“Hanya ambil 5 minggu buat keputusan kahwin”, Suami Zilea Jalil Mula Buka Cerita - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

“Hanya ambil 5 minggu buat keputusan kahwin”, Suami Zilea Jalil Mula Buka Cerita

Published

on

KUALA LUMPUR: Belum pernah ada sepatah pun kenyataan keluar dari mulut Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar selepas berkahwin secara rahsia dengan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil seperti yang tersebar, baru-baru ini.

Sebaliknya, hanya Ziela sahaja yang tampil ke depan mengesahkan berita perkahwinan sejak dua tahun lalu, sekali gus berkongsi rahsia hidup bermadu.

Enggan melihat isterinya menangkis cemuhan masyarakat seorang diri, akhirnya Syed Osman bersedia ditemubual bagi menamatkan spekulasi tidak benar, selain berkongsi detik perkahwinan yang mencetuskan kontroversi itu.

Mengulas persoalan mengapa merahsiakan perkahwinan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri dalam laman Twitter, Syed Osman berkata, beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya. Siapa yang tahu, tahulah…

“Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.

“Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama,” katanya ketika ditemubual menerusi program kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar, madu dan anak-anak tiri.

Dalam temubual eksklusif itu, Syed Osman yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud bersikap jujur apabila mengakui majlis pernikahan yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.

“Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.

“Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik,” ujar lelaki berusia 55 tahun itu.

Suami Nak Beli Kereta

Dalam temubual sebelum ini, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkongsi detik awal perkenalannya dengan suami bermula pada 2013. Namun, waktu itu, ia tidak membabitkan soal hati dan perasaan kerana suaminya itu berminat membeli keretanya.

Ambil Masa 5 Minggu Buat Keputusan Kahwin

Namun, jodoh mereka kuat apabila bertemu semula selepas enam tahun. Mereka hanya mengambil masa selama lima minggu untuk membuat keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan yang sah.

Mengulas perkara itu, Syed Osman berkata, dia tidak menyangka pertemuan yang tidak dirancang akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan.

” Zila Ada Asas dalam agama, buat saya tertarik”-Suami

“Dan selepas itu, kami banyak bertemu dalam majlis agama dan saya pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Saya mengenali Ziela sebagai selebriti yang sudah berhijrah. Beliau juga ada asas dalam pengetahuan agama, itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.

“Mungkin orang luar melihat keputusan bernikah selepas lima minggu berkenalan sebagai tindakan terburu-buru. Saya sendiri tidak menyangka ia berlaku secepat ini, tetapi itulah dinamakan takdir dan jodoh,” ungkapnya.

Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar tidak mahu terlalu menghebohkan berita perkahwinan kerana mahu menjaga hati isteri pertama.

Sebagai seorang yang mengamalkan poligami, Syed Osman berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Namun, itu juga bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil dalam melunaskan kewajipan terhadap kedua-dua isteri.

“Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.

“Saya akui, rumah tangga juga ada pasang dan surut apabila memiliki dua isteri. Tetapi, saya berpegang teguh pada pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

“Ini pengalaman pertama saya berpoligami dan masih dalam proses pembelajaran. Saya hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri. Alhamdulillah, mereka amat memahami perasaan saya,” luah Syed Osman.

Meskipun berbeza bidang, namun Syed Osman berkata, dia tidak sesekali menyekat Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Sdn Bhd untuk terus aktif dalam dunia seni.

“Saya tak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang seni. Cuma pesan saya, dia kena tahu menjaga batasan selepas bergelar isteri, sama ada ketika berlakon atau berada dalam majlis,” katanya.

Perkahwinan Syed Osman bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata. Ziela pula pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Megat Junid pada 1991 dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga memiliki seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

‘Henti K3cam Mama Ziela, Dia Bukan Per4mpas’ – Anak Tiri Ziela Jalil

Sebelum ini, kisah perkahwinan penerbit terkenal iaitu Datuk Ziela Jalil yang dikatakan telah berkahwin dengan seorang Datuk mendapat perhatian ramai. Lebih sensasi lagi apabila seorang gadis yang didakwa anak tiri kepada penerbit itu mengakui bahawa Ziela Jalil telah berkahwin dengan ayah kandungnya.

Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, anak tiri kepada Ziela Jalil iaitu Najwa meminta netizen untuk berhenti melemparkan kata-kata kecaman kepada penerbit berkenaan.

Kami baik-baik saja

Najwa menyifatkan Ziela Jalil bukan seorang perampas seperti mana diperkatakan netizen. Malah, mereka sekeluarga menyayangi Ziela Jalil dan menganggap sebagai ibu kandung sendiri.

Kami baik-baik saja dengan mama Ziela. Kami menyayanginya seperti ibu sendiri. Berhenti bercakap mengenai perampas. Perkahwinan mereka adalah rahmat bagi kami. Ibu saya baik-baik saja dan berhenti menyerang mama kerana dia bukan perampas.

Kami hormat dia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Khabar duka, nelayan hilang semalaman ditemui mennggal dunia jatuhLemas ketika basuh muka

Published

on

SABAK BERNAM – Kehilangan seorang nelayan yang terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar di sini terungkai apabila mayatnya ditemui malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui bomba dan orang awam pukul 11.45 malam.

GAMBAR DI BAWAH SEKALI

“Mayat berkenaan berada pada jarak kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh di kedalaman dua meter sebelum ditemui di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Hafisham berkata, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah, Sungai Besar, di sini petang semalam.

Sumber Kosmo

Kredit Artikel: Buletin Malaysia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Uncategorized

Iqbal Dkwa Caprice Minta Untuk Buat Lagu Memang Tak Masuk Akal Siap Suruh Buat Perkara Memalukan Diri

Published

on

HASRAT usahawan Ahmad Iqbal untuk bergelar penyanyi hampir terbantut apabila komposer dan penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi bagi sebuah lagu ciptaannya.

Malah Iqbal turut menyifatkan penyanyi lagu Takda Hal Bro itu seorang yang berlagak selain meminta dia melakukan perkara yang mengarut dan memalukan diri.

“Caprice ni poyo, syok sendiri… saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Caprice kata dia nak harga RM600,000 mengarutkan?” ujarnya kepada mStar.

iqbal 2

Perkongsian Iqbal di Instastory miliknya.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram memberitahu sudah menghubungi kumpulan Floor88 bagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuknya.

Iqbal turut berkata, dia meletakkan harapan untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Datuk M Nasir yang sudah pasti mencapai standard yang diharapkan.

“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia letak harga market dan standard semasa… tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Dia jujur dengan saya dan pernah tolong saya masa dekat Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M. Nasir, baru ada standard,” ujarnya.

Iqbal bakal mengeluarkan single hasil kerjasama dengan Eric Floor88.

Sementara itu bercerita lanjut tentang projek lagu berkenaan, Iqbal berkata dia kini sedang mengikuti kelas vokal sebagai persediaan sebelum memasuki studio.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune namun tidak la macam penyanyi hebat. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal.

“Sekarang saya ikut kelas dengan seorang guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu,” ujarnya.

Terdahulu,

Iqbal tawar RM500,000 cari individu boleh buat lagu

Nama Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya.

Menerusi perkongsian Iqbal di dalam laman sosial Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera dengan menawarkan kos sebanyak RM500,000.

“Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos yang rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja,” katanya semalam.

