Perli Pakai Serban Dalam IG Live, Caprice Slumber Gelar Sharnaaz 'S0tong’ - Rentas Asia
Connect with us

Entertainment

Perli Pakai Serban Dalam IG Live, Caprice Slumber Gelar Sharnaaz ‘S0tong’

Published

on

Gelagat pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya ketika membuat video live di laman sosial Instagram seringkali menjadi perhatian netizen. Sebelum ini video live mereka berdua bersama dua lagi pelakon iaitu Zizan Razak dan Hairul Azreen menarik perhatian apabila mereka dengan bersahaja ‘berbincang’ mengenai isu viral membabitkan penyanyi Rap Malaysia dan beberapa individu lain.

Terbaru, live IG Sharnaaz dan Shukri sekali lagi menjadi tumpuan apabila mereka ‘berseloroh’ seakan memerli seorang penyanyi Rap Malaysia yang baru pulang dari Mesir.

‘Bang bang bang, keychain’

Berdasarkan sedutan video dari IG live tersebut, memaparkan Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sedang berbual-bual dan dalam masa yang sama, mereka berdua mencuba beberapa filter di IG. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir seolah-olah berada di Mesir.

Shukri Yahaya tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat Shaarnaz memakai filter tersebut. Tidak terhenti di situ, Shukri kononnya bertanya keberadaan rakannya itu dan dengan spontannya Sharnaaz menjawab dia berada di Jordan.

Saya baru balik. Tadi ada orang kirim keychain sama saya. Mana keychain. Saya sudah bawa keychain ni. I want to give you my keychain. Bang bang bang, keychain.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat aksi spontan mereka berdua. Bahkan netizen juga sudah dapat agak siapakah individu yang dimaksudkan Sharnaaz dan Shukri. Namun tidak lama selepas, Shukri yang masih menahan ketawa meminta Sharnaaz menukar kepada filter lain. Sharnaaz kelihatan langsung tidak membantah dan hanya menuruti sahaja kata rakan baiknya itu.

Sementara di IG, Caprice telah memberi respon berhubung video live tersebut.

Dari jauh je berani sotong see u when i see u, Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz Ajak Caprice Bersemuka Isu Pakai Serban Di IG Live – ‘Mai Sini Kita Tengok Siapa Pula Yang Sotong’

Sesi Instagram live di antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya Shukri Yahaya, semalam ternyata menjadi bualan hangat netizen sehingga ke hari ini. Lebih teruk, rata-rata netizen mendakwa Sharnaaz sengaja meniru dan memerli cara Caprice di media sosial.

Susulan daripada itu, Caprice turut memberi respon dan memberitahu kepada umum bahawa pelakon tersebut hanya berani dari jauh sahaja. Malah, Caprice turut menyifatkan Sharnaaz seperti ‘sotong’. Geram sebaik sahaja mendengar respon yang diberikan, Sharnaaz mengajak Caprice untuk bersemuka.

Mari la sayang

Menerusi Instagram Story, Sharnaaz dilihat sudah menghantar lokasi kepada Caprice sebaik sahaja pelantun suara ‘Kau Hade’ itu mengajaknya untuk bersemuka. Menerusi posting tersebut juga, Sharnaaz mendakwa Caprice seorang yang pen4kut dan telah ‘block’ nya di media sosial.

Terdahulu, Sharnaaz dan Shukri Yahaya telah mencuba beberapa filter di IG semasa melakukan sesi live bersama para peminat. Filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir itu seolah-olah menunjukkan dia kini berada di Mesir. Pada masa yang sama, Shukri Yahaya dan rata-rata netizen tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat gelagat Shaarnaz yang seakan-akan macam Caprice pada waktu itu.

Dalam posting terkini, Caprice juga memuat naik gambar resepi masak S0tong

Sumber: _syifahanapi, Caprice

Kredit Artikel: Kisah Nyata

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entertainment

Akhrnya, Dr Rushdi Tampil Ddah Cerlta Sbenar Apabila Dikatakan N0ra Minta Crai Isteri Prtama

Published

on

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Tidak pernah terlintas di fikiran Nora dan suaminya, niat baik mereka menghebahkan berita pernikahan disambut dengan tuduhan tidak berasas.

Penyanyi masyhur itu yang mengumumkan beliau sudah menjadi isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya terpaksa berhadapan dengan d.akwaan liar yang semakin luas tersebar di media sosial.

Dikatakan Dah Kahwin Selama Dua Tahun

“Astaghfirullah hal ‘azim,” demikian respon penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila muncul satu k.ontroversi panas membabitkan perkahwinannya baru-baru ini.

Menurut Nora, kesemua yang dinyatakan itu adalah tidak benar dan hanyalah f.itnah semata-mata.

“Astagfirulllahalazim..Semua ini f.itnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya,” katanya ringkas.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut juga mend.akwa Nora pernah memaksa suaminya itu untuk menc.eraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan pen dan kertas.

Nora bukan baru kahwin ya. Sudah dua tahun tapi katanya baru dilamar. Dia beritahu kepada umum kononnya baru dilamar apabila wajah suami baharunya itu kantoi dalam satu video percutian Nora ke Langkawi.

Hebat Nora berjaya menipu satu Malaysia. Boleh tanya Nora sendiri, berani kerana benar, d.akwa pengguna laman sosial tersebut.

Dakwa netizen, Nora telah memaksa Dr Rushdi menceraikan isteri pertamanya selain pernikahan mereka sudah memasuki usia dua tahun.

Tanpa menunggu lama atau membiarkan d.akwaan itu berlanjutan, Dr Rushdi tampil memberi penjelasan.

Menurut Dr Rushdi, segala kenyataan yang ditularkan di media sosial merupakan f.itnah dan t.ohmahan semnata-mata.

“Saya Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah div.iralkan pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu f.itnah, adalah satu tohmah yang berniat j.ahat dan b.uruk.

“Allahuakbar… semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat j.ahat terhadap kami dan terhadap perkahwinan kami,” kata Dr Rushdi dalam rakaman suara yang diedarkan kepada wartawan pada Ahad.

Kredit : Astro

Kredit Artikel: ONLINE MALAYA

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Entertainment

Nora Danish kongsi gambar panjat bukit, sekali benda lain netizan perasan

Published

on

Penampilan pelakon kecil m0lek, Nora Danish sering kali m3njadi buah mulut netizen. Jika sebelum ini, Nora Danish menerima kecaman yang he bat daripada n3tizen susulan berkongsi outfit ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah bersama keluarga dan rakan baiknya.

Ke mana seterusnya?

Terbaru, pelakon yang sinonim dengan drama Puteri berkongsi aktiviti hu jung minggunya dengan mendaki Bukit Dinding, yang terletak di Taman Setiawangsa. Menerusi kapsyen pendek yang dikongsi, Nora berjaya menghabiskan trek bukit tersebut se jauh enam kilometer dan sempat bertanyakan lokasi seterusnya bagi melakukan aktiviti lasak ini.

Kali pertama, dan bukannya kali yang terakhir. Mana seterusnya? #6Kilometer.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah outfit Nora berwarna coklat ketika mendaki bukit yang dikatakan seksi dan menampakkan sosok badannya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai kurang senang dengan pakaian pelakon cantik ini berikutan dirinya sudah memegang status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

Respon netizen

Sumber: Nora Danish Via OhBulan

Kredit Artikel: Kisah Nyata

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Continue Reading

Entertainment

Kemana Menghilangnya Anita Sarawak Terjawab “Superstar Yg Sering Terkait Dgn Berita Palsu Beliau Menlnggal Dunia”

Published

on

Misteri ‘kehilangan’ penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 69, sejak enam tahun lalu sering meletakkan adiknya, pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noorkumalasari atau Noor, 65, dalam situasi sukar.

Sering kali menjadi buruan, terutama wartawan yang ingin mendapat penjelasan sebenar setiap kali berita terbaru tentang Anita diperkatakan, Noor diibaratkan seperti berada dalam situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Mata dan Hati Seorang Kekasih itu, berbohong bukanlah prinsipnya. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk berselindung atau menyembunyikan kenyataan kerana Noor yakin, kebenaran pasti akan terbukti.

Bertemu Noor ketika menjalani penggambaran telefilem, Pintu No 9 arahan Fadzil Teh terbitan Zeel Production yang mengangkat kisah benar mengenai arwah ibu bapanya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum di Makkah, menyingkap segala kisah yang selama ini hanya tersimpan di sudut hatinya.

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, sejak Anita yang mesra dipanggil Kak Nita bergegas pulang ke Las Vegas, Amerika Syarikat bersama suaminya, Mahathir Abdullah pada pertengahan tahun 2011, beliau sering berada dalam situasi yang serba salah.

“Pada awal kehilangan Kak Nita, saya amat tertekan apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada mereka yang ingin mengetahui kedudukan sebenar. Sehingga hari ini, masih ada yang bertanya. Sejak Kak Nita kembali ke Las Vegas, saya hanya sekali berpeluang bercakap dengannya.

“Itupun ketika Kak Nita menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari jadi. Ketika itu, suasana masih panas dan wartawan sering memburu saya. Jadi, saya ambil keputusan tidak lagi menghubungi Kak Nita. Biarlah saya tidak tahu apa-apa cerita mengenainya kerana rimas menjadi buruan.

“Saya tidak pandai berbohong dan apa yang berlaku ini meletakkan saya dalam dilema. Kak Nita juga amat faham dengan situasi saya, malah tidak mahu masalahnya menjadi beban dalam hidup saya. Mungkin kerana tidak mahu saya terus tertekan, Kak Nita tidak lagi menghubungi saya.

“Secara jujur, sudah enam tahun saya tidak berhubung dengan Kak Nita. Saya sedih kerana hubungan kami tidak lagi seakrab dulu. Sejak itu, saya tidak lagi menerima panggilan ucapan hari jadi seperti yang sering dilakukannya setiap tahun,” katanya dalam nada sebak.

Mahu jalani kehidupan biasa

Noor berkata, Kak Nita bagaimanapun, masih berhubung dengan kakaknya, Noraini malah sering berkirim salam kepadanya.

“Saya tidak tahu nombor telefon baharu yang digunakan Kak Nita kerana hanya Noraini yang masih berhubung dengannya. Lebih baik begini. Apa saja isu yang timbul termasuk Kak Nita dikatakan sudah kembali ke Singapura, saya hanya mengetahuinya menerusi wartawan.

“Setahu saya, Kak Nita tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Sebelum terputus hubungan, Kak Nita memberitahu, tidak mahu menyanyi lagi. Dunia gemerlapan sebagai selebriti sudah dibuang jauh daripada kehidupannya.

“Kak Nita mahu menjalani hidup seperti orang biasa. Berehat ketika usia memasuki penghujung senja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Kak Nita mahu keluar ke pasar dengan bebas setiap hari tanpa diekori lensa kamera. Jika berada di Malaysia atau Singapura, semua itu tidak dapat dilakukannya dengan bebas,” katanya.

Kebenaran cerita perpisahan Anita, Mahathir

Noor yang terkenal sebagai bintang air mata juga tidak dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran kisah Kak Nita dan Mahathir yang dikhabarkan telah berpisah.

“Ketika Kak Nita pulang tergesa-gesa tempoh hari, sudah timbul kisah rumah tangga mereka berantakan. Saya masih ingat, Kak Nita dan Mahathir meminta dua adik-beradik kami iaitu Noor Salasawati dan Noor Jumaaton menghantarnya ke lapangan terbang. Itupun mereka tidak dibenarkan keluar, hanya melambai daripada kereta,” katanya.

Noor mengakui, beliau terkejut apabila mendapat tahu Kak Nita bergegas pulang ke Las Vegas begitu saja tanpa berjumpa ahli keluarga terlebih dahulu. Perkara itu hanya diketahuinya melalui dua orang adik beradiknya yang menghantar Kak Nita ke lapangan terbang.

“Sebelum itu, Kak Nita meminta saya mencari sebuah kediaman kerana dia ingin membelinya. Kak Nita sudah merancang untuk menetap di Kuala Lumpur, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Saya memang kecewa kerana sudah berusaha mencari kediaman yang selesa untuk didiaminya. Saya pernah bertanya mengenai Mahathir ketika mereka di Las Vegas, tetapi Kak Nita memberitahu suaminya sibuk dengan kerja. Saya tidak langsung berpeluang bercakap dengan Mahathir.

“Saya memang tidak tahu, hanya Kak Nita yang menyimpan jawapannya. Ada kemungkinan di lapangan terbang itu mereka berpisah. Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir, mungkin,” katanya.

Kak Nita berkecil hati

Noor berkata, sebelum membuat keputusan untuk pulang ke Las Vegas, Kak Nita sering menghubunginya pada tengah malam untuk meluahkan perasan terutama mengenai kerjayanya. Noor mengakui, antara faktor yang mendorong dan mendesak Kak Nita mengambil keputusan drastik tersebut kerana berkecil hati dengan pengurusan sebuah saluran TV.

Perkara itu bagaimanapun, mereka tidak pernah bercakap mengenainya kerana Noor yang kali terakhir membintangi filem Penghujung Malam pada tahun 1992, enggan kakaknya itu berkecil hati.

“Apabila timbul pelbagai isu mengaitkannya, saya pilih untuk tidak bertanya. Jika Kak Nita mahu bercerita, saya sedia mendengar. Kak Nita tahu bagaimanapun mahu mencari saya. Jika Kak Nita masih ingat adik-beradiknya, saya pasti beliau akan mencarinya,” katanya.

Mengulas khabar angin yang mengatakan Kak Nita sudah berhijrah dan kini mengasingkan diri, Noor berkata, jika benar perkara berkenaan, beliau bersyukur dengan perubahan kakaknya itu.

“Tidak kisah jika Kak Nita mengasingkan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika benar, Alhamdulillah kerana ini berita gembira buat saya dan keluarga. Jauh di sudut hati, saya mengharapkan Kak Nita bertemu insan yang boleh membimbingnya.

“Pada usia mencecah 69 tahun, apa lagi yang kita harapkan dalam hidup. Pengakhiran hidup itu yang harus kita fikirkan,” katanya.

Kredit Artikel: Kisah Nyata

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending