Wanita disyaki pukul kanak2 sudah ditah4n. Rupanya dia berasal dari negara jiran - Rentas Asia
Connect with us

Semasa

Wanita disyaki pukul kanak2 sudah ditah4n. Rupanya dia berasal dari negara jiran

Published

on

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang wanita warga Singapura yang juga pengurus di pusat intervesi kanak-kanak kerana dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita terbabit ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat bapa mngsa kelmarin.

“Siasatan awal mendapati, bapa mngsa menghantar anaknya yang berusia 6 tahun ke pusat intervensi terbabit Jumaat lalu pada jam 8.45 pagi.

“Namun ketika mengambil anaknya pada jam 12.45 tengahari, petugas di pusat terbabit memberitahu ada kesan kemerahan pada tepi dahi kiri kerana mangsa menghantukkan kepala pada meja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mngsa kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat suspek bertindak kasar kerana anaknya enggan makan.

“Susulan itu, polis kemudian bertindak menahan suspek yang berusia 51 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas diambil keterangan.

“Suspek kini ditempatkan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Terdahulu, bapa mngsa memuatnaik gambar dan rakaman CCTV di laman Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit.

Hantaran yang dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil keatas pemilik pusat intervensi terbabit.

Berikut luahan hati bapa kanak-kanak berkenaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya terkilan dan sangat marah dengan apa yg telah terjadi kepada anak saya semalam. Anak saya merupakan pelajar di Maikidzcare Center Bandar Baru Ampang,Selangor. Intervention Centre ini adalah khusus untuk kanak- kanak autistik.

The incident which happened on the 1st October 2021, was truly unacceptable and we have lost trust in placing our child in the care of the Centre.

My child, Tengku Noah is indeed an autistic boy and the reason we send him to this centre because of the representations given by the school. We were made to believe by the representations given to us on their capabilities, skills and knowledge, and as the operator of the Centre that they are more well versed, capable and knowledgeable with the specialises skills and techniques in managing these special children. We sent Noah to the Centre with the hope that our kid will be safe and will be well take care off. I have previously noted bruises on my son’s body and face but I was always under the good impression that it could probably be due to Noah being too active at school, he could have accidently bumped his head at the wall etc. We trust the Centre.

After picking him back from school,when we saw these marks on my son’s back, we knew for sure that these were not caused by him, couldn’t have caused by him, this was forced on him. Your justification on my son not wanting to eat is not acceptable or sufficient to support the way you treated him.

Anak saya dari video ini dengan jelas takut dengan guru yang merupakan Pengetua di Centre tersebut, takut akan di apa apakan oleh guru tersebut dan saya tidak lihat di mana-mana klip CCTV (yang saya sempat rekod dan yang saya tidak dibenarkan untuk rekod dan enggan ditunjuk semula oleh pihak Center) yang anak saya bertindak kasar. Kesalahan anak saya ialah dia tidak mahu makan. Makanan diluah keluar semula dari mulut.

Saya tidak rasa tindakan mereka mengheret anak saya di atas lantai dan mencederakan anak saya sebagai suatu tindakan yang munasabah dan tetapi merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Saya sebagai bapa yang membayar fee bulanan tanpa gagal, kesal dengan tindakan mereka dan tertanya tanya adakah servis yang sebegini rupa yang ditawarkan kepada kami dengan bayaran fee yg agak tinggi oleh saya. Adakah ini teknik dan cara yang diamalkan oleh pakar ataupun seorang yang berpengalaman sebagaimana yang diwar warkan oleh pihak Centre, dalam mengendalikan anak-kanak autism? Dengan menggunakan kekerasan? Untuk pengetahuan, pelaku di dalam klip rakaman CCTV ini adalah pemilik dan CEO Pusat Intervensi Maikidz iaitu Sharifah binti Mazlan.

Buat ibu bapa yang lain, saya ayah Tengku Noah , ingin kongsikan video dan photo anak saya dan apa yang terjadi. Anak saya didera paksa makan kerana dia seorang “picky eater”, kes ini telah dilanjutkan ke pihak Polis dan pemeriksaan kesihatan (fizikal dan juga dalaman) telah dilakukan oleh pihak Hospital dan tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak kami. Kami kesal untuk mengetahui daripada pihak

Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa Center ni tidak mendapat kelulusan dan lesen dari JKM mereka beroperasi secara tidak sah dan pelatih dan guru tidak mempunyai lesen dan kelayakan dalam mengajar anak-anak Autism.

Apa yang saya tidak dapat terima ialah apabila saya meminta justifikasi dari pihak mereka, saya telah diminta antara lain untuk menerima ketentuan Ilahi. Saya tidak dapat terima tindakan mereka dan terpaksa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak Centre tersebut. Kanak- kanak ini adalah istimewa dan sekiranya mereka dilayan dengan sebegini rupa, saya tertanya- tanya manakah nilai belas didalam diri dan jiwa mereka ini. Bagaimana dengan nasib anak-anak yang lain ?


Sumber FB: Tengku Aminuddin Shafiq

sumber:hmetro

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

PDRM Ddah Sebab Satu Keluarga Diarah Ptah Balik Masa DiTahan Dekat SJR

Published

on

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua rakyat Keluarga Malaysia supaya terus mengamalkan norma baharu dalam setiap langkah dan perjalanan mereka.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya, beliau berkata ini kerana p.andemik C0VID 19 masih berada di sekitar kita.

“Ramai yang nak balik kampung berjumpa ibu bapa dan keluarga. Di radio tempatan juga ada yang mendendangkan lagu Balik Kampung tanda kegembiraan warga Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman.

“Bagi mereka yang lengkap dua dos v.aksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga p.rosedur o.perasi standard (SOP) dan kes.elamatan diri, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.

Perdana Menteri pada sidang media khas hari ini berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap v.aksinasi C0VID 19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar v.aksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi C0VID 19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Diarah Patah Balik

Kemasukan kenderaan dari Lembah Klang, Pantai Timur, Selatan dan Utara tanah air ke negeri ini didapati meningkat sebanyak 20 peratus, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kenderaan terbabit dikesan masuk melalui tiga daerah iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.

Katanya, peningkatan kenderaan pada hari pertama rentas negeri dibenarkan berikutan ramai perantau mula balik berikutan sudah lama tidak pulang ke kampung.

“Mereka ini masuk menerusi empat sekatan jalan raya (SJR) yang masih lagi dibuka iaitu dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli serta Pasir Puteh.

“Hasil pemeriksaan pegawai dan anggota SJR, individu yang pulang ke kampung ini, kita dapati mereka lengkap dua dos v.aksin seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Namun, SJR Bukit Yong di Pasir Puteh mengesan satu k.es tidak lengkap v.aksinasi dan mahu pulang ke Kelantan, tetapi diarahkan berpatah balik ke tempat asal,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di SJR Bukit Yong, di sini.

Shafien berkata, anggota polis akan membuat pemeriksaan rambang bagi memastikan tiada cubaan individu tidak lengkap dos v.aksin untuk pulang ke kampung.

“Pihak kita mengesan ramai orang Kelantan dari luar masuk ke negeri ini, berbanding yang mahu keluar Kelantan. Ini menunjukkan orang yang ada di dalam Kelantan masih tidak mahu keluar dari negeri kemungkinan kerana k.es C0vid 19 masih lagi tinggi.

“Kita nasihatkan kepada semua supaya patuh kepada prosedur o.perasi standard (SOP) bagi mengekang penularan w.abak C0vid 19. Pihak kita tidak mahu a.kibat kelalaian menyebabkan k.es kembali meningkat,” katanya.

Kredit : Astro

Kredit Artikel: Online Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Semasa

OKU dkwa disor0k lima wanita muka hitam, ingat dah selesai. Rupanya 2 makhluk muka hitam ikut sampai rumah

Published

on

REMBAU – Orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai disorok lima makhluk halus berwajah hitam selama 12 jam telah di­pulihkan semangat oleh seorang pengamal perubatan Islam dari Muar, Johor.

Bapa kepada Mohd. Fashah, 35, Samat Ramu, 63 berkata, ketika proses perubatan itu, anak­nya dikatakan masih bersama dua makhluk halus yang masih berdamping dengan anaknya itu.

“Mohd. Fashah ketika dijum­pai masih diganggu dua makhluk itu sehingga ke rumah sebelum pengamal perubatan itu menghalaunya,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohd. Fashah ditemui dalam keadaan lemah dan kecut dalamsebuah kolam terbiar akibat di­sorok makhluk halus.

Penduduk Kampung Sungai Raden, Lubuk China di sini mendakwa kampung itu sering berlaku kejadian orang hilang secara misteri dan dikembalikan dalam keadaan lemah kerana dipercayai menjadi ‘laluan keramat alam ghaib’.

Kata Samat, pengamal perubatan itu memberi gambaran makhluk halus yang menyorok anaknya serupa seperti yang digambarkan anaknya tetapi lima berwajah hitam itu mengikat rambut.

“Malah, pengamal perubatan Islam itu turut menyatakan sudah menghantar dua makhluk halus yang masih mengikut anaknya itu ke rimbunan pokok sawit liar berdekatan kolam tempat anak saya dijumpai,” ujarnya.

Ujarnya, dia kini lega kerana dua makhluk halus yang mengekori anaknya hingga ke rumah telah dihalau dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Samat menunjukkan tempat rimbunan pokok sawit liar tempat dua makhluk halus dihalau selepas mengekori anaknya hingga ke rumah di Kampung Sungai Raden, Lubok China, Rembau semalam.

“Anak saya beritahu lima wanita berwajah hitam dan berambut panjang telah me­ngangkatnya dari katil ketika dia sedang tidur di dalam bilik rumah sebelum disorok di sebuah kolam terbiar di kawasan semak.” Itu cerita Samat Ramu, 63, mengenai misteri yang me­nimpa anaknya, Mohd. Fashah Samat, 35, yang dipercayai disorok makhluk halus selama kira-kira 12 jam di Kampung Sungai Raden, Lubok China di sini, Sabtu lalu.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Semasa

Ikut Saluran Undng-Undng Antarabangsa, PDRM Update Proses Ekstradisi NurSajat

Published

on

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan sudah menghantar permohonan untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand, 8 September lalu.

Abd Jalil Hassan berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan pihak negara ketiga yang menjadi lokasi tujuan Sajat seterusnya selepas Bangkok.

“Proses permohonan untuk mengekstradisi Sajat sudah disiapkan dan sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga iaitu Australia.

“Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya dari pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa balik Sajat dilakukan,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya tiada masalah, proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan Nur Sajat ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat turut diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan.

Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading

Trending