Kata Ahmad Iqbal, ibunya merupakan seorang penulis lirik album nasyid juara kebangsaan dan dia juga pernah dinobatkan sebagai juara nasyid di negeri Kelantan, seterusnya naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan ‘founder’ lain asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah menjadi juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Ibu saya penulis lirik album nasyid kebangsaan, di universiti juga ada subjek khas penulisan lagu, saya akan buktikan saya boleh walaupun sedar diri ini bukan seorang penyanyi profesional. Saya sentiasa percaya kerja keras akan membuahkan hasil,” ujarnya

Iqbal ‘reject’ idea Caprice buat lagu hip hop, pening pilih komposer ikut bajet RM500,000 – “Wakil komposer Indonesia Ifan Seventeen juga ada hubungi saya”

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli terkejut dan tidak menyangka ramai komposer popular dari Malaysia dan Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuknya.

Menurut Iqbal, 27, dia keliru dan masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu berkaitan ‘kisah tak jadi kahwin’ dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu.

“Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan… ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

“Tadi saya baru mesej dengan Caprice, dia pun nak buatkan lagu tapi lepas berbincang macam tak sesuai pula sebab dia nak buat lagu macam hiphop atau dangdut… sedangkan saya mahu lagu jiwang tangkap leleh fasal putus cinta.

“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang nak dikeluarkan,” katanya kepada mStar.

iqbal 3

Iqbal tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu pertama.

Pada Isnin, bekas pembantu peribadi Vida ini menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya dalam kadar segera.

Mahu mencuba bidang nyanyian, Iqbal berkata tujuannya adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan dan sejarah untuk rakyat Malaysia.

Saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini!

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati semua rakyat Malaysia… mungkin dengan lagu itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.

“Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

iqbal 4

Iqbal mahu nyanyi lagu mengenai kisah cintanya dengan Vida.

“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” ujarnya.

Nama Iqbal sebelum ini menjadi sebutan apabila kisah cinta dan perkahwinannya dengan Vida menjadi perbualan netizen.

Bagaimanapun, perancangan mereka itu tidak kesampaian apabila dihalang oleh orang sekeliling dan anak-anak.

Sumber Mstar

Kredit Artikel: Hit Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Continue Reading

Uncategorized

Jumpa bakal ibu mentua, penampilan gadis ini ditegur warganet

Published

on

Bagi golongan perempuan yang ingin bertemu bakal mentua buat kali pertama, pasti timbul perasaan gement4r apabila memikirkan reaksi balas mereka sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Selain tingkah Iaku, penampilan juga perlu dititikberatkan kerana ‘first impression’ itu penting bagi ‘orang tua’ untuk menilai perkara yang terbaik kepada anak mereka.

Bagaimanapun, seorang gadis ini menerima pelbagai teguran warganet berhubung penampilan yang dikatakan kurang sesuai ketika dibawa ke rumah bakal ibu mentua oleh teman lelakinya.

“Dia bukan yang pertama (dalam bercinta), tetapi dia orang pertama yang aku perkenalkan kepada mama,” tulis teman lelakinya @kandarr__ menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Rakaman pendek berdurasi tujuh saat itu memaparkan gadis tersebut yang dikenali sebagai @pikot.___ duduk bersila dipercayai sebelum menikmati juadah bersama keluarga teman lelakinya.

Meninjau ke ruangan komen, hampir semua warganet menyentuh mengenai penampilan gadis berkenaan yang mengenakan hijab, baju yang didakwa seperti ‘inner’ serta berseluar hitam.

Rata-rata meluahkan rasa segan selain tidak sanggup memakai pakaian seperti itu apatah lagi perlu bertemu dengan ibu bapa kekasih sendiri kerana bimbang sekiranya cinta ditolak gara-gara penampilan kurang sopan.

Tidak membiarkan teman wanitanya terus menjadi buah mulut ramai, @kandarr__ meninggalkan satu komen mengenai penampilan gadis terbabit dengan mengatakan sesi pertemuan itu tidak dirancang.

Benda tak rancang nak jumpa

Sehingga kini, video berkenaan meraih 2.3 juta tontonan serta hampir 183,000 tanda suka dalam kalangan pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @kandarr__

Via omm

Kredit Artikel: IHANGAT MEDIA

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending