Muhyiddin tunggu calon TPM dari Umno, tapi enggan terima Zahid. Ini sebabnya - Rentas Asia
Connect with us

Uncategorized

Muhyiddin tunggu calon TPM dari Umno, tapi enggan terima Zahid. Ini sebabnya

Published

on

Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.

Zahid Ada Kes Mahkhmah

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

“Tan Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada sebarang jawatan dalam parti.

Maaflah

“Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan Umno, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maaflah,” katanya.

Untuk rekod Hishammuddin ialah bekas naib presiden Umno.

Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Mac lalu, Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri seperti biasa yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan. Daripada jumlah itu dua adalah dari Bersatu, seorang Umno dan seorang lagi Gabungan Parti Sarawak.

Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari Umno mendakwa parti berkenaan diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan Bersatu, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.

Bakal ada PRU

Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati Umno, kata sumber-sumber, mereka akan mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19 berkurangan.

Katanya pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU.

“Tapi ini bergantung kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia mengemukakan tawaran baru kepada Umno seperti pelantikan timbalan perdana menteri, usaha menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” kata sumber yang hadir dalam pertemuan semalam.

Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 14 pertVduhan pindaan

Sebelum ini Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengaku tidak bers4lah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas 12 pertuduhan pindaan bagi kes p3cah amanah dan dua pertudvhan pindaan rasvah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan kepada Ahmad Zahid, 67, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda 14 pertVduhan itu.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan penambahan satu perkataan, iaitu ‘penguasaan’ dalam pertvduhan p3cah amanah pertama hingga 10 serta 19 dan 20, serta membuang perkataan ‘penambahan’ dalam pertvduhan rasvah ke-14 dan 15.

Mengikut 12 pertudvhan pindaan, Ahmad Zahid sebagai pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta itu milik yayasan berkenaan, didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM31 juta milik yayasan terbabit di Affin Bank Bhd cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Datuk Freddie Fernandez Mahu Jumpa Perdana Menteri Sekiranya Sheila Majid Tidak Mahu Letak Jawatan

Published

on

Kuala Lumpur: “Sekiranya Datuk Sheila Majid tidak mahu meletak jawatan, kami akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri. Saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terangkan berkenaan masalah ini. Lagipun beliau mempunyai seorang anak yang juga seorang penyanyi.”

Demikian kata Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media mengenai isu royalti artis, hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim; penyanyi Blues Gang, Ito Mohd dan pemuzik, Rafi Mohd turut mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).

Freddie berkata, industri muzik sekarang dalam keadaan tenat dan banyak masalah terutama sejak pandemik Covid-19, Mac lalu.

“Dalam keadaan sekarang, pendapatan yang boleh diharapkan ialah menerusi royalti. Ramai penyanyi tiada pendapatan sejak sembilan bulan lalu. Satu-satunya cara untuk meraih pendapatan ialah menerusi royalti. Sebanyak RM140 juta royalti sudah dikutip Music Right Malaysia (MRM) tapi malangnya MRM sudah ditutup.

“RPM pula tak bermaya dan jarang buat apa-apa kenyataan mengenai royalti kepada ahli. November tahun lalu ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Baru-baru ini pun sama tapi tak sebut mengenai royalti,” katanya.

Menurutnya, Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) sudah ditutup dan RPM perlu memainkan peranan untuk membayar royalti.

“Sudah beberapa kali saya suarakan kepada Sheila untuk letak jawatan namun dia berdegil. Ahli-ahli RPM pun sudah mendesak dia letak jawatan. Baik Sheila atau ahli-ahli lembaga pengarah, boleh keluar! Setakat ini kami berjaya buat petisyen yang sudah ditanda tangan seramai 114 artis yang juga ahli RPM.

“Selain itu, seramai 67 ahli PRISM juga memberi mandat kepada saya untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya Sheila letak jawatan, jawatan ini akan diisi menerusi pemilihan secara demokrasi,” katanya.

Sementara itu, Sheila yang juga penyanyi popular terus membisu mengenai isu ini. Usaha wartawan menghubunginya bagi mendapatkan respon mengenai isu ini juga tidak berjaya.

sumber harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Ini Respond Balu Selepas Dia Dituduh Menafikan Hak Bapa Mertuanya A R Badul Dalam Kes Harta

Published

on

KUALA LUMPUR: “Arw4h tiada sebarang harta, dia sudah diisytihar muflis.”

Itu jawapan yang diberikan Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mertuanya, A R Badul dalam kes pembahagian harta.

Jelas Shafinar, mengenai pertikaian berkenaan insuran kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mertuanya lagi.

“Arwah suami saya memang sudah diisytihar muflis pada perkahwinan pertamanya. Jadi bila dia berkahwin dengan saya, dia memang tidak ada apa-apa harta. Tiada rumah, kereta atau pun motosikal.

“Berkenaan insuran kelompok yang dipertikai bapa mertua saya ini, memang saya sudah dapat. Cuma jumlahnya hanya RM5,000 lebih sahaja. Saya juga difahamkan yang difaraidkan adalah caruman arwah dan bukan ganjaran.

“Buat masa ini memang saya sudah bahagikan malah bahagian itu sudah saya beri kepada ibu mertua dan ibu angkat arwah suami saya. Manakala duit anak-anak arwah juga saya simpankan dahulu. Cuma bahagian baba (A R Badul) saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu ditanya mengenai hubungannya dengan A R Badul ketika ini, kata Shafinar dia tidak nafikan hubungan mereka agak renggang selepas kem4tian suaminya. Malah dia juga buntu dengan apa yang berlaku memandangkan ketika ini dia menerima pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Memang ada pihak sana meninggalkan pesanan di telefon tetapi tidak perlu saya kongsikan secara terperinci, cuma apa yang boleh saya cakap perkara ini sangat memberi tekanan.

“Sebenarnya hubungan kami sebelum ini okey sahaja. Cuma selepas kem4tian suami kami tidak lagi berhubung. Malah bapa mertua saya juga langsung tidak bertanyakan khabar lagi,” jelasnya.

Sementara itu, A R Badul hari meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang m4ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

sumber : utusan.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Uncategorized

Apabila Ditanya Tengku Zafrul Akan Masuk Parti Mana, Ini Jawapan Padu Beliau.

Published

on

KUALA LUMPUR: Beliau bukan seorang ahli politik dan tidak pernah cenderung ke arah itu, tokoh bank dan kini merupakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tekad untuk kekal sebagai seorang ahli teknokrat dan akan terus memastikan kehidupan dan mata pencarian rakyat negara ini dilindungi terutama dalam situasi penularan pandemik kesihatan pada masa ini.

“Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politikpun dan sebagai mana yang anda tahu, pada masa ini saya bukan ahli mana-mana pihak,” kata beliau ketika ditanya sekiranya beliau berminat untuk menyertai politik dan seterusnya menjadi wakil rakyat.

Ada banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk merancakkan ekonomi dan itulah fokus utama sekarang, kata beliau.

“Saya ingin memberi tumpuan bagaimana saya boleh membantu Malaysia memerangi COV19 dan meningkatkan kedudukan ekonomi kita. Jadi, fokus saya sekarang ialah terhadap ekonomi,” kata Tengku Zafrul kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

“Oleh itu, buat masa ini, saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau yang percaya akan kemampuannya dalam membangunkan ekonomi negara yang terjejas oleh pandemik kesihatan tanpa perlu berpolitik.

Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan penguncupan -2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus pada suku kedua, mengambil kira tempoh tujuh minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang dikuatkuasa bagi membendung penularan COV19.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai Senator pada 10 Mac, 2020 berikutan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan telah melonggarkan sekatan PKP pada 4 Mei dan perniagaan dibenarkan menyambung operasi mengikut sektor dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Berikutan itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 4.6 peratus pada September daripada 5.3 peratus pada Mei tahun ini.

Pelbagai pakej rangsangan juga telah diperkenalkan iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin – keseluruhannya bernilai RM305 bilion setakat ini.

Berasal dari dunia korporat, beliau baru-baru ini menerima kecaman ketika mengumumkan beberapa inisiatif baharu semasa sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.

Mempertahankan tindakan itu, beliau berkata – mungkin dalam situasi luar biasa, memerlukan langkah dan tindakan yang luar biasa juga.

Menerusi catatan di Facebook, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa inisiatif itu bukan cadangannya tetapi datang daripada penggubal undang-undang itu sendiri semasa sesi perbahasan di parlimen.

“Kesemua penambahbaikan yang diumumkan adalah hasil cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat (YB) sendiri — baik daripada kerajaan mahupun pihak pembangkang,” kata beliau.

“Contohnya, cadangan untuk memanjangkan pemberian khas secara ‘one-off‘ kepada petugas barisan hadapan yang diiktiraf di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dibangkitkan oleh, antara lain, YB Pontian, YB Ipoh Barat, YB Hulu Rajang dan YB Lembah Pantai – kesemuanya daripada parti politik yang berbeza,” kata Tengku Zafrul.

Keputusan untuk memanjangkan bantuan dibuat setelah mengambil kira hujahan-hujahan di Parlimen seperti gelombang ke-3 COV-19 yang kian menular dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Begitu juga penambahan pemberian program eBelia daripada RM50 kepada RM100, dan perluasannya kepada 1.1 juta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan IPT swasta.

“Tetapi dalam perkhabaran baik ini, saya ada pengakuan – kerajaan tidak mampu menerima atau melaksanakan kesemua cadangan yang dibangkitkan.”

“Seperti yang saya sebut ketika penggulungan tempoh hari, peranan kerajaan adalah untuk sentiasa mengimbangi kepentingan-kepentingan yang pelbagai – baik dari segi implikasi kos, memastikan penerima adalah yang benar-benar memerlukannya, implikasi kepada pasaran atau penarafan ekosistem perbendaharaan negara. Saya akui, ia bukan sesuatu yang mudah.”

“Namun, apabila berbangkitnya pertembungan antara kepentingan-kepentingan ini, kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tiada kompromi,” jelas beliau. – BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending