Buat Hal, Akak Ni Dah Buka Parcel, Tapi Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat - Rentas Asia
Connect with us

Semasa

Buat Hal, Akak Ni Dah Buka Parcel, Tapi Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat

Published

on

Pembelian barang secara atas talian bukan satu perkara yang baharu bahkan, ia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pelanggan perlu bersiap sedia dan menerima dengan hati terbuka jika barang yang ditempah tidak seperti mana yang diiklankan.

Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Maklumlah, lagi senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau!

Tapi, kalau nak beli pakaian ni tricky sikit sebab takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagila

Seperti perkongsian seorang penghantar barang dari Indonesia, menerusi laman TikTok menceritakan karenah seorang pelanggan yang dikatakan enggan untuk membayar barang yang ditempahnya. Difahamkan, wanita ini menggunakan kaedah pembayaran secara Cash On Delivery namun, dia dipercayai membuka bungkusan tersebut terlebih dahulu tanpa membuat sebarang pembayaran.

Penderitaan peniaga atas talian. Saya minta maaf kepada penjual ya ok?

Mengulas lebih lanjut, wanita tersebut memberikan penjelasan baju yang dibelinya ketat dan dia enggan untuk membayarnya sebelum melarikan diri. Walaupun, diugut untuk diviralkan di media sosial wanita ini sama sekali tidak kisah dan pemuda ini sempat memberikan nasihat kepada wanita ini supaya tidak membuat pesanan secara atas talian selepas ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh wanita ini dan memberikan cadangan kepadanya untuk membeli di pusat beli-belah.

Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba? Ini 4 Langkah Mudah Untuk Korang Membeli Pakaian Secara Online

Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau korang ikut tips yang Sis Katy share ni.

1. Perhatikan Jenis Kain

Korang kena perhati dan kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Sis yakin korang mesti dah boleh agak jenis fabrik melalui gambar sebab dah biasa pakai dan rasa sendiri. Kalau nak senang, tanya je seller terus.

Yang penting, korang kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik tu. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Ini supaya korang boleh sesuaikan dengan preferences korang. Barulah rasa berbaloi beli!

2. Periksa Ukuran Dan Saiz

Korang perlu pastikan saiz badan korang betul-betul sebelum beli. Tengok dekat carta saiz yang seller dah sediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena check jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby je measuring tape untuk ukur saiz korang.

Senang cerita kalau tak sure, rujuk je seller untuk tolong korang pilih saiz yang tepat.

3. Tentukan Cutting & Design Pakaian

Baca penerangan mengenai pakaian sebelum beli. Selalunya, seller akan beritahu sama ada saiz pakaian lebih kecil atau lebih besar dari saiz biasa. Cutting pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun korang kena ambil tahu sebab tak semua sesuai dengan sesetengah cutting dan design.

4. Baca Review Pembeli

Ini paling penting! Bila dah berkenan kat satu pakaian tu, make sure korang baca review pembeli. Baca dan buat penelitian sama ada barang seller tu berkualiti ke tak, masa penghantaran lambat atau cepat dan tengok berapa rate buyers bagi sebelum ni.

Haa.. Mudahlah lepas ni korang nak shopping online. Korang ikut je tips yang Sis Katy share ni. Nak shopping biarlah korang puas hati dan barang yang dibeli tu dapat sama macam dalam gambar ye!

Sumber: Dickyantika

Kredit Artikel: Kecoh Ape 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

PDRM Ddah Sebab Satu Keluarga Diarah Ptah Balik Masa DiTahan Dekat SJR

Published

on

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua rakyat Keluarga Malaysia supaya terus mengamalkan norma baharu dalam setiap langkah dan perjalanan mereka.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya, beliau berkata ini kerana p.andemik C0VID 19 masih berada di sekitar kita.

“Ramai yang nak balik kampung berjumpa ibu bapa dan keluarga. Di radio tempatan juga ada yang mendendangkan lagu Balik Kampung tanda kegembiraan warga Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman.

“Bagi mereka yang lengkap dua dos v.aksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga p.rosedur o.perasi standard (SOP) dan kes.elamatan diri, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.

Perdana Menteri pada sidang media khas hari ini berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap v.aksinasi C0VID 19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar v.aksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi C0VID 19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Diarah Patah Balik

Kemasukan kenderaan dari Lembah Klang, Pantai Timur, Selatan dan Utara tanah air ke negeri ini didapati meningkat sebanyak 20 peratus, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kenderaan terbabit dikesan masuk melalui tiga daerah iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.

Katanya, peningkatan kenderaan pada hari pertama rentas negeri dibenarkan berikutan ramai perantau mula balik berikutan sudah lama tidak pulang ke kampung.

“Mereka ini masuk menerusi empat sekatan jalan raya (SJR) yang masih lagi dibuka iaitu dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli serta Pasir Puteh.

“Hasil pemeriksaan pegawai dan anggota SJR, individu yang pulang ke kampung ini, kita dapati mereka lengkap dua dos v.aksin seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Namun, SJR Bukit Yong di Pasir Puteh mengesan satu k.es tidak lengkap v.aksinasi dan mahu pulang ke Kelantan, tetapi diarahkan berpatah balik ke tempat asal,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di SJR Bukit Yong, di sini.

Shafien berkata, anggota polis akan membuat pemeriksaan rambang bagi memastikan tiada cubaan individu tidak lengkap dos v.aksin untuk pulang ke kampung.

“Pihak kita mengesan ramai orang Kelantan dari luar masuk ke negeri ini, berbanding yang mahu keluar Kelantan. Ini menunjukkan orang yang ada di dalam Kelantan masih tidak mahu keluar dari negeri kemungkinan kerana k.es C0vid 19 masih lagi tinggi.

“Kita nasihatkan kepada semua supaya patuh kepada prosedur o.perasi standard (SOP) bagi mengekang penularan w.abak C0vid 19. Pihak kita tidak mahu a.kibat kelalaian menyebabkan k.es kembali meningkat,” katanya.

Kredit : Astro

Kredit Artikel: Online Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Semasa

OKU dkwa disor0k lima wanita muka hitam, ingat dah selesai. Rupanya 2 makhluk muka hitam ikut sampai rumah

Published

on

REMBAU – Orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai disorok lima makhluk halus berwajah hitam selama 12 jam telah di­pulihkan semangat oleh seorang pengamal perubatan Islam dari Muar, Johor.

Bapa kepada Mohd. Fashah, 35, Samat Ramu, 63 berkata, ketika proses perubatan itu, anak­nya dikatakan masih bersama dua makhluk halus yang masih berdamping dengan anaknya itu.

“Mohd. Fashah ketika dijum­pai masih diganggu dua makhluk itu sehingga ke rumah sebelum pengamal perubatan itu menghalaunya,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohd. Fashah ditemui dalam keadaan lemah dan kecut dalamsebuah kolam terbiar akibat di­sorok makhluk halus.

Penduduk Kampung Sungai Raden, Lubuk China di sini mendakwa kampung itu sering berlaku kejadian orang hilang secara misteri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi ‘laluan keramat alam ghaib’.

Kata Samat, pengamal perubatan itu memberi gambaran makhluk halus yang menyorok anaknya serupa seperti yang digambarkan anaknya tetapi lima berwajah hitam itu mengikat rambut.

“Malah, pengamal perubatan Islam itu turut menyatakan sudah menghantar dua makhluk halus yang masih mengikut anaknya itu ke rimbunan pokok sawit liar berdekatan kolam tempat anak saya dijumpai,” ujarnya.

Ujarnya, dia kini lega kerana dua makhluk halus yang mengekori anaknya hingga ke rumah telah dihalau dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Samat menunjukkan tempat rimbunan pokok sawit liar tempat dua makhluk halus dihalau selepas mengekori anaknya hingga ke rumah di Kampung Sungai Raden, Lubok China, Rembau semalam.

“Anak saya beritahu lima wanita berwajah hitam dan berambut panjang telah me­ngangkatnya dari katil ketika dia sedang tidur di dalam bilik rumah sebelum disorok di sebuah kolam terbiar di kawasan semak.” Itu cerita Samat Ramu, 63, mengenai misteri yang me­nimpa anaknya, Mohd. Fashah Samat, 35, yang dipercayai disorok makhluk halus selama kira-kira 12 jam di Kampung Sungai Raden, Lubok China di sini, Sabtu lalu.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Semasa

Ikut Saluran Undng-Undng Antarabangsa, PDRM Update Proses Ekstradisi NurSajat

Published

on

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan sudah menghantar permohonan untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand, 8 September lalu.

Abd Jalil Hassan berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan pihak negara ketiga yang menjadi lokasi tujuan Sajat seterusnya selepas Bangkok.

“Proses permohonan untuk mengekstradisi Sajat sudah disiapkan dan sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga iaitu Australia.

“Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya dari pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa balik Sajat dilakukan,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya tiada masalah, proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan Nur Sajat ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat turut diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan.

Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending