakan untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrat.

“Kami berpendapat bahawa Perdana Menteri akan menukar nama Ahmad, tetapi kami setakat ini tidak tahu siapa yang akan menggantikannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Sebelum ini, Ahmad yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO dilaporkan akan berebut jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming daripada DAP.

Memandangkan Pakatan Harapan menamakan Kor Ming sebagai calon tunggal mereka, kerajaan justeru bimbang kedudukan Perdana Menteri akan dipertikaikan sekiranya calon mereka terkandas jika ada apa-apa berlaku ke atas pencalonan Ahmad.

Keadaan itu dilaporkan mungkin mendorong Ismail Sabri untuk mempertimbangkan calon lain untuk jawatan Timbalan Speaker

Ahmad Maslan kemuka 20 tawaran jika dilantik jadi timbalan speaker

Calon timbalan speaker Dewan Rakyat daripada Umno, Ahmad Maslan, hari ini mengemukakan 20 cadangan transformasi parlimen sekiranya dia dipilih menduduki jawatan berkenaan minggu depan.

Ahmad merupakan setiausaha agung Umno dan menjadi calon tunggal daripada pihak kerajaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Cadangan Ahmad hadir sehari selepas seorang lagi calon timbalan speaker – mewakili Pakatan Harapan (PH) – Nga Kor Ming mengemukakan 10 tawaran pembaharuan parlimen jika dia dipilih.

Berikut ialah 20 tawaran transformasi yang dijanjikan Ahmad:

1. Menyediakan seorang pegawai penyelidik bagi setiap ahli parlimen sama ada penyokong kerajaan (backbencher) atau pembangkang untuk membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.

2. Mengemas kini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Order) agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.

3. Mewujudkan seorang lagi timbalan yang dipertua atau timbalan speaker menjadikan tiga orang semuanya. Timbalan speaker ketiga dikhususkan untuk wakil pembangkang. Satu daripada tiga timbalan speaker terbabit seeloknya dari Sabah atau Sarawak.

4. Parlimen terlibat dengan aktif memberi pendidikan demokrasi kepada seberapa ramai rakyat melalui seminar, wacana, pameran, dialog, lawatan dan libat urus (engagement).

5. Mewujudkan program parlimen pelajar untuk mereka di tingkatan empat hingga enam sebagai tambahan kepada program Parlimen Belia dan Parlimen Mahasiswa yang ada sekarang. Penglibatan wanita sangat digalakkan dalam ketiga-tiga program itu. Langkah ini sesuai dengan Undi18.

6. Melanjutkan masa rasmi sidang parlimen daripada 10 pagi hingga 5.30 petang sekarang kepada 10 pagi hingga 6.30 petang. Tambahan sejam itu bagi membolehkan ahli parlimen diberikan peluang masa yang cukup untuk berbahas. Ia tidak termasuk masa-masa tambahan hingga sebelah malam jika diperlukan. Masa pertanyaan menteri (MQT) juga ditambah daripada 30 minit pada hari Selasa dan Khamis kepada 40 minit.

7. Memastikan minimum 12 hingga 15 soalan lisan dapat dijawab dalam masa 120 minit sesi pertanyaan dengan had sekitar masa 8 hingga 10 minit untuk setiap soalan. Ini bermakna sesi pertanyaan lisan ditambah daripada sejam setengah kepada dua jam.

8. Memastikan ucapan ahli parlimen untuk dasar penting diberikan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit, dan jika perlu tambahan sehingga ke malam bagi memenuhi keperluan 20 minit itu. Perbahasan penting adalah seperti usul titah menjunjung kasih diraja, belanjawan, pindaan perlembagaan, rancangan malaysia, rang undang-undang (RUU) baru seperti Akta Pendanaan Politik dan seumpamanya.

9. RUU yang ingin dibentangkan hendaklah diberi kepada ahli parlimen sekurang-kurangnya lima hari sebelum ia dibahaskan bagi menyediakan masa secukupnya untuk ahli parlimen membuat kajian dengan syarat kerahsiaan dan embargo diletakkan.

10. Memperuntukkan RM60,000 setahun dengan kiraan RM5,000 sebulan kepada ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen bebas untuk menguruskan pusat khidmat kawasan masing-masing. Peruntukan itu dianggar mencukupi untuk elaun dua kakitangan dan sewa sebuah pejabat.

11. Mengadakan hari terbuka kementerian secara berkala di parlimen untuk ahli parlimen bertemu secara terus dengan menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah dengan penjadualan yang tersusun pada setiap kali sesi sidang.

12. Sesi kamar khas ditambah waktu dan diadakan pada setiap hari pada sebelah petang dengan membenarkan ahli parlimen bertanya soalan tambahan dan disiarkan juga secara langsung oleh media perdana.

13. Mengadakan latihan pendedahan media sosial kepada ahli parlimen dan kakitangan ahli parlimen dan juga latihan komunikasi, pengurusan, antarabangsa serta ilmu terkini yang relevan dari semasa ke semasa.

14. Menambah bilangan jawatankuasa pilihan khas yang meliputi pendidikan, agama, sosial, pekerjaan, perumahan, indeks gaji, gejala sosial, bisnes dalam talian, kesihatan, ekonomi, kewangan, pembangunan tanah, pelaburan, alam sekitar, mencari pendapatan baru kerajaan dan lain-lain yang sesuai.

15. Menyokong cadangan kerajaan untuk transformasi parlimen sebagaimana yang telah diumumkan oleh perdana menteri pada 10 September 2021 iaitu:

i. RUU antilompat parti akan dibentangkan di Parlimen

ii. Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dalam tempoh terdekat. Justeru, satu RUU pindaan perlembagaan akan dibentangkan.

iii. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.

iv. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.

v. Setiap RUU termasuk RUU perbekalan yang dibentangkan di parlimen akan dirunding dan dipersetujukan secara bersama.

vi. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

vii. Ketua pembangkang diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

16. Setiap ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang diberikan peruntukan khas untuk sesi townhall (dialog awam) dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan RUU baru.

17. Mencadangkan agar ahli jawatankuasa pilihan khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.

18. Mencadangkan agar sesi dialog dengan rangkaian media arus perdana diadakan secara berkala melibatkan ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang untuk memberikan pandangan mengenai isu-isu semasa.

19. Meletakkan adab dan tatasusila yang tinggi dalam perbahasan agar imej parlimen dihormati pada pandangan rakyat bagi mengelakkan parlimen dianggap sebagai sarkas ahli politik.

20. Menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen supaya parlimen mempunyai autonomi dari segi peruntukan, tanggungjawab, kebajikan kakitangan dan perjawatan.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politics

Abang Kepada Ismail Sabri akan lancar parti baru dan yakin Ismail Sabri juga mempunyai pemikiran yg sama

Published

on

Kamarazaman Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum dan mesra kerajaan pada 10 Oktober ini.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kamarazaman yang juga Presiden Penaja kepada Parti Kuasa Rakyat berkata, objektif utama parti tersebut adalah memperjuangkan rakyat golongan B40 dan M40 dari tiga aspek utama iaitu pendidikan percuma, kesihatan percuma dan bantuan penginapan untuk rakyat miskin.

“Kita yakin perdana menteri ini (Ismail Sabri) juga mempunyai pemikiran membela rakyat marhaen daripada sejarah dia duduk (menyandang jawatan) di kementerian- kementerian itu (sebelum ini). Dia agak jelas memihak kepada rakyat kebanyakan, rakyat yang susah,” katanya apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menubuhkan sebuah parti mesra kerajaan.

Tambahnya, keprihatinan Ismail Sabri terhadap rakyat kebanyakan dapat dilihat melalui sejarahnya memimpin beberapa kementerian di bawah portfolionya seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Jadi kita lihat tidak ada pertembungan daripada pemikiran dari pendirian parti dengan apa yang dia (Ismail Sabri) telah buat,” katanya.

Kamarazaman yang juga merupakan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) pada 70-an turut aktif memperjuangkan isu-isu rakyat, sehingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 kerana terlibat dalam demonstrasi Baling di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Demonstrasi itu membantah harga getah yang menjunam yang memberi kesan kepada ekonomi petani dan penoreh getah khususnya di Baling, Kedah yang menyaksikan penduduk di situ kebuluran.

Kamarazaman menyifatkan perjuangan partinya itu sebagai kesinambungan daripada apa yang telah diperjuangkan sebelum ini.

Menurutnya, dia melihat bahawa parti politik sedia ada tiada yang benar-benar terdiri daripada ahli yang berbilang kaum, selain PKR (Parti Keadilan Rakyat).

“Parti ni adalah parti yang dibentuk oleh sekumpulan ahli akademik, profesional, ahli perniagaan, aktivis sosial dan orang yang berfikir untuk meneruskan perjuangan apa yang saya perjuangkan di kampus dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada partinya akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang, katanya perkara tersebut bukanlah menjadi matlamat sebenar perjuangannya.

“Kita tak memikirkan pilihan raya. Kita fikir untuk lahirkan sebuah parti yang perjuangkan hak-hak orang miskin.

“Soal pilihan raya tu bukan matlamat kita. Matlamat kita adalah untuk memperjuangkan rakyat miskin,” katanya.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Politics

Sambil air mata menngalir, ini luahan Nor Azman kepada rakyat Melaka

Published

on

EORANG daripada empat Adun Melaka yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum ini, memohon maaf di atas tindakannya menerusi satu sidang media di Tanjung Kling, pada Rabu.

Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan memohon maaf kepada rakyat terutama di kawasannya kerana menjadi sebahagian daripada gerakan yang menyebabkan kerajaan negeri itu tumbang.

Nor Azman menegaskan beliau dan Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron tidak mempunyai pilihan dan harus menyelamatkan negeri tersebut daripada apa yang didakwa sebagai ‘kepimpinan yang tidak kompeten’.

Nor Azman turut menegaskan dirinya masih ahli Umno walaupun Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Selasa mengumumkan bahawa keahliannya dan Idris telah dibatalkan.

Berikut pula reaksi netizan

Kerajaan negeri Melaka yang diterajui BN tumbang selepas empat orang Adun menarik sokongan terhadap kerajaan negeri berkuat-kuasa Isnin lalu (4 Oktober).

Speaker sahkan DUN Melaka bubar

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Melaka telah dibubarkan.

Perkara tersebut dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam satu sidang media yang diadakan pada Selasa, Ab Rauf berkata, Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Dr Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka.

Ini bermakna pilihan raya tergempar (snap poll) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.Ab Rauf berkata, kerajaan negeri semasa akan menjalankan tugas sebagai kerajaan caretaker sehingga pilihan raya diadakan.

Ab Rauf berkata sepucuk surat telah dihantar kepada Mohd Ali pada Isnin untuk memaklumkan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dan bagi memohon persetujuannya untuk membubarkan DUN.

“Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah memberi persetujuan untuk membubarkan Majlis Perundangan Melaka ke-14 pada hari Isnin, 4 Oktober 2021,” kata Ab Rauf.

Tambahnya proklamasi pembubaran dewan telah diwartakan hari ini (Selasa).

Katanya Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mencadangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaik kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan untuk mengekang penyebaran Covid-19.

Kerajaan negeri Melaka yang diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali semalam tumbang apabila empat orang ADUN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada Umno bersama tiga lagi ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dalam satu sidang media yang diadakan semalam.

Tiga lagi ADUN yang hadir pada sidang media tersebut adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

Sebelum kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional ini, Barisan mempunyai 17 kerusi daripada jumlah keseluruhan iaitu 20 kerusi.

Empat belas daripadanya milik Umno, Bersatu (dua) dan bebas (satu) manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu DAP (tujuh), PKR (dua) dan Amanah dua kerusi.

Selain Nor Azman, tiga yang lain adalah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (Umno); Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee (Bebas) dan Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu).

Sebelum ini, kerajaan Melaka diwakili 17 Adun, dengan 14 daripadanya diwakili Umno, Bersatu (2) dan Bebas (1) manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu DAP (7), PKR (2) dan Amanah dua kerusi

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Politics

Ismail Sabri Jelaskan Kenape Muhyiddin di Lantik Pengerusi MPN Bertaraf Menteri

Published

on

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.

Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya

‘Beri kepercayaan pada Muhyiddin sebab dia pengerusikan MPN dari awal’

Anggota parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin dilantik semua ke Majlis Pemulihan Negara (MPN) kerana dia telah mempengerusikannya sejak awal, kata Perdana Ismail Sabri Yaakob.

“Memang Pagoh pengerusikan mesyuarat ini sejak mula diwujudkan, maka kita beri kepercayaan Pagoh teruskan tugasnya,” katanya dalam sesi soal jawab di parlimen hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim-Bandar Baharu) yang mahu tahu kenapa Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.

Muhyddin dilantik sebagai pengerusi MPN dengan status menteri pada 4 September lalu.

PPN diperkenalkan era pentadbiran 17 bulan Muhyiddin sebelum dijatuhkan oleh Umno.

Rancangan itu memperkenalkan empat tahap sebelum ekonomi dibuka semula sepuhnya dengan mengambil kira jumlah kes harian Covld-19, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending