Kawen dgn duda anak 3, SebuIan tinggal sbumbung dgn anak2 tiri, tiap maIam aku akn berendam airmata - Rentas Asia
Connect with us

Kisah Benar

Kawen dgn duda anak 3, SebuIan tinggal sbumbung dgn anak2 tiri, tiap maIam aku akn berendam airmata

Published

on

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.

Salam semua. Nama saya Mimi. Berusia 34 tahun. Ibu kepada seorang cahaya mata yang berusia 6 tahun. Bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat swasta berpendapatan RM4k++ sebulan dan suami bekerja sebagai penjaga stor (kerja sekarang).

Kisah saya bermula ketika saya di semester akhir pengajian Ijazah saya. Saya mengenali suami yang ketika itu sudah setahun bergelar duda anak 3..

Ketika itu saya berusia 24 tahun, dan suami berusia 42 tahun. Yea.. beza umur kami 18 tahun. Ketika itu suami saya bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang.

Diawal perkenalan dengan suami, saya sudah dimaklumkan mengenai statusnya. Suami mempunyai anak berusia perempuan 19 (lelaki), 16 (perempuan) dan bongsu lelaki 9 tahun. Saya juga mengetahui bahwa ketiga tiga anak suami tinggal bersama suami.

Ketika menjalinkan hubungan dengan suami, suami selalu membawa bersama anak anak, yang kedua dan bongsu keluar bersama dengan alasan untuk kami mesra. Alhamdullillah hubungan saya dengan anak anak suami (anak tiri saya sekarang) ok..

Dipendekkan, genap 2 tahun kami bercinta dan saya pun telah bekerja, kami decide untuk berkahwin.

Disaat ingin memperkenalkan suami kepada keluarga saya, banyak juga halangan dan soal jawab dari parent dan adik beradik. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka terkejut dengan pilihan saya yang berstatus duda anak 3. Akhirnya keputusan kami untuk berkahwin direstui..

Bermulalah kehidupan saya sebagai seorang isteri dan ibu tiri kepada 3 orang anak.

Sebulan tinggal sebumbung dengan anak tiri, Allahu setiap malam saya berendam airmata.. 4 bulan usia perkahwinan, saya dimaklumkan bahawa kilang tempat suami bekerja akan ditutup.

Dan suami telah direzekikan bekerja sebagai penjaga stor disebuah syarikat percetakan.

Kini dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Saya dikurniakan seorang anak yang kini berusia 6 tahun.

Yea saya bekerja. Jam 6.30am saya sudah bergerak ke office. Jam 7pm baru saya sampai dirumah.

Penat tu Allah je tau sebab sebelum kahwin saya menyewa dekat dengan office. Tapi lepas kahwin suami minta saya pindah ke rumahnya di Rawang. Tiap hari saya ulang alik. Tapi demi suami tercinta, saya sanggup berkorban.

Saya bukan merungut.. Tapi sekadar meluah rasa. Anak tiri saya yang walau dah besar dan dah anak dara, mereka tak pernah membantu dari segi kerja rumah.

Jika fikirkan perut saya dan suami saja, bila penat kami boleh je makan kat luar. Tapi mengenangkan 3 lagi mulut yamg perlu disuap, takkan tiap tiap hari makan kat luar. Dengan suami pendapatan RM1500 sebulan, mana mampu untuk itu….

Yea saya tahu menjaga perut suami tanggungjawab isteri. Tapi apa salahnya bila “ibu” masak didapur, si anak tiri yang besar panjang tu datang tolong sekali di dapur. Ini tidak, anak anak hanya datang ke dapur bila semua dah siap terhidang atas meja..

Dan hanya membasuh pinggan yang digunakan sahaja walhal ada peralatan masak diletak sekali di dalan sinki, tapi diletak tepi tanpa tolong membasuh.

Saya sejenis yang malas nak panggil panggil. Anak dah besar panjang, dah ada akal fikiran. Itu baru kisah masak, belum masuk part rumah..

Anak anak tiri saya sejenis yang “tak pandai tengok rumah kemas”. Saya tak tahu nak describe macam mana..

Saya dah terbiasa dengan keadaan rumah yang bersih dan kemas. Tapi bila saya kahwin, saya seolah olah mendapat “kejutan”. Bilik bilik anak tiri saya ya Allah bersepah dan berbau busuk.

Saya pernah minta tolong anak tiri untuk kemas apa yang patut, tolong kat dapur, mereka boleh jawab,

“Mak cakap kemas rumah ni tanggungjawab isteri. Mak cakap masak tu tugas isteri bukan tugas anak”. (mak itu merujuk bekas isteri suami).

Allahu, sejak mereka menjawab macam tu, saya dah tak minta mereka tolong buat kerja rumah.

Mereka hanya tahu makan, tengok movie, game. Saya penat. Penat emosi saya. Kadang saya rasa ni dah macam orang gaji. Penat di office tak hilang, tambah penat dirumah.

Bila saya suarakan kepada suami pasal sikap anak anak dia dan minta dia nasihatkan anak dia, dia hanya cakap,

“Sayang kena main peranan, abang dah malas cakap diaorang dah besar dah reti fikir”..

Boleh dikatakan hubungan kami suami isteri ni ok. Tapi bila bergaduh puncanya 99% kerana anak anak tiri.

Suami seorang ayah yang bertanggugjawab. Walau gaji suami hanya RM1500 sebulan, dia akan agih agihkan duit belanja, duit bas, duit belanja dapur..

Tidak dinafikan saya ada juga membantu dari segi kewangan. Kereta, utiliti, yuran bulan anak saya, semua saya bayar sendiri sebab tak nak bebankan suami.

Apa yang saya geram, bekas isteri seolah olah brainwash anak anaknya. Untuk makluman, anak anak tiri akan ke rumah mak mereka selang 2 minggu sekali. Dan setiap kali balik dari rumah maknya, mesti perangai baru dapat.

Pernah saya suarakan dekat anak tiri bongsu (yang kini form 4) berkenaan duit belanja sekolah tiap kali balik dari rumah maknya, dia cakap maknya tak pernah bagi duit belanja sebab mak cakap bagi belanja sekolah kat anak bukan tanggungjawab mak, tapi tanggungjawab ayah..

Bekas isteri suami 100% serahkan tanggungjawab anak kepada suami saya walau dia tahu gaji suami saya tak seberapa. (bekas isteri suami pernah berkahwin di Thai dan menjadi isteri kedua sebelum dicerraikan selepas 5 bulan berkahwin)

Saya tak pernah menghalang suami menjalankan tanggungjawab kepada anak anak sehingga keperluan anak kandung saya kebanyakannya saya guna duit saya sendiri sebab saya tahu gaji suami saya tak seberapa.

Ekoran macam macam yang saya hadapi, saya pernah suarakan untuk pindah rumah. Tinggal berdua dengan anak kandung saya dan suami tinggal dengan anak anak tiri saya..

Suami izinkan dengan syarat kena bawa anak anak tiri saya sekali. Saya dah explain banyak kali yang saya stress tinggal dengan anak anak tiri. Tapi suami tetap dengan pendirian. Akhirnya saya mengalah dan terus tinggal dengan anak anak tiri..

Untuk pengetahuan, suami pernah berbincang dengan bekas isteri untuk gilir gilir jaga anak mereka. Tapi bekas isteri taknak jaga dengan alasan anak anak tanggungjawab suami dan siap cakap,

“Takkan nak jaga anak baru je..” (ditujukan kepada anak). Ketika perbincangan, saya ada sekali.

Boleh dikatakan hidup saya tak ada privacy.. Berjalan/ bercuti kemana mana mesti bawa anak anak tiri dan segala kos hotel, makan minum semua saya yang tanggung.

Sebab kalau saya tak nak keluar duit, suami tak nak ikut bercuti. Saya nak suami ada dengan saya disaat saya bergembira..

Saya kini dalam proses menunggu kelulusan loan rumah atas nama saya. Mohon semua doakan loan saya lulus dan saya dapat keluar dari rumah ni dengan alasan yang kukuh.

Reaksi warganet

Diha Madihah –
Sebelum kawin lagi dah kena kuat mental sebenarnya. Dengan status bakal husband, lagi lagi anak tiri muda sikit je dari sis dan husband pun mungkin tak sekufu dari segi akademik. Segala macam kemungkinan ada..

Nazliah Manang –
Dah tau duda. Anak anak tinggal sekali. Hurmn degil sangat mau kawin nah. Ini makan dia. Sorry kalau komen tidak berhati perut.

Orang putih cakap, damage is done (eh betul ka saya tulis tu?) jadi kena hadap jugalah…

Puan kena bertegas dengan anak anak tiri. Jangann layan sangat. Dorg tunggu puan balik kerja dan masak baru mau makan? Oh, senang ja, masak macam biasa pastu makan berdua dengan anak 6 tahun tu.

Yang sudah berjanggut tu pandai pandailah makan sendiri termasuk bapak dia sekali. Sorry tt kejam sangat Komen.

Hanis Zaini –
Rasanya pernah baca bapa tiri kawen dengan janda anak 5. Anak tiri semua dimanjakan oleh ibu depa.

Tapi bapa tiri ni punya style gangster. Dia disiplinkan anak anak tiri dia sampai yang sulung dah pndai basuh berak adik dan jaga adik walaupon yang sulung masih sekolah. Lama lama si ibu pon akur pada suami

Puteri Pelangi –
Balik keje puan dah penat, kene masak pula dengan perut kosong. Lepastu anak anak yang dah besar malas ke dapur….

Nasihat saya, puan makan dulu sebelum balik rumah sebab puan perlu energi tambahan. Kalau boleh, ajak suami tu tolong kat dapur. Baru dia tau, penat ke tak. Habis keje opis, sambung keje dapur..

Nanti kalau suami pun rasa letih kat dapur, otomatik dia bebel kat anak dia tuk tolong keje umah. Moga dipermudahkan… Aamiin..

Nurul Afifa Huda Othman –
Okay, damage has been done. Now, puan confessor inginkan penyelesaian. Kalau you keluar rumah tanpa izin, dah jatuh nusyuz..

Bincang la baik baik dengan suami. Kalau you tak pasti nak buat macam mana, jumpa kaunselor perkahwinan atau boleh dapatkan nasihat dari pejabat agama. Cari jalan penyelesaian untuk punca masalah puan iaitu anak anak suami serta suami yang lepas semua tanggungjawab besarkan anak anak dia ke bahu puan..

Nur Amelina Hasan –
Saya doakan loan awak lulus dengan cepat. Nanti bila dah pindah rumah, kalau terpaksa jugak bwak anak tiri, awak tetapkan rules dalam rumah tu.

Kalau diaorang jenis pemalas, halau je mereka tu dari rumah awak. Dan yang paling penting buat persediaan untuk hibah rumah tu kat anak kandung awak..Ye la kita tak tau dimasa akan datang apa akan jadi.

Ditakdirkn awak dan suami jodoh tak panjang, mungkin rumah tu suami awk boleh tuntut dalam harta sepencarian walaupun suami tak bayar 1 sen duit pun dekat atas rumah tu.

Ataupun jika awak dijemput Ilahi dahulu tidak la rumah tu jadi rebutan anak anak tiri yang kurang ajar tu.. Apa apa pun kalau beli rumah hibahkan rumah tu atas nama anak kandung awak. Tak pun nama mak ayah awak.. Mereka je layak..

Izz Imani –
Kalau saya, saya buat macam biasa.

1. Marah, bebel dan beleter macam mak mak lain kalau tak tolong kerja rumah atau tak kemas bilik sendiri. Lama lama kalau anak anak tiri tak tahan, diorg akan ikut juga atau lari Balik rumah mak kandung. Biarkan je, janji niat kita baik.

2. Maaf saya akan kedekut sikit dengan suami sebab saya nak ajar dia supaya tak bergantung dan lepas tangan dengan saya. Takkan semua kita nak tanggung.

3. Sentiasa ingatkan, cakap atau menyanyi lah di tepi telinga anak tiri dan suami awak tu. Bab bab duit ni banyak awak yang tanggung supaya mereka sedar sikit.

4. Awak pun jangan jadi lembut sangat nanti orang pijak Kepala. Suarakan apa yang awak tak puas hati dengan suami dan bekas isteri. Ajar betul betul anak anak tiri supaya hormat kan awak.

Sumber – MIMI SI IBU TIRI (Bukan nama sebenar).

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah Benar

Akui siIap, lelaki mohonmaaf vraIkan foto wanita tunduk dekat peha pemandu Myvi

Published

on

Aktiviti yang dilakukan di dalam kenderaan seperti kereta biasanya boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain andai kereta berkenaan tidak memasang tinted atau menggunakan cermin tinted yang agak cerah.

Jadi, tidak hairanlah jika perbuatan ‘pel!k’ seseorang boleh ditangk4p kerana mendatangkan tanda tanya kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi apabila dilakukan pada waktu siang di tempat umum.

Macam tengah cari barang?

Dalam satu perkongsian yang tular di laman Twitter Jabatan Netizen Negara, seorang pengguna media sosiaI telah menghantar beberapa keping gambar pasangan lelaki dan perempuan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencvringakan.

 

Difahamkan, gambar tersebut diambil di lampu lsyarat Taman Sejati, SUngai Petani, Kedah apabila seorang perempuan bertudung kelihatan sedang berb4ring di pehaa pemandu.

Walaupun tidak dapat dipastikan ‘aktiviti’ yang sedang dilakukan, namun menerusi ruangan k0men ramai yang mulai berandai-andai berkenaan gambar yang viraI itu.

Minta maaf sebab viraIkan sesuka hati.

Sedar akan keterlanjuran menularkan gambarserta nombor plat kereta tersebut, Shahzuwan Emilia telah menulis di ruangan Facebooknya dengan memohon maaf diatas tind4kan tersebut.

Dia memaklumkan telah dihubungi pemandu kenderaan itu dengan menyatakan haI sebenar iaitu wanita terbabit tunduk ke peha pemandu bertujuan untuk mengambil barang yang jat0h.

Menurutnya lagi, dia selaku individu yang menularkan gambar berkenaan memohon maaf kepada pemandu Myvi berkenaan kerana telah mengundang fitn4h setelah haI berkenaan viral di media sosial.

Sedar akan kesalahan yang dilakukan, dia berharap agar orang ramai yang telah berkongsi semula gambar tersebut untuk memadamkannya kerana salah faham yang berlaku antara mereka sudah diselesaikan.

Dia dan individu yang ditularkan itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tind4kan undang-undang jika masih ada pihak yang cuba untuk menaikkan semula haI terbabit ke media sosiaI sehingga mencetuuskan perbal4han sesama warganet.

Sumber: Twitter @jnmalaysia, Facebook Shahzuwan Emilia

Via omm

Kredit Artikel: IHANGAT MEDIA

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita/Borak La Apa Pon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Kisah Benar

Aku sedihbila tau suami dpt isinar tp satu sen pun dia tak bagi dekat aku. Jeles aku tgk suami orang lain hargai sangat2 kat lstri dia

Published

on

Assalamualaikum. Just nak meluahkan perasaan je. Baru2 ni husband ada dapat duit isinar tapi satu sen pun dia tak bagi dekat aku. Dia cuma beli barang dapur dan belanja makan je. Kitaorg dah 3 tahun duduk rumah sewa mesin basuh pun takde lagi.

Hari tu aku ada cakap n4nti kalau dap4t duit kwsp tu belilah mesin basuh. Tu je aku minta tapi lain jawapan yang aku dapat. Aku tahu dia betulkan kereta dengan duit tu, bayar hutang sikit2 dan settle kan bill2 air dan mantainance rumah tapi takkan takde lebih.

Aku suri rumah je kadang2 nak jugak beli barang2 keperluan aku dari hasil titik peluh suami.

Tapi apakan daya dia still tak faham aku. Semalam dia marah aku dia tanya kenapa tiba2 nak sentap xde angin xde ribut.

Dia paksa aku cakap kenapa apa salah dia tapi min aku xtak boleh nak cakap nak luah kat dia rasa macam berat sangat mulut aku ni nak luah.

Aku just cakap kat dia tanya diri sendiri and kalau luah pun nanti buat lagi aku cakap macam tu .

Nursyafira Nasir – bukan payah, dia xmau beli mesin basuh xpayah basuh bju dia.. hahahahhaa satgi ramai mai kecam aku… hmm mesin basuh kepentingan bersama tau dak.. haish toklaki pun…

Cma mungkin dia tak faham keadaan puan. Kalau dia betul2 kedekut, sesen pun dia tak kan belanjakan untuk kat rumah, sebaliknya dia suruh puan cari sendiri. 1 lg alternatif terbaik, puan carilah part time dropship. Sambil2 je. Pg2 puan buat marketing. Tghari selesai semua kerja, puan boleh check kalau2 ada order masuk.

Insyallah puan, Allah nak duga kita ni mcm2 cara, cuma mcammna kita nak hadap, nak minta tlg Allah. Itu saja. . Semoga puan diberi ketabahan, kegembiraan dan ketenangan dalam hubungan suami isteri.
P/s : jgn ukur kegembiraan, kesenangan org dgn kita. Sebab Allah dah atur jalan cerita masing2

Aimiera Azha – Xtaw nak kata. Tpi duit pnya hal mcm2 boleh jadi. Sebab tu aku sakit pun aku kerja. Manatahu harini laki aku elok. Esok2 xtaw lagi. Jadi baik aku beringat jala.

Ti Ha – Die xbeli mesin basuh, kau xyah la cuci baju, biar semua baju bertaik lalat, kalau die tnya knp xcuci baju, kau ckp la kau bukan mesin basuh nak kena cuci kain baju, segala kerja rumah ni tugas suami tau tmsok la mencuci kain baju.

Kita ni tugas jaga anak, didik anak, layan suami, Kita tolong die buat smua kerja rmh, dri memasak, mencuci tu smua belas ikhsan kita pada suami. kalau aku, mmg xde la nak tahan smpai 3 thun xde mesin basuh,

Kalau die cop duit sgt, kau hari2 anta je baju dkt dobi. Settle.

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Kisah Benar

“Ikat tali kasut barang kali ” Adegan TerImpau dalam Myvi menggemparkan warganet

Published

on

PETALING JAYA – Sebelum ini kereta Perodua Myvi sering terkait dengan pelbagai kontroversi dan kesalahan di atas jalan raya.

Bagaimanapun baru-baru ini, kereta yang digelar ‘king’ sekali lagi terpalit dengan satu kontroversi memperlihatkan sepasang individu di dalam kereta perodua Myvi dipercayai melakukan satu adegan yang tidak bermoral.

Tindakan pasangan tersebut mengundang persoalan orang ramai kerana kelakuan itu dipercayai seakan-akan aksi intim dan menjadi satu kesalahan yang besar apabila melakukuan perbuatan terkutuk itu di tempat terbuka.

Menerusi perkongsian gambar oleh Jabatan Netizen Malaysia di Twitter, ‘king’ Myvi itu dipercayai sedang berhenti di sebuah kawasan lampu isyarat lalu pasangan tersebut didakwa melakukan aksi yang tidak senonoh itu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

Salah seorang pengguna @Abdull Majas berkata, tindakan pasangan tersebut sangat-sangat tidak bermoral apabila mereka berani untuk melakukan aksi seperti itu di khalayak ramai.

“Jika betul apa yang dilakukan oleh pasangan itu, ia merupakan satu perbuatan yang sangat jijik lagi-lagi apabila melakukan aksi seperti itu di tempat terbuka,” jelasnya.

Sementara itu, @Fareza Rodza berkata, dia tidak mahu menjatuhkan hukum pada pasangan Myvi tersebut, tetapi jika apa yang dilakukan oleh mereka itu benar harap pasangan tersebut segera bertaubat.

“Saya tak nak menuduh atau menjatuhkan hukum ke atas mereka sebab takut nanti jadi satu fitnah, tetapi jika betul apa yang mereka buat berdasarkan komen yang saya lihat, saya harap mereka segera bertaubat,” ujarnya

Sumber Kosmo

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending