Ketua kena PMYT t4han Tapi Tindakan Pengikut Dia Memang Tak Sangka - Rentas Asia
Connect with us

Semasa

Ketua kena PMYT t4han Tapi Tindakan Pengikut Dia Memang Tak Sangka

Published

on

Kuala Lumpur: Penahanan Sittah Annur, 39, Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) membongkar penemuan dana sumbangan pengikutnya sebanyak RM84,721.42.

Ia hasil penemuan satu resit ketika serbuan dilakukan pihak berkuasa di rumahnya di Shah Alam, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan suspek kira-kira jam 1.10 pagi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihak polis turut membuat rampasan lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.

“Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu.

“Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Basri berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek dipohon dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September ini.

“Tangkapan suspek bagi membantu siasatan di mana setakat ini enam laporan polis diterima berkaitan isu yang sama dibuat di lima balai polis berasingan.

“Suspek dalam kes ini sebelum tangkapan dijalankan ada membuat laporan polis penafian dan menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata, suspek menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Pendedahan eksklusif Harian Metro bermula 29 Ogos lalu.
Pendedahan eksklusif Harian Metro bermula 29 Ogos lalu.
Malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran sesat PMYT.

Menurutnya, siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh aqidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad SAW.

“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dica.but ny4wa oleh Allah,” katanya.


Ajaran PMYT mula didedahkan secara eksklusif akhbar ini pada 29 Ogos lalu yang pendedahannya disambut dengan siri laporan polis terhadap kumpulan itu di seluruh negara. Untuk rekod, terdapat 13 laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Malah, bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur turut dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

Susulan pendedahan itu juga, Selain Mufti negeri, pihak berkuasa agama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarahkan PDRM untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam termasuk kepada kumpulan PMYT.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, selain tindakan penguatkuasaan antara pihak berkuasa, pihaknya juga akan berusaha selamatkan pengikut kumpulan PMYT.

Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW & Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’

Terbaru, Ustazah Asma’ Harun telah memberi respon berhubung ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Dakwa ‘jumpa’ Nabi Muhammad SAW

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ Harun mengakui bimbang dengan kewujudan kumpulan PMYT kerana fahaman ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan ianya berkait dengan aqidah. PMYT mendakwa menerima ramalan melalui mimpi termasuk berita bakal berlakunya Perang Dunia Ke-3 bermula di Sabah selain mengajak orang ramai mencari Imam Mahdi supaya dapat menyelamatkan masyarakat daripada huru-hara peperangan.

Sejak 6 bulan yang lalu, kumpulan PMYT ini telah berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan yang mereka perolehi melalui mimpi menggunakan platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram. Mereka yang mengikuti juga terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah, pesara kerajaan termasuk anggota polis serta tentera.

Bahkan saban hari jumlah pengikut kumpulan PMYT ini semakin meningkat sehingga mereka bergiat aktif dan mampu mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara.

Lebih membimbangkan apabila Sittah Annur turut mengajak para pengikutnya keluar bersama jika berlakunya peperangan selain menimbulkan pemikiran bahawa masyarakat perlu menyembunyikan diri dan kekal berada di dalam hutan untuk mendapatkan keselamatan.

Dia mendakwa dirinya beryaqazah (bertemu secara sedar) dengan malaikat dan Nabi Muhammad SAW. Antara mimpinya juga adalah mengenai keadaan syurga dan neraka. Beliau sempat meronda di dalam mimpinya dan mengakui telah mengetahui bila tarikh kematiannya dan anaknya malah huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat.

Ajaran sesat PMYT

Foto: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Tegas Ustazah Asma’ lagi, tiada seorang pun yang mengetahui bilakah akan terjadinya hari kiamat. Malah, kita juga tidak boleh meyakini dan mentafsirkan mimpi berdasarkan pandangan kita sendiri.

Mimpi hanya boleh ditakwilkan oleh segolongan yang dikurniakan Allah SWT untuk mengetahui akan rahsia-rahsianya.
Sungguh, hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja mimpi benar yang boleh dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah syarak. Manakala orang biasa seperti kita, pasti tidak mampu untuk melepaskan diri daripada hasutan syaitan yang boleh menggugat kesahihan takwilan mimpi.

Dalam kesempatan itu, Ustazah Asma’ merayu kepada umat Islam supaya lebih berilmu untuk menghalang daripada berlakunya salah faham dan munculnya kumpulan ajaran sesat yang merosakkan akidah seseorang.

Syukur Menteri Agama, Ustaz Idris Ahmad telah menegaskan untuk menyelamatkan aqidah kumpulan ini melalui pendekatan kaunseling dan pendidikan buat mereka. Bahkan semua pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang ajaran sesat. Sungguh, inilah tindakan yang tepat dan patut dibuat.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

sumber: hmetro

Kredit Artikel: Kecoh Ape Sam Sohor

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Baru Nak Feeling-feeling Berkelah Tepi Pantai,Sekali 0mbak Sapu Habis Semua Bersepah

Published

on

Berkelah merupakan aktiviti paling menyeronokkan tambahan pula ia diIakukan bersama rakan atau keluarga.

Selain dapat meluangkan masa bersama, kita juga bekerjasama untuk menyediakan tempat berkelah, memasak, dan mengemas.

Ia bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan, malah dapat diadikan mem0ri indah kerana dapat meluangkan masa bersama-sama.

Detik indah berkelah di pantai bertukar cem4s

Kebanyakkan orang memilih taman, sungai atau pantai sebagai tempat berkelah kerana suasananya yang tenang.

Namun siapa sangka tempat yang tenang boleh menjadi detik cem4s buat sekumpulan remaja ini.

Bak kata pepatah, kalau takut di landa 0mbak, jangan berumah di tepi pantai.

Panik Kemas Makanan Lepas Tengok Air Makin Dekat

Terbaharu, tuIar di media sos!al tentang video sekumpulan remaja perempuan pergi berkelah di pantai dan harus berdepan dengan detik cemas telah menarik perhatian netizen.

Pada mulanya, di dalam video tersebut gadis-gadis itu dilihat berkerjasama menyusun makanan, minuman dan barang-barang perkelahan mereka dengan kemas sekali kononya diberi sentuhan ‘aesthetic’.

Susunan rapi makanan tidak bertahan lama bila 0mbak makin dekat

Namun, kegembiraan dan sususan rapi itu tidak bertahan lama tatkala 0mbak pantai menyusuri dan semakin dekat dengan mereka.

Disebabkan mereka memilih l0kasi terlalu hampir dengan pantai, 0mbak semakin mendekati tempat perkelahan mereka.

Akhirnya kain dan makanan dibanjiri air pantai

Justeru dengan itu, mereka segera mengalihkan makanan dan minuman berjauhan dari pantai dengan perasaan pan!k.

Akan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka, kain dan makanan dibanjiri dengan air pantai dan menyebabkan gadis-gadis itu tergelak terbahak-bahak dengan situ@si yang berIaku kepada mereka.

Kak letak makan tengah laut la kak-Netizen

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut terhibur dengan situ4si cem4s itu.

Malah ada juga yang turut berseloroh dan bergur4u di ruangan k0men kerana mereka dilihat berkelah terlalu dekat dengan air pantai.

“Kak letak tengah laut kak, risru kadang-kadang dengan sangat dengan air tu.”

“Ni betul-betul definisi berkelah di tepi pantai sebab dekat sangat”

Perempuan tak salah, tapi salah pantai tu

“Perempuan tak salah, salah pantai tu, kenapa masa tu jugak 0mbak nak naik.”

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 196.5K views, 12.4K likes dan 292 k0men di TikT0k.

Video

Sumber yoy.my

Kredit Artikel: Hit Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Semasa

Akak PejabatPos Ini Hilang Sbr Disebabkan Perangai Pelanggan CuriTumpuan Ramai

Published

on

Sebuah video memaparkan seorang kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan yang berasak-asak di sebuah pejabat Pos Malaysia dipercayai di Klang tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 14 saat yang dikongsi di Facebook Anak Felda itu turut memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal bagi memasuki premis tersebut untuk urusan memperbaharui pasport.

Lebih menarik perhatian adalah kelihatan seorang kakitangan wanita meninggikan suara mengarahkan warga asing tersebut untuk menjaga penjarakan fizikal atau tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai menyokong tindakan tegas kakitangan tersebut.

“Aku respek (hormat) kakak ni. Suara dia memang semua gerun termasuk aku terbaik la kak” kata Zizan.

“Kalau aku dah halau balik dah SOP kelaut. Rakyat Malaysia patuh SOP mereka sedap berpelukan,” kata Mohd. Hafiz.

“Jangan marah kak. Nanti akak pula kena marah dengan mereka yang berjiwa sabar tu. Hari tu abang rela dah kena dah sumpah seranah dengan natizen acah sabar tu. Hahaha,” kata John.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 49,000 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka.

VIDEO

Sumber: K! ONLINE

Kredit Artikel: AWATTT SYEIKHHH NETWORK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Semasa

Kes libatkan EbitLew, P0lis bagitahu perkembangan terkini slasatan

Published

on

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mengumpul bukti bagi melengkapkan siasatan kes melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan berkenaan kes itu masih dijalankan.

“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Pada masa sama, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu terlibat dalam gangguan seksual.

Beliau kemudiannya dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual itu, bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu dan menganggap ia satu fitn4h

Polis geled4h rumah Ebit Lew, lengkapkan sias4an

Sebelum ini Polis telah menggeledah rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi melengkapkan siasatan

Pengarah Jabatan Siasat4n Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan pengeledahan itu bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan s

“Kita bukan meny.erbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeled4h bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampas4n barangan bagi melengkapkan si4satan setakat ini

TREND yang baik apabila golongan artis mula mendekati golongan agama dan sama-sama berbakti untuk masyarakat. Semoga bukan acara bermusim.

 Makin ramai selebriti lelaki dekati Ebit Lew 

SEJAK akhir-akhir ini, ada sahaja perkongsian daripada penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bersama wajah-wajah pelakon dan selebriti terkenal seperti Norman Hakim, Zul Ariffin dan Harris Alif.

Selain itu, Ebit juga dilihat menjalin kerjasama dengan iaitu Sufian Suhaimi, Khai Bahar, Syafiq Farhain dan Kodi Rasheed.

Difahamkan, pertemuan mereka untuk menghidupkan kebaikan dan kasih sayang dalam umat serta untuk misi kemanusiaan.

Meskipun tidak berkongsi lanjut tentang isi dan misi mereka, namun perkara tersebut menyejukkan hati peminat.

“Ini baru boleh dinamakan hero-hero Melayu. Alhamdulillah semakin ramai ikut jejak Ebit Lew,” komen seorang netizen.

“Semoga lebih ramai artis kita berdakwah , boleh jadi teladan yang baik,” doa seorang lagi pengguna Instagram.

Rata-rata netizen berharap usaha dakwah Ebit dalam kalangan selebriti tanah air diteruskan serta mampu menarik lebih ramai lagi artis untuk berubah ke arah kebaikan.

Semoga semua yang sedang berdakwah kekal istiqamah untuk menyebarkan perkara-perkara yang baik kepada masyarakat. Pesan Diva, jangan berdakwah kerana ingin sekerat jalan sahaja, risau kena kecam teruk pula nanti.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending