Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kurang baik dan memalukan orang lain - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kurang baik dan memalukan orang lain

Published

on

Sebelum ini KECOH di media sosial mengenai video seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular.

Menerusi sebuah video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang wanita tersebut daripada mempromosikan produk kecantikan di premis mereka.

“Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan balik, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kedengaran suara seorang wanita sebelum usahawan tersebut mengambil keputusan beredar dari restoran berkenaan.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

“Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.

Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.

“Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh,”

Eira berkata, tindakannya meninggalkan premis berkenaan kerana rasa malu yang teramat kerana ia turut disaksikan rakan-rakannya dan pelanggan lain.

“Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.

“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Ibu seorang anak itu juga menjelaskan bahawa dia sepatutnya membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung sambil menikmati makanan.

“Tapi masa tu makanan yang dipesan mereka belum sampai lagi. Kebiasaannya saya akan makan masa reviu di kedai sebab tempat awam. Sambil makan tu secara tidak langsung mempromosikan restoran tanpa bayaran.

“Ikutkan kalau saya buat reviu makanan di kedai, orang sanggup bayar RM2,000 untuk reviu setengah jam. Tapi saya buat percuma, kena maki pula.

“Kalau tak boleh buat reviu ke apa ke, pemilik kedai tu sepatutnya letak pelekat atau papan tanda siap-siap supaya pelanggan tahu.

“Dan mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right tetapi ada adab untuk menegur, kalau tak datang sendiri tegur boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pengusaha restoran berkenaan ketika dihubungi mStar mengakui ketika kejadian ibunya meminta mereka beredar sekiranya mahu membuat reviu produk.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Illa kesal dengan tindakan Eira yang selamba membuat reviu produk di premis mereka tanpa kebenaran.

“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu.

“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka.

“Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk reviu produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan, jadi mereka kena ikut SOP (prosedur operasi standard) datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat reviu produk,” tambahnya.

Wanita berusia 37 tahun itu juga kesal berikutan video yang tular itu memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

“Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat reviu itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video tu sehingga melingkupkan bisnes orang lain.

“Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan,” katanya sambil menambah sejak insiden menjadi tular, mereka dihujani panggilan dan mesej dengan kata-kata kesat daripada individu tidak dikenali.

Belum reda isu restoren 35, muncul satu video

Kiriman follower Makcik Bawang, tengoklah cara dia maki follower dan body shaming follower, maki badan follower gemuk babi kuning sampai tunjuk gambar anak beranak tak bertapis Padahal follower tu bertanya tanpa mencarut dan maybe influncer ni sentap sampai memaki hamun, mencarut dan tak boleh nak handle emosi serta percakapanInilan Melayu kebanggaan tuan puan sekalian, moga mendapat hidayah Allah swt.Video Makcik Bawang

Posted by Sembang Kari on Ahad, 13 September 2020

Video yang dimuat naik di halaman facebook Makcik Bawang Channel menunjukkan Eira menggunakan kata-kata yang agak kurang senang kepada seseorang.

Tidak cukup dengan kata-kata kurang enak didengar, dia juga menunjukkan gambar gambar orang yang dikatakan di dalam video tersebut.

Rata-rata netizen marah dengan tindakan beliau. Punca kenapa Eira bertindak begitu tidak dapat dipastikan lagi.

Antara komen-komen netizen

Allahuakbar…nagis tgok dia makihamun..body shaming sis ni…tak sangka perangai dia macam ni..aku doakan moga Allah tarik nikmat rezeki kat dia..tak baiknya ya Allah…sampai macam ni sekali…betapa sombongnya dia..

Ya Allah Ya Tuhanku berilah taufiq dan hidayah supaya dia berubah dari memaki hamun begitu..sang suami mohon lah ajar isteri tu berkata-kata yg elok…jgn nnt sampai ke tua dan nyanyuk masih berckp mcm tu..kasihani keluarga dan anak2 nya

Subhanallah mengata org mcm lah diri tu sempurna.Nasib lah Allah tak bagi dia cantik putih melepak mcm emma maembong ka uqasha ka..Kalau dak lagi riak.Betui2 buat malu org kedah.

Kite semua x sempurna kak.. Dia pon manusia jgk.. Ingat kak kerana mulut badan binasa.. Akak ddk kt atas jgn selesa sgt.. Karma Allah tu ade.. X perlu nk maki sungguh pon dia bt silap.. Allah ada kak..

Memang org kedah cakap kasaq.. tp sekasaq kasaq org kedah kami x la maki org menghina org melahanat kan org sesuka hati.. malu la sis.. cakappp x dak sopan langsunggg.. bg ada adab sama.. menghina memaki hamun org.. mana p adab sis? malu kaum hawa, malu mak bapak kita sis.. allahuakbar…

apabila kemewahan menguasai diri mulalah kita lupa asal usul kita..nikmat yg allah bagi itu hanyalah pinjaman sementara..janganlah menghina sesama manusia…

Dulu elok je niage psar mlm dh naik tetibe mcmni jdik pulak . Sygnyea 😣 kwn die kt blakg tu baikla diamm je tak trase ke kwan die bdan beso kt blakg tu 😰

Mintak sgt suami dia ni baca komen aku.. Bang, kasi azan 1 kali kat tlinga dia. Nasihat skit sruh jaga bahasa dan adap. Memalukan Melayu perempuan isteri.. Ke ko suka bini ko perangai cmni bang? Maaf.. Kesian!

Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Apa yang elok jadikan tauladan, yang tidak elok kita jadikan sempadan.

Olahan RJ, video sumber Makcik Bawang Channel

Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dilapor.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Datuk Freddie Fernandez Mahu Jumpa Perdana Menteri Sekiranya Sheila Majid Tidak Mahu Letak Jawatan

Published

on

Kuala Lumpur: “Sekiranya Datuk Sheila Majid tidak mahu meletak jawatan, kami akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri. Saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terangkan berkenaan masalah ini. Lagipun beliau mempunyai seorang anak yang juga seorang penyanyi.”

Demikian kata Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media mengenai isu royalti artis, hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim; penyanyi Blues Gang, Ito Mohd dan pemuzik, Rafi Mohd turut mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).

Freddie berkata, industri muzik sekarang dalam keadaan tenat dan banyak masalah terutama sejak pandemik Covid-19, Mac lalu.

“Dalam keadaan sekarang, pendapatan yang boleh diharapkan ialah menerusi royalti. Ramai penyanyi tiada pendapatan sejak sembilan bulan lalu. Satu-satunya cara untuk meraih pendapatan ialah menerusi royalti. Sebanyak RM140 juta royalti sudah dikutip Music Right Malaysia (MRM) tapi malangnya MRM sudah ditutup.

“RPM pula tak bermaya dan jarang buat apa-apa kenyataan mengenai royalti kepada ahli. November tahun lalu ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Baru-baru ini pun sama tapi tak sebut mengenai royalti,” katanya.

Menurutnya, Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) sudah ditutup dan RPM perlu memainkan peranan untuk membayar royalti.

“Sudah beberapa kali saya suarakan kepada Sheila untuk letak jawatan namun dia berdegil. Ahli-ahli RPM pun sudah mendesak dia letak jawatan. Baik Sheila atau ahli-ahli lembaga pengarah, boleh keluar! Setakat ini kami berjaya buat petisyen yang sudah ditanda tangan seramai 114 artis yang juga ahli RPM.

“Selain itu, seramai 67 ahli PRISM juga memberi mandat kepada saya untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya Sheila letak jawatan, jawatan ini akan diisi menerusi pemilihan secara demokrasi,” katanya.

Sementara itu, Sheila yang juga penyanyi popular terus membisu mengenai isu ini. Usaha wartawan menghubunginya bagi mendapatkan respon mengenai isu ini juga tidak berjaya.

sumber harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Ini Respond Balu Selepas Dia Dituduh Menafikan Hak Bapa Mertuanya A R Badul Dalam Kes Harta

Published

on

KUALA LUMPUR: “Arw4h tiada sebarang harta, dia sudah diisytihar muflis.”

Itu jawapan yang diberikan Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mertuanya, A R Badul dalam kes pembahagian harta.

Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.

“Arwah suami saya memang sudah diisytihar muflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.

“Berkenaan insuran kelompok yang dipertikai bapa mertua saya ini, memang saya sudah dapat. Cuma jumlahnya hanya RM5,000 lebih sahaja. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.

“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu ditanya mengenai hubungannya dengan A R Badul ketika ini, kata Shafinar dia tidak nafikan hubungan mereka agak renggang selepas kem4tian suaminya. Malah dia juga buntu dengan apa yang berlaku memandangkan ketika ini dia menerima pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.

“Sebenarnya hubungan kami sebelum ini okey sahaja. Cuma selepas kem4tian suami kami tidak lagi berhubung. Malah bapa mertua saya juga langsung tidak bertanyakan khabar lagi,” jelasnya.

Sementara itu, A R Badul hari meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang m4ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

sumber : utusan.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Apabila Ditanya Tengku Zafrul Akan Masuk Parti Mana, Ini Jawapan Padu Beliau.

Published

on

KUALA LUMPUR: Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.

“Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politikpun dan sebagai mana yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak,” kata beliau ketika ditanya sekiranya beliau berminat untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi wakil rakyat.

Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakkan ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.

“Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COV19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi,” kata Tengku Zafrul kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

“Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau yang percaya akan kemampuannya dalam membangunkan ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.

Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penguncupan -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambil kira tempoh tujuh minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuasa bagi membendung penularan COV19.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Senator pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan telah melonggarkan sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Berikutan itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini.

Pelbagai pakej rangsangan juga telah diperkenalkan iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin – keseluruhannya bernilai RM305 bilion setakat ini.

Berasal dari dunia korporat, beliau baru-baru ini menerima kecaman ketika mengumumkan beberapa inisiatif baharu semasa sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.

Mempertahankan tindakan itu, beliau berkata – mungkin dalam situasi luar biasa, memerlukan langkah dan tindakan yang luar biasa juga.

Menerusi catatan di Facebook, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa inisiatif itu bukan cadangannya tetapi datang daripada penggubal undang-undang itu sendiri semasa sesi perbahasan di parlimen.

“Kesemua penambahbaikan yang diumumkan adalah hasil cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat (YB) sendiri — baik daripada kerajaan mahupun pihak pembangkang,” kata beliau.

“Contohnya, cadangan untuk memanjangkan pemberian khas secara ‘one-off‘ kepada petugas barisan hadapan yang diiktiraf di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dibangkitkan oleh, antara lain, YB Pontian, YB Ipoh Barat, YB Hulu Rajang dan YB Lembah Pantai – kesemuanya daripada parti politik yang berbeza,” kata Tengku Zafrul.

Keputusan untuk memanjangkan bantuan dibuat setelah mengambil kira hujahan-hujahan di Parlimen seperti gelombang ke-3 COV-19 yang kian menular dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Begitu juga penambahan pemberian program eBelia daripada RM50 kepada RM100, dan perluasannya kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan IPT swasta.

“Tetapi dalam perkhabaran baik ini, saya ada pengakuan – kerajaan tidak mampu menerima atau melaksanakan kesemua cadangan yang dibangkitkan.”

“Seperti yang saya sebut ketika penggulungan tempoh hari, peranan kerajaan adalah untuk sentiasa mengimbangi kepentingan-kepentingan yang pelbagai – baik dari segi implikasi kos, memastikan penerima adalah yang benar-benar memerlukannya, implikasi kepada pasaran atau penarafan ekosistem perbendaharaan negara. Saya akui, ia bukan sesuatu yang mudah.”

“Namun, apabila berbangkitnya pertembungan antara kepentingan-kepentingan ini, kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tiada kompromi,” jelas beliau. – BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending