Teman Wanita Dedah Tempat Pertama Alvin Goh Pergi Selepas Panjat Pagar SPRM - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Teman Wanita Dedah Tempat Pertama Alvin Goh Pergi Selepas Panjat Pagar SPRM

Published

on

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang h4ram dan judi dalam talian bersembunyi di sebuah pusat peranginan di Pahang dengan bantuan teman wanitanya yang juga warga China sebelum ditahan semalam.

Menyedari dirinya semakin hampir dik3san polis dan bimbang dit4han menyebabkan Alvin menyewa dua bilik di sebuah pusat peranginan berkenaan mengaburi mata pihak berkuasa.

Tempat Petama Dia Pergi Selepas Panjat Pagar SPRM

Menurut sumber, bilik kedua di tingkat 10 itu baru dipesan suspek sejak kelmarin bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas melarikan diri selepas dibebaskan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 11 Oktober lalu.

Sumber berkata, selepas berasakan dia semakin ter4ncam’, Alvin menukar lokasi persembunyiannya di sebuah residensi lain di pusat peranginan itu seminggu kemudian.

“Pada mulanya Alvin dan teman wanitanya mendiami sebuah bilik di tingkat 23A namun semalam (kelmarin) memesan satu lagi bilik lain di tingkat 10 blok yang sama,” katanya.

Suspek dan wanita berkenaan ditahan 1.30 pagi semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, Alvin direman tiga hari bermula semalam selepas mendapat perintah dari mahkamah bagi membantu kes perjudian di Cheras.

“Wanita warga China yang dipercayai teman wanitanya pula akan dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya ketika dihubungi.

Nik Ros berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung pembabitan dan kegiatan suspek dalam perjudian itu mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam pada itu, Sumber berkata, akaun bank dan syarikat milik Alvin dibekukan SPRM susulan disiasat berkaitan pengubahan wang haram.

Dalam perkembangan lain, katanya, SPRM kini mengumpul bukti kukuh sebelum memanggil individu termasuk artis yang disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram.

“Setakat ini belum ada individu baharu termasuk artis tampil dan SPRM hanya akan memanggil mereka dalam masa terdekat selepas bukti dikumpul dan cukup untuk menyiasat pembabitan mereka,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan suspek dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sebelum ini anggota polis berpangkat koperal serta lelaki bergelar Datuk direman selama 21 hari bermula semalam sehingga 3 November depan bagi membantu siasatan kes perjudian atas talian di Cheras.

” Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya”-Suspek Macau Scam

Video penafiannya berdurasi empat minit dan 40 saat dipercayai turut dimuat naik dalam Facebook oleh kenalan Alvin sejurus selepas ahli perniagaan itu diberkas PoIis Diraja Malaysia (PDRM).


 

Dalam video itu, Alvin mengakui tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri serta mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, namun tidak pernah membekalkan kepada sindiket Mcau Scam atau perjuudian atas talian.

Dia turut mendkwa hanya kira-kira RM1 juta wang milik syarikat dibekukan SPRM bagi membantu siasatan.

Selain itu, Alvin mendakwa sepanjang tempoh reman di bawah SPRM, dia memberi kerjasama yang baik ketika siasatan berlangsung.

” Bagaimanapun, ketika hari bebas reman (11 Oktober), saya mendapat tahu mereka yang turut ditahan sebelum ini akan ditangkap poIis di bawah Akta Pencegahan Jnayah 1959.

” Itu perkara yang amat serius, jadi saya bertindak ‘keluar’ dari bangunan SPRM melalui pintu belakang,” dakwanya.

Dalam pada itu, Alvin mendakwa, dia hanya menyedari dirinya diburu pihak berkuasa apabila gambar dan alamatnya didedahkan pada umum.

Ujarnya, perkara itu menyebabkan perniagaannya terganggu serta ramai pekerja berhenti susulan kes berkenaan.

” Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya, mula melakukan pelbagai kerja termasuk pelayan hotel di Bukit Bintang.

” Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana percaya ada undang-undang yang akan membuktikan segala ‘tudvhan’ dilemparkan,” dakwanya.

Svspek Lari Dapat Bantuan

Sebelum ini media melaporkan yang suspek terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri.

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).

“Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.

sumber: hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Ini Tarikh KWSP Bakal Umumkan Untuk Proses Pengeluaran Akaun Satu i-Sinar

Published

on

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kelayakan dan proses pengeluaran caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar pada Rabu ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengumuman mengenai program diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 itu akan menjawab segala kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang ramai.

“Pihak KWSP akan membuat pengumuman mengenai perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu (ini),” katanya ketika menyertai program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang dihoskan pengacara Sherkawi Jirim, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, secara umum, mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya baki simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada RM90,000.

Sebelum ini dilaporkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan pengeluaran maksimum RM60,000.

Mengenai peruntukan berjumlah RM3 bilion untuk membiayai pembelian vaksin Covid-19 yang dikatakan tidak mencukupi, Tengku Zafrul berkata, peruntukan itu akan ditambah berdasarkan keperluan.

“Kita tidak akan teragak-agak menambah peruntukan jika perlu…ini bukan sahaja untuk vaksin, bahkan ini untuk semua peruntukan yang diperlukan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terutamanya untuk memerangi Covid-19.

“Mengikut kajian KKM dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi, lebih kurang RM3 bilion diperlukan untuk memvaksin lebih kurang 70 peratus rakyat Malaysia. Itu anggaran diberikan berdasarkan perbincangan mereka dengan syarikat pengeluar vaksin,” katanya.

Mengenai jumlah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), beliau berkata, jumlah peruntukan hanya akan diketahui semasa persidangan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

“Di peringkat jawatankuasa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membuat pengumuman mengenai peruntukan (J-KOM) dan berapa banyak yang dikurangkan.

“Kementerian Kewangan dan KKMM masih berbincang, apa yang kita mahu lihat dan dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah,” katanya.

sumber metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Ini Sebab Mengapa Khemah Saringan C0vid19 Banjir

Published

on

Alor Setar: Beberapa khemah sementara saringan Cov19 dan saringan kecemasan di bahagian hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim, dekat sini, dilimpahi air kira-kira jam 5 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kejadian berpunca daripada masalah perparitan di bahagian parkir berdekatan khemah terbabit.

“Hujan lebat petang tadi menyebabkan air mengalir dari kawasan parkir.

“Sebelum ini, pihak Hospital Kulim sudah memohon memperbesarkan longkang di tempat parkir berkenaan. Saya juga sudah bangkitkan perkara ini kepada pihak atasan dan sedang menunggu tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, peralatan yang bernilai tinggi di dalam khemah terbabit dapat dialihkan ke tempat selamat hasil tindakan pantas pihak hospital.

“Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JKN dapat melihat keutamaan longkang di tempat parkir berkenaan bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, banjir kilat yang berlaku di Hospital Kulim sudah surut pada jam 6 petang tadi.

“Kawasan terbabit adalah kawasan saringan kecemasan dan kawasan saringan Cov19. Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dan kerja pembersihan sedang dilakukan.

“Selepas pembersihan dilakukan, kawasan berkenaan boleh digunakan semula dan kita tiada masalah untuk menerima pesakit,” katanya.

sumber : harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Cinta Tak Pandang Umur Kalau Dah Jodoh. Jangan Pilih Yang Handsome

Published

on

KALAU dah jodoh tak ke mana kan! Pepatah ini ada benarnya.

Seperti baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan seorang wanita muda bersama suami yang agak berumur.

Video perkongsian pengguna TikTok @beafaa_ itu menjadi perhatian warganet dan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan mereka yang agak sukar mempercayai kenyataan itu.

Katanya, cinta tak pandang umur.

“Nak cari laki jangan cari yang handsome , tapi cari lah bila tanya sayang, sayang ada duit . Ada sayang… Cinta tak pandang umur,” tulisnya.

Video pendek itu telah mendapat lebih 136 ribu tanda suka sehingga kini dan dikongsi sebanyak lebih 6700 kali.

Namun, jika diteliti dengan betul, rupa-rupanya video tersebut disunting menggunakan aplikasi Face App.

Difahamkan video tersebut adalah milik sepasang suami isteri Nur Fatiha Jalani,22, dan Mohamad Faizan Ali,26. Nur Fatiha turut akui video itu hanyalah disunting dan memuat naik di laman TikTok untuk dijadikan content sahaja.

Face App ini adalah satu aplikasi yang dapat mengubah gambar wajah menggunakan beberapa efek antaranya adalah mengubah wajah kelihatan tua, muda, rambut panjang, dan tambah janggut.

Malah, terdapat ramai selebriti dan orang ternama yang mengikuti trend ini dan memuat naik gambar efek mereka di laman sosial sejak dua tahun yang lalu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju tentang jodoh yang menjadi rahsia Allah.

Kata mereka;

Anieth – Terbaik sis, edit suami sampai jadi beruban rambut. Ingat betul tafi rupanya kena prank

Suka Opah Ipin Upin – Jodoh itu rahsia Allah, umur hanya angka.

Ya hayyuk mabar – Bukan cinta tak pandang umur tapi duit tak pandang umur.

Syaf – Laki dia helok ni, tu dia buat macam tu. Semoga ke jannah sis.

Zuraida Zahid – Alhamdulillah macam tak 68 tahun ek… tahniah dek… mudah-mudahan hingga ke jannah.

Clik sini untuk akaun tiktok beafaa

sumber : sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